Li Wenliang
Li Wenliang (Bahasa Cina:
Li Wenliang | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 7 Februari 2020 | (umur 33)
Sebab kematian | COVID-19 |
Pendidikan | Master of Medicine |
Pusat pendidikan | Universiti Wuhan |
Pekerjaan | Ahli oftalmologi |
Tahun aktif | 2011-2020 |
Terkenal kerana | Memberi amaran tentang Wabak koronavirus baharu |
Pasangan | Fu Xuejie[1] |
Anak-anak | 1 |
Kehidupan dan kerjaya
suntingWikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Li Wenliang dilahirkan 12 Oktober 1986[10] di Beizhen, Liaoning, China.[11] Bermula pada 2004, beliau mengkaji bidang perubatan klinik di Universiti Wuhan selama tujuh tahun[11] dan memperoleh ijazah Master of Medicine. Selepas graduasi, beliau bekerja di Xiamen, Fujian, selama tiga tahun. Beliau kembali ke Wuhan pada 2014 untuk bekerja sebagai di Hospital Pusat Wuhan.[2]
Pada 30 Disember 2019, Li terlihat satu laporan pesakit yang menunjukkan keputusan positif dengan tahap keyakinan tinggi untuk ujian koronavirus SARS. Pada 17:43, beliau berkata di sebuah kumpulan WeChat rakan sekelas sekolah perubatannya, "Terdapat 7 kes positif SARS di Pasar Makanan Laut Huanan." Beliau juga memuat naik laporan pesakit dan keputusan imbasan CT pesakit. Pada 18:42, tambah beliau, "berita terkini adalah, telah positif bahawa ia adalah jangkitan koronavirus, tetapi virus yang tepat telah menjadi subjenis." Beliau juga menerangkan apa itu koronavirus beserta mesejnya.[2]
Selepas tangkap layar mesej WeChat beliau tersebar, superintenden perubatan hospitalnya pergi berjumpa Li untuk satu perbualan.[2] Pada 3 Januari 2020, Balai Polis Jalan Zhangnan, Biro Keselamatan Awam Wuhan, Cawangan Wuchang mencela Li kerana "membuat komen palsu di jalur lebar"[12] dan meminta Li menandatangani surat peringatan supaya beliau berjanji agar tidak lagi berbuat demikian.[2]
Pada 8 Januari, Li terdedah dengan koronavirus apabila beliau ternampak seorang pesakit yang dijangkiti di hospitalnya. Li mengalami demam dan batuk pada 10 Januari yang kemudiannya semakin teruk. Pada 12 Januari, beliau telah dimasukkan ke unit rawatan intensif di mana beliau telah dikuarantin dan diberikan rawatan.[13] Berikutan kekurangan kit ujian untuk koronavirus baru, diagnosis definitif jangkitan tidak dibuat sehingga 1 Februari. Banyak rakan sekerja beliau turut dijangkiti virus. Semasa beliau dimasukkan ke hospital, beliau memuat naik mesej di mana beliau berjanji akan berada di barisan hadapan selepas beliau sembuh.[14]
Reaksi
suntingLi berada di bawah tumpuan awam dan media China selepas beliau dianggap salah satu daripada lapan orang menyebarkan khabar angin yang diberi amaran oleh polis Wuhan. Tetapi, berdasarkan beberapa media, polis Wuhan menyaman lapan penyebar khabar angin pada 1 Januari, manakala Li dan Xie Linka, seorang doktor dari Hospital Bersatu Wuhan, diberi amaran pada 3 Januari, yang bermakna bahawa dua orang mungkin bukan salah seorang daripada lapan penyebar maklumat.[15]
Makhamah Tinggi Rakyat China mengulas mengenainya dalam pandangan semula bahawa lapan warga Wuhan tidak seharusnya dihukum kerana apa yang mereka katakan tidak semuanya salah.[16]
"Ia mungkin satu perkara yang bernasib baik jika orang ramai percaya 'khabar angin' itu dan mula memakai topeng muka dan menjalankan langkah-langkah sanitasi, dan mengelakkan berkunjung pasar binatang liar," kata laporan media sosial mahkamah tinggi pada 4 Februari.[16]
Li memberitahu Caixin bahawa beliau risau pihak hospital mungkin menghukumnya kerana "menyebarkan khabar angin" tetapi berasa lega selepas mahkamah tinggi secara umum mengecam dan mengkritik tindakan polis. "Saya rasa sepatutnya ada lebih suara dalam masyarakat yang sihat, dan saya tidak meluluskan untuk menggunakan kuasa umum untuk gangguan berlebihan," kata Li.[16]
Kematian
suntingPada 6 Februari, media negara China melaporkan bahawa Li telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 33 tahun.[17] Namun, Hospital Pusat Wuhan mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Li: "Dalam proses memerangi koronavirus, doktor mata dari hospital kami, Li Wenliang malangnya dijangkiti. Beliau kini dalam keadaan kritikal dan kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya."[18] Berdasarkan China Newsweek (
Reaksi kematian Li
suntingpada 30 Disember 2019
- Li: Terdapat 7 kes disahkan sebagai SARS di Pasar Makanan Laut Huanan.
