3 April
tarikh
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
3 April merupakan hari ke-93 (hari ke-94 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 272 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 1043 – Edward si Pengaku dimahkotakan sebagai Raja England, raja terakhir Kerabat Wessex.
- 1559 – Perjanjian Keamanan Cateau-Cambrésis ditandatangani, maka berakhirnya Perang Itali.
- 1797 - John Adams akhirnya membuka pada kongres perihal penolakan pihak urusan luar negeri Perancis, Talleyrand, yang hanya akan menerima komisioner yang dikirim Amerika apabila permintaan hutang dikabulkan dan suap dibayarkan.
- 1820 - Raffles melaporkan dagangan keluar masuk di Singapura daripada perusahaan anak negeri sahaja telah lebih dari $4,000,000.00 setahun.
- 1834 – Para jeneral Perang Kemerdekaan Greece dibicarakan atas tuduhan derhaka.
- 1865 – Perang Saudara Amerika: Tentera Kesatuan menawan Richmond, Virginia, ibu kota Negeri-Negeri Gabungan Amerika.
- 1882 - Jesse James, seorang penjahat di Barat Lama Amerika, terbunuh selepas ditembak dari belakang untuk ganjaran sebanyak USD$5,000.
- 1909 - Hikayat Pahang selesai ditulis oleh pengarang yang tidak dikenalpasti.
- 1922 - Joseph Stalin menjadi Setiausaha Agung pertama Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 1936 - Bruno Hauptmann dihukum mati melalui kerusi elektrik untuk penculikan dan pembunuhan "bayi Lindbergh".
- 1948 - Rancangan Marshall (gambar poster), satu rancangan pemulihan ekonomi yang diasaskan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat George Marshall untuk membantu pembinaan semula Eropah selepas Perang Dunia Kedua, diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- 1966 - Luna 10 memasuki orbit di sekeliling Bulan, menjadi kuar angkasa lepas pertama mengorbit jasad astronomi selain Bumi.
- 1971 - Siri televisyen tokusatsu Jepun Kamen Rider (gambar) mula ditayangkan, menandakan permulaan francais Kamen Rider.
- 1973 - Di jalanan Bandar Raya New York, penyelidik Motorola Martin Cooper membuat panggilan awam pertama menggunakan telefon bimbit.
- 1974 - Peletusan Super yang terdiri daripada 148 puting beliung bermula dan membunuh sekurang-kurangnya 315 orang serta mencederakan 5,484 lagi di 13 buah negeri Amerika Syarikat pada akhir peristiwa La Niña yang sungguh kuat.
- 1980 - Anak Muda, yang merupakan album ketiga oleh penyanyi tersohor Malaysia Sudirman Haji Arshad dikeluarkan.
- 1982 – United Kingdom menghantar pasukan petugas tentera laut ke Lautan Atlantik selatan untuk menawan semula Kepulauan Falkland daripada Argentina.
- 1997 – Pembunuhan beramai-ramai Thalit bermula di Algeria; hanya seorang daripada 53 penduduk Thalit terlepas daripada pembunuhan gerila.
- 2000 – Amerika Syarikat lwn Microsoft: Microsoft didapati mencabuli undang-undang antitrust Amerika Syarikat dengan "menindas" pesaingnya.
- 2004 – Pengganas Islamiah yang terlibat dalam serangan Madrid 11 Mac 2004 dikepung oleh polis di rumah pangsa mereka lalu membunuh diri.
- 2007 – Sebuah keretapi TGV Perancis di laluan berkelajuan tinggi LGV Est mencatat rekod dunia rasmi yang baru.
- 2008 – Kapal bekalan semula tanpa manusia Eropah pertama, ATV Jules Verne (gambar) berlabuh secara automatik dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 2009 – Australia secara rasminya menerima Perisytiharan Hak Asasi Kaum Peribumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 2011 – Serpihan besar bangkai Penerbangan 447 Air France, yang hilang di temui di atas Lautan Atlantik pada 2009.
- 2011 – Adel Safar menjadi Perdana Menteri Syria selepas Muhammad Naji al-Otari meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 2017 – Sebutir bom telah diletupkan di Saint Petersburg Metro, membunuh 14 orang dan mencederakan 51 orang.
Kelahiran
sunting- 1992 - Asmara Abigail, pelakon wanita Indonesia.