Tulisan Cina
Tulisan Cina | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 汉字 | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Vietnamese name | |||||||||||||||||||||
Vietnamese alphabet | Hán Tự (Sino-Viet.) Chữ Nho (bahasa ibunda) | ||||||||||||||||||||
Korean name | |||||||||||||||||||||
Hangul | 한자 | ||||||||||||||||||||
Hanja | |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Japanese name | |||||||||||||||||||||
Kanji | |||||||||||||||||||||
Hiragana | かんじ | ||||||||||||||||||||
|
Aksara Cina atau Aksara Han (Cina Tradisional:
Berlainan dengan jangkaan orang ramai, hanya 4% aksara Cina diperolehi dari piktograf (gambaran yang membawa maksud), dan selalunya, hubungan di antara kedua tidak jelas kepada pembaca masa kini; 95% aksara Cina yang lain adalah agregat logik dan piktofonetik, iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: bahagian pertama adalah untuk makna perkataan yang ingin disampaikan dan kedua adalah sebutan perkataan tersebut. Kebanyakkan perkataan Cina Mandarin mempunyai tiga atau lebih sukukata dan ini memerlukan lebih dari satu huruf untuk menulis. Bilangan huruf-huruf Cina yang terdapat dalam Kamus Kangxi adalah sekitar 47,035, walaupun kebanyakkan daripada mereka jarang digunakan dan sering merupakan perkataan dari zaman silam. Di China, kebolehan membaca dan menulis ditakrifkan sebagai seorang yang memahami sekitar 2000 huruf Cina.[1]
Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan. Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan.
Penggunaan dan cara menulis aksara Cina berbeza dengan setiap budaya yang berlainan. Sebagai contoh, negara China mula menggunakan Tulisan Cina Mudah pada 1956 tetapi Taiwan dan Hong Kong masih menggunakan Tulisan Cina Tradisional. Jepun mempunyai tulisan yang diringkaskan sendiri sejak 1946, sementara Korea menghadkan penggunaan aksara Cina dalam tulisannya. Vietnam telah menghentikan penggunaan huruf Cina dalam tulisannya dan kini menggunakan tulisan Rumi.
Aksara cina secara rasmi dikenali sebagai sinograf dan sistemnya sebagai sinografi. Bahasa-bahasa yang telah mengambil sistem sinografi ini dan juga kata-kata pinjimaan dari bahasa Cina dikenali sebagai bahasa sinoxenic, tidak kira jika mereka masih menggunakan penulisan Cina secara khusus pada masa sekarang atau tidak. Ungkapan sinoxenic ini tidak semestinya bermaksud apa-apa hubung kait genetik dengan bahasa Cina. Bahasa-bahasa sinoxenic utama di dunia secara umum dianggap sebagai bahasa Jepun, Korea dan Vietnam.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Menurut lagenda, tulisan Cina telah direka oleh Cangjie (c. 2650 SM), seorang bangsawan yang telah berkhidmat dengan Maharaja Huangdi. Pada suatu hari, Cangjie sedang memburu di Gunung Yangxu (kini Shanxi), dan terserempak dengan seekor penyu dan amat kagum dengan urat saraf yang terdapat di penyu tersebut. Dia mendapat ilham bahawa bentuk urat saraf itu mengandungi makna tersembunyi yang lojik dan disebabkan itu telah mempelajari mengenai haiwan-haiwan di dunia, susunan bentuk bumi dan tumbuhan dan bintang-bintang di langit. Daripada ini semua, dia berjaya menghasilkan sebuah sistem tulisan simbolik yang dipanggil zi (
Gaya
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai gaya, atau skrip, dalam penulisan aksara Cina yang berasal daripada pelbagai model kaligrafi dan sejarah. Kebanyakannya berasal dari China dan kini kerap digunakan, dengan perubahan kecil, di kesemua negara di mana aksara Cina digunakan. Aksara-aksara ini digunakan sejak lebih 3,000 tahun dahulu.
Skrip Tulang Ramalan dan Gangsa tidak digunakan lagi, sementara skrip tertua yang masih digunakan kini ialah Skrip Mohor (Cina Ringkas: 篆书 ; Cina Tradisional:
Skrip-skrip yang kerap digunakan masa kini ialah "Skrip Kerani" (Cina Ringkas: 隶书 ; Cina Tradisional:
Skrip Kursif (Cina Ringkas:
Terdapat juga gaya kaligrafi yang direka di luar China, seperti gaya Edomoji di Jepun; skrip-skrip sedemikian selalunya terhad penggunaannya dalam negara asalnya dan tidak disebarkan ke negara lain seperti mana yang dilalui skrip-skrip piawai di atas.
Purba | Skrip cap mohor | Moden Tradisional | Mudah | Pinyin | Makna |
— | rén | manusia | |||
— | nǚ | wanita | |||
— | zǐ | anak | |||
— | rì | matahari | |||
— | yuè | bulan | |||
— | shān | gunung | |||
— | chuān | sungai | |||
— | shuǐ | air | |||
— | yǔ | hujan | |||
— | zhú | buluh | |||
— | mù | pokok | |||
马 | mǎ | kuda | |||
鸟 | niǎo | burung | |||
龟 | guī | penyu | |||
龙 | lóng | naga |
Pembentukan aksara
[sunting | sunting sumber]Peringkat-peringkat terawal dalam perkembangan aksara didominasi oleh piktogram, yang mana makna dinyatakan secara langsung oleh bentuknya. Perkembangan tulisan ini yang bertujuan meliputi perkataan bagi konsep abstrak dan meningkatkan kecekapan penulisan, telah membawa kepada kewujudan banyak aksara bukan piktogram.