- Li: (Gambar laporan diagnosis)
- Li: (Video keputusan imbasan CT)
- Li: Mereka sedang diasingkan di jabatan kecemasan Hospital Daerah Houhu kami.
(CST 18:42)
- Seseorang: Hati-hati, atau nanti kumpulan perbualan kita mungkin ditolak.
- Li: Berita terkini adalah, ia telah disahkan bahawa ia jangkitan koronavirus, tetapi virus yang tepat sedang disubjeniskan.
- Li: Jangan mengedarkan maklumat ini di luar kumpulan, beritahu keluarga dan orang tersayang untuk berhati-hati.
- Li: Pada tahun 1937, koronavirus pertama diasingkan daripada ayam ...
Sumber: tangkapan skrin dari laporan The Beijing News[22]
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memuat naik tweet di Twitter berkata bahawa mereka "amat sedih dengan pemergian Dr Li Wenliang" dan "kita semua harus menghargai jasa yang dilakukannya terhadap #2019nCoV".[23] Tweet asal dipadamkan beberapa jam kemudian.
Kematian Li menimbulkan kesedihan dan kemarahan di media sosial, yang meluas kepada permintaan kebebasan bersuara, walaupun penapis cepat menyekat kebanyakan komen dan hashtags.[24][25]
Gambar luar | |
---|---|
Rakyat berkabung untuk Li Wenliang |
Penduduk Wuhan meletakkan jambangan bunga dan meniup wisel di Hospital Pusat Wuhan, tempat di mana Dr Li bekerja dan meninggal dunia, sebagai tanda memperingatinya.[26] Di Internet, penduduk secara spontan melancarkan aktiviti bertemakan "Saya meniup wisel untuk Wuhan malam ini", di mana semua penduduk menutup lampu mereka di rumah selama 5 minit dan kemudian meniup wisel dan melambaikan lampu kilauan di luar tingkap selama 5 minit sebagai tanda berkabung untuk Dr Li.[27][28]
Sebuah video di Weibo menunjukkan bahawa seseorang menulis 5 aksara, yang bermakna "untuk meratapi kematian Li Wenliang", di kawasan yang dilitupi salji di Sungai Tonghui di Beijing, seorang penduduk, apabila melihat aksara tersebut, baring berdekatan aksara terakhir untuk menambah tanda seru pada frasa. Seorang pengguna Weibo menulis, "ini ialah cara bagaimama tanda seru patut digunakan." Seorang pengguna lain memberi komen, "Saya juga mahu baring di tanda serum Saya juga tanda seru, tetapi juga satu titisan air mata." Manakala, yang lain menulis, "sesetengah orang menggunakan salji untuk menyembunyikan sesuatu, manakala ada sesetengah orang lain menggunakan salji untuk menyeru." Orang juga bertanya, "adakah ia akan dilupakan seperti biasa, apabila salji cair?"[27] Penduduk biasa telah meninggalkan mesej mereka di post terakhir Li di Weibo, sesetengah merungut kematiannya dan meluahkan perasaan marah terhadap pihak berkuasa. Beliau juga diisytiharkan sebagai "hero biasa".[29]
Walaupun tidak ada permohonan maaf secara rasmi dari bandar Wuhan kerana mencela Li, dalam masa beberapa jam, kerajaan perbandaran Wuhan dan Suruhanjaya Kesihatan Hubei membuat kenyataan sebagai penghormatan kepada Li dan memberi ucapan takziah kepada keluarganya. Di luar Wuhan, Suruhanjaya Kesihatan Nasional juga berbuat demikian.[29][29] Badan anti-rasuah China, Suruhanjaya Penyeliaan Negara, telah memulakan siasatan awal terhadap isu yang melibatkan Li.[30]
Keluarga
suntingLi dan isterinya mempunyai seorang anak. Isteri Li sedang mengandungkan anak kedua mereka semasa Li meninggal dunia.[31] Apabila Li mula menunjukkan simptom, beliau menempah sebuah bilik hotel untuk mengelakkan jangkitan kepada keluarga, sebelum dimasukkan ke hospital pada 12 Januari. Namun, ibu bapanya masih dijangkiti koronavirus.[14] Nama bapanya ialah Li Shuying.[32]
Rujukan
sunting- ^ Lew, Linda (9 Februari 2020). "Coronavirus: mother of whistle-blower Li Wenliang demands answers for his treatment by Wuhan police". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ a b c d e f Tan, Jianxing (31 Januari 2020). "
新冠 肺炎 "吹哨人 "李 文 亮 :真相 最 重要 ". Caixin (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^ "
武 汉肺炎 :一个敢于公开疫情的"吹哨人 "李 文 亮 ". BBC Chinese (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^ "Coronavirus 'kills Chinese whistleblower doctor'" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 6 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ a b Zhou, Cissy (7 February 2020). "Coronavirus: Whistleblower Dr Li Wenliang confirmed dead of the disease at 34, after hours of chaotic messaging from hospital". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^ "
