Album lagu
Album lagu, album muzik atau album sahaja ialah suatu koleksi rakaman audio atau suara (contohnya muzik) yang diedarkan kepada orang ramai. Pengeluaran album dilakukan pada suatu medium seperti cakera padat (CD), piring hitam (vinil),[1] pita audio (seperti kaset) atau digital.
Kebiasaannya album dirakamkan di dalam studio,[2] dan ia mungkin juga dirakamkan semasa di konsert, rumah, padang atau gabungan pelbagai tempat. Jangka masa untuk sesebuah album itu disiapkan adalah di antara beberapa jam hingga beberapa tahun. Rakaman album termasuklah album langsung mungkin mengandungi proses penyuntingan, kesan-kesan bunyi, pelarasan suara dan sebagainya. Penggunaan teknologi moden memungkinkan seseorang artis untuk merakamkan album di tempat atau waktu yang berbeza.
Rujukan
sunting- ^ Zipkin, Michele (8 April 2020). "Best albums from the last decade, according to critics". Stacker (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2022. Dicapai pada 30 Jun 2020.
- ^ Kreutzmann, Bill; Eisen, Benjy (2015). Deal: My Three Decades of Drumming, Dreams, and Drugs with the Grateful Dead (dalam bahasa Inggeris). Macmillan. m/s. 259. ISBN 9781250033796. LCCN 2015005938. OCLC 904047411. OL 27182812M.