Ali Hamsa
Tan Sri Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa[1] (29 Ogos 1955 – 21 April 2022) merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara ke-13 berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012 sehingga 28 Ogos 2018. Pada 21 September 2014, beliau dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan.
Ali Hamsa | |
---|---|
Ketua Setiausaha Negara ke-13 | |
Dalam jawatan 24 Jun 2012 – 28 Ogos 2018 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Najib Razak Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Mohd. Sidek Hassan |
Digantikan oleh | Ismail Haji Bakar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ali bin Hamsa 29 Ogos 1955 Kluang, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Mati | 21 April 2022 Dublin, Ireland | (umur 66)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya |
Pasangan | Puan Sri Datin Sri Dato' Rohani Abdullah |
Tempat belajar | Universiti Malaya (B. Econ.) Oklahoma State University (PhD. Environmental Economics) |
Laman web | Laman web rasmi |
Pendidikan
suntingBeliau merupakan anak jati Johor yang diberi tugas penting di peringkat kerajaan pusat. Beliau dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Persekitaran dan Ekonomi (Environmental Science & Economics) dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.
Kerjaya
suntingAwalnya beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian; Ketua Penolong Pengarah/Ketua Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.
Beliau juga pernah berada dalam Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 2009 dan pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.
Tan Sri Ali pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd. dan mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam.
Kemudian bertukar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009. Beliau menyandang tugas sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian; Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement; Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta UKAS, JPM pada 22 April 2009 sehingga 2012.
Ketua Setiausaha Negara
suntingPada 19 Jun 2012, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun 2012. Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan itu.[2]
Anugerah dan pencapaian
suntingIkon Membaca Kebangsaan
suntingPada 21 September 2014, Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, sekali gus menjadi penjawat awam pertama yang menerima anugerah itu. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood mengumumkan perkara itu pada majlis pelancaran program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Putrajaya:'Take A Break...Read@Putrajaya' di Putrajaya. Anugerah ini hasil inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia sejak 2009 bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda. Beliau suka membaca hal ehwal ekonomi dan kepimpinan, kartun dan fiksyen
Anugerah itu pernah diterima oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, pelakon antarabangsa Michelle Yeoh dan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. 'Library on wheels' turut dilancarkan iaitu perpustakaan mini yang disediakan dalam bas-bas awam di Putrajaya.[3]
Anugerah di Malaysia
sunting- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (2002)
- Kesatria Mangku Negara (2005)[4]
- Panglima Mangku Negara – Tan Sri (2013)[5]
- Wilayah Persekutuan :
- Seri Utama Mahkota Wilayah – Datuk Seri Utama (2014)[6]
- Johor :
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor – Dato' (2013)[7]
- Kedah :
- Kelantan :
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) – Dato' (2012)[8]
- Melaka :
- Darjah Cemerlang Seri Melaka – Datuk Wira (2011)
- Darjah Gemilang Seri Melaka – Datuk Seri (2016)[9]
- Negeri Sembilan :
- Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan – Dato' (2011)
- Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang – Dato' Seri (2013)[10]
- Pahang :
- Darjah Indera Mahkota Pahang – Dato' (2006)[11]
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang – Dato' Sri (2009)[12]
- Perlis :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis – Dato' Seri (2017)[13]
- Pulau Pinang :
- Darjah Utama Pangkuan Negeri – Dato' Seri Utama (2014)[14]
- Perak :
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini – Dato' Seri (2014)[15]
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu – Datuk Seri Panglima (2012)[16]
- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak – Dato Sri (2013)[17]
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor – Dato' Seri (2013)[18]
- Terengganu :
- Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) – Dato' Seri (2012)[19]
Meninggal dunia
suntingBeliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Dublin, Ireland pada usia 66 tahun.[20] Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.[21]
Rujukan
sunting- ^ "YBHG. DATO' SRI DR. ALI BIN HAMSA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-04. Dicapai pada 2013-02-24.
- ^ Dr Ali Hamsa Dilantik Ketua Setiausaha Negara
- ^ KSN dipilih Ikon Membaca Kebangsaan
- ^ "The Yang di-Pertuan Agong's 62nd birthday honours list". The Star. 5 June 2005. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Ketua Setiausaha Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran". Bernama. Astro Awani. 1 June 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Some 320 individuals awarded in conjunction with Federal Territories Day". L. Suganya. The Star. 1 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2014. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Tengku Sulaiman Shah heads Johor honours list". Bernama. The Star. 24 November 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "KSN ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kelantan". Bernama. Sinar Harian. 11 November 2012. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Idris leads Malacca awards list". The Star. 14 October 2016. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Tuanku Muhriz to give medals in conjunction with 65th birthday". The Star. 14 January 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Abdullah heads awards list". The Star. 24 October 2006. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Najib heads Pahang honours list". Bernama. Utusan Malaysia. 24 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2018. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "282 people receive awards and medal at investiture of Raja of Perlis on his 74th birthday celebration". New Straits Times. 17 May 2017. Dicapai pada 20 November 2019.
- ^ "Chief Secretary to Government leads Penang honours list". The