(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Orang Fon - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Orang Fon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang Fon adalah suatu kumpulan etnik yang wujud di pesisiran Guinea Afrika Barat khususnya di selatan Benin dan Togo[1] serta barat daya Nigeria. Mereka bertutur dalam bahasa Fon.[1][2] Sejarah orang-orang Fon dikaitkan dengan kerajaan Dahomey yang wujud makmur pada abad ke-17 dapat ditelusuri jauh ke dalam tamadun Aja kuno.[3]

Sejarah lisan mereka ada mengatakan bahawa orang Fon merupakan hasil kacukan budaya antara masyarakat Allada-nu Aja yang berhijrah dari selatan dengan penduduk Oyo-nu di kerajaan Igede atau Gedevi[4][5] sekaligus mewujudkan budaya dan etnik Fon yang baharu.

Gaya hidup

[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat ini menganuti kepercayaan memuja "roh dan dewa abadi" disebut sebagai Vodun.[6][7]:283 Vodun ini memusat kepada suatu dewi pencipta, Nana Buluku yang melahirkan alam semesta[7]:270–273, 257, 412 serta adik-beradik Mawu (bulan) dan Lisa (matahari), dewa-dewi beradik ini pula menciptakan dewa-dewi dan roh lebih rendah yang perlu disembah manusia agar dapat memberi bantuan kepada mereka.[7]:270–273, 257, 412[8][9]

  1. ^ a b Fon people, Encyclopædia Britannica, undated, 1.7 million population, Retrieved June 29, 2019
  2. ^ III, John A. Shoup (2011-10-17). Ethnic Groups of Africa and the Middle East: An Encyclopedia: An Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 978-1-59884-363-7.
  3. ^ Elizabeth Heath (2010). Anthony Appiah; Henry Louis Gates (penyunting). Encyclopedia of Africa. Oxford University Press. m/s. 482–483. ISBN 978-0-19-533770-9.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-02. Dicapai pada 2021-03-09.
  5. ^ Sandra T. Barnes (1997). Africa's Ogun, Second, Expanded Edition: Old World and New. Indiana University Press. m/s. 49. ISBN 0-253-11381-4.
  6. ^ Patrick Taylor; Frederick I. Case (2013). The Encyclopedia of Caribbean Religions. University of Illinois Press. m/s. 742–746, 1134–1139. ISBN 978-0-252-09433-0.
  7. ^ a b c Molefi Kete Asante; Ama Mazama (2009). Encyclopedia of African Religion. SAGE Publications. ISBN 978-1-4129-3636-1.
  8. ^ Sara A. Rich (2009), The Face of "Lafwa": Vodou & Ancient Figurines Defy Human Destiny, Journal of Haitian Studies, Vol. 15, No. 1/2, Haitian Studies Association 20thAnniversary Issue (Spring/Fall 2009), pages 262-278
  9. ^ Cosentino, Donald (1987). "Who Is That Fellow in the Many-Colored Cap? Transformations of Eshu in Old and New World Mythologies". The Journal of American Folklore. 100 (397): 261–275. doi:10.2307/540323. JSTOR 540323.

Templat:Tunas-Benin Templat:Tunas-etnik