武 汉中心 医院 :李 文 亮 经抢救 无效去 世 " (dalam bahasa Cina). Sina Corp. 7 February 2020. Dicapai pada 7 February 2020. - ^ "Chinese inquiry exonerates coronavirus whistleblower doctor". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ "Virus whistleblower doctor punished 'inappropriately': Chinese probe" (dalam bahasa Inggeris). The Economic Times. 20 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ "Coronavirus: China apologises to family of doctor who died after warning about COVID-19". Ian Collier (dalam bahasa Inggeris). Sky News. 20 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ "
武 汉市公安 局 武 昌 分 局 中 南 路 街 派出所 训诫书" (dalam bahasa Cina). Zhongnanlu Street Police Station, Wuchang Division of Wuhan Police Bureau. 3 Januari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020. - ^ a b "
武 汉大学 :李 文 亮 校友 ,一路 走 好 ". The Paper. 7 Februari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020. - ^
林 則 宏 . "武漢 肺炎 「吹哨者 」:三周前就知道可「人傳 人 」了 ".元 气网 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^ "
被 训诫医 生 李 文 亮 去 世 ". The Beijing News. Dicapai pada 6 February 2020. - ^ a b c Deng, Chao; Chin, Josh (6 Februari 2020). "Chinese Doctor Who Issued Early Warning on Virus Dies". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "讲疫
情 真 话被训诫的 武 汉医生 李 文 亮 :想 尽 快 回 到 抗 疫一线". The Paper (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^
何 雾. "李 文 亮 于晚在 重症 监护室 去 世 ".界面 新 闻 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^ Austin, Henry (6 Februari 2020). "Chinese doctor who raised alarm over coronavirus dies from disease, hospital confirms". NBC News. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^
張子 傑 (6 February 2020). "【武漢 肺炎 】敢言醫 生 李 文 亮 傳 死 訊院 方 稱 仍搶救 中 ". HK01 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^ "Chinese doctor who sounded Wuhan virus alarm is critically ill, hospital says, after state media reported he had died". CNN. 6 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ Baker, Sinéad (7 Februari 2020). "Chinese citizens are furious at the death of the whistleblower doctor censored for talking about the coronavirus. His mother said she couldn't even say goodbye". Business Insider. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^ 刘名
洋 (31 Januari 2020). "对话"传谣"被 训诫医 生 :我 是 在 提 醒大家 注意 防 范".新 京 报网. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020. - ^ World Health Organization [@WHO] (6 February 2020). "WHO on Twitter" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Li Wenliang: Coronavirus death of Wuhan doctor sparks outpouring of anger". BBC. 7 Februari 2020.
- ^ Graham-Harrison, Emma (6 Februari 2020). "'Hero who told the truth': Chinese rage over coronavirus death of whistleblower doctor". The Guardian.
- ^ "
市民 自 发前往武汉中心 医院 献花 悼念李 文 亮 医 生 ". China Daily. 7 Februari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020. - ^ a b 彭琤琳,
施 予 (7 Februari 2020). "【武漢 肺炎 .有 片 】送別 李 文 亮 武漢 市民 獻花 吹哨悼念".香港 01 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 7 Februari 2020. - ^ "
影 /武漢 全 城 吹哨子 悼念李 文 亮 民 眾醫院 門口 獻花 |聯合 新聞 網 :最 懂你的 新聞 網 站".聯合 新聞 網 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 7 Februari 2020. - ^ a b c https://www.scmp.com/news/china/society/article/3049561/dr-li-wenliang-who-was-he-and-how-did-he-become-coronavirus-hero
- ^ Cao, Yin (7 Februari 2020). "Supervisory Commission to probe issues involving Dr Li". China Daily (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Buckley, Chris (6 February 2020). "Chinese Doctor, Silenced After Warning of Outbreak, Dies From Coronavirus". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 7 February 2020.
- ^ "Li Wenliang: Coronavirus death of Wuhan doctor sparks anger - BBC News". web.archive.org. 2020-02-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-07. Dicapai pada 2020-02-07.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)