Pelbagai jenis aksara ini julung kali dikelaskan kira-kira tahun 100 M oleh seorang pakar bahasa China bernama Xu Shen, yang mengarang kamus etimologi Shuowen Jiezi (
4% aksara Cina berpunca secara terus daripada piktogram individu (Bahasa Cina:
1. Piktogram (象形 字 xiàngxíngzì)
[sunting | sunting sumber]Tidak seperi yang disangka ramai, piktogram hanya membentuk satu pecahan kecil daripada semua aksara Cina. Walaupun berasal daripada gambar, namun aksara-aksara dalam kategori ini telah mengalami pemiawaian, pemudahan, dan penggayaan agar mudah ditulis, maka asal-usul aksara sedemikian tidak sentiasa jelas. ContohL
Tidak terdapat bilangan yang tepat untuk jumlah aksara moden yang bersifat piktogram; namun, Xu Shen (c. 100 M) menganggarkan bahawa 4% aksara sedemikian tergolong dalam kategori ini.
2. Gugusan piktofonetik (形聲 字 /形声 字 , xíngshēngzì)
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai gugusan semantik-fonetik, atau gugusan fono-semantik, kategori ini mewaili kategori aksara terbesar dalam tulisan Cina moden. Aksara-aksara sedemikian biasanya terdiri daripada dua bahagian: satu piktograf yang menyatakan maksud am aksara terbabit, dan bahagian fonetik yang dberpunca daripada aksara yang disebut dalam cara yang sama atau serupa dengan perkataan yang diwakili aksara baru itu.
Contoh:
Xu Shen menganggarkan 82% aksara Cina tergolong dalam kategori ini, manakala dalam Kamus Kangxi (1716 M) jumlahnya menghampiri 90%, kesan penggunaan kaedah pengembangan kosa kata Cina ini yang amat produktif.
3. Ideograf (指事 字 , zhǐshìzì)
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai ideograf mudah atau ideogram, aksara sedemikian sama ada membubuh penanda pada piktograd untuk membentuk maksud baru, atau menggambarkan konsep abstrak secara langsung. Conothnya, jika
4. Agregat logik (會意 字 /会意 字 , huìyìzì)
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai gugusan berhubungan, aksara jenis ini menggabungkan piktogram untuk melambangkan konsep yang abstrak. Contohnya,
Xu Shen menganggarkan bahawa 13% aksara sedemikian tergolong dalam kategori ini.
Sesetengah pengkaji rata-rata menafikan kewujudan kategori ini atas pandangan bahawa kegagalan cubaan mengenal pasti fonetik dalam agregat logik yang dikatakan pada zaman moden adalah kerana tidak memandang apa yang dikatakan sebagai baccan sekunder zaman kuno.[2] Ini merupakan bacaan yang asalnya kerap digunakan tetapi sudah pudar ditelan zaman kerana tulisan turut berevolusi mengikut peredaran zaman. Salah satu aksara yang sering dikenal pasti sebagai agregat logik ialah
Hujah ini disokong oleh kenyataan bahawa aksara-aksara yang dikatakan tergolong dalam "kelompok" ini selalu ditafsirkan daripada bentuk moden dan bukan bentuk kuno yang pokoknya amat berbeza rupanya dan lazimnya jauh lebih rumit garfiknya. Namun begitu, pentafsiran ini banyak berbeza-beza, seperti yang dibuktikan daripada kajian terperinci daripada sumber-sumber berbeza.[3]
5. Pengubahan hubungan (轉注 字 /转注字 , zhuǎnzhùzì)
[sunting | sunting sumber]Aksara-aksara dalam kategori ini asalnya tidak melambangkan maksud yang sama tetapi telah bercabang melalui perubahan ortografi dan semantik. Contohnya,
6. Pinjaman (假借 字 , jiǎjièzì)
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai aksara pinjaman fonetik, kategori ini meliputi kes-kes di mana sesuatu aksara yang wujud digunakan untuk melambangkan perkataan yang tidak berkaitan maksudnya tetapi serupa sebutannya; kadang-kala maksud lamanya tidak digunakan lagi. Misalnya,
Teknik ini kini kian jarang, kerana ramai yang membangkang perubahan maksud aksara-aksara yang sedia ada. Namun begitu, teknik tersebut telah digunakan dalam perkembangan penulisan dialek, terutamanya bahasa Kantonis dan bahasa Taiwan di Hong Kong dan Taiwan, oleh sebab sebilangan perbendaharaan kata dialek yang mengikut sejarah tiada bentuk tulisannya dan maka tidak mempunyai aksara tersendiri.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tulisan Cina. |
- History of Chinese writing
- Unihan Database: Rujukan, bacaan dan erti bahasa Cina, Jepun dan Korea bagi semua aksara Cina dan asalan Cina dalam set aksara Unicode
- IRG Page
- IRG working documents – PDF bersaiz besar, sesetengahnya mengandungi butiran sambungan CJK
- Welcome To Mojikyo Institute!- fail program Mojikyo untuk muat turun bersaiz besar
- Hanzi Browser Diarkibkan 2009-01-14 di Wayback Machine: Rujukan aksara Cina yang digelintar melalui komponen semantik/fonetik
- Chinese Characters: kaedah mempelajari Aksara Cina
- Pinyin Annotator Membubuh pinyin di atas mana-mana teks Cina, Tradisional atau Mudah. Simpan outputnya dalam format OpenOffice Writer. Cetakan kemas. Juga membubuh pinyin pada mana-mana laman web bahasa Cina.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [1] Diarkibkan 2007-03-12 di Wayback Machine
- ^ The Origin and Early Development of the Chinese Writing System, William G. Boltz, pp. 104-110, ISBN 0-940490-18-8
- ^ Sound Business: The Reality of Chinese Characters, Philip Philipsen, pp. 49-76, ISBN 0-595-35629-X