Yodel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yodel atau jodel [yo-dél] ialah suatu bentuk nyanyian yang melibatkan perubahan pic yang rancak dan berulang antara laras dada ("suara dada") yang rendah dengan falseto yang tinggi. Teknik nyanyian digunakan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pakar sejarah sepakat bahawa teknik ini digunakan di kawasan Alp Tengah sebagai suatu bentuk komunikasi antara kampung di kawasan bergunung-gunung itu mahupun serta untuk penggembala kambing dan lembu memanggil ternakan gembalaan mereka; kaedah ini lama-kelamaan menadi suatu ekspresi artistik masyarakat dalam kawasan tersebut. Catatan terawal mengenai nyanyian ini ialah pada tahun 1545, di mana ia digambarkan sebagai "panggilan sebuah penggembala lembu dari Appenzell".[2][3]

Penyanyian yodel ini masih menjadi sebahagian musik rakyat (Volksmusik) di Switzerland, Austria dan selatan Jerman (termasuk juga imigran Amish Switzerland di Amerika Syarikat) yang terus mengekalkan tradisi tersebut sehingga kini.[4] Tradisi ini turut diperkenalkan di Amerika Syarikat melalui golongan imigran Jerman yang berhijrah ke negara tersebut, terutamanya di negeri Pennsylvania, pada tahun 1800-an; amalan nyanyian tersebut turut dipengaruhi kaedah nyanyian yang dibawa oleh masyarakat Scots-Ireland, imigran dari Skandinavia (melalui kölning) serta hamba-hamba abdi kulit hitam dari benua Afrika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Perfect Sound Forever: Yodel". Online Music Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016.
  2. ^ Ling, Jan (1997). A history of European folk music. University Rochester Press. m/s. 32. ISBN 978-1-878822-77-2CS1 maint: postscript (link)
  3. ^ "Will there be Yodeling in Heaven?". Wfmu.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-18. Dicapai pada 2012-09-24.
  4. ^ Chad L. Thompson: Yodeling of the Indiana Swiss Amish in Anthropological Linguistics Vol. 38, No. 3 (Fall, 1996), pp. 495-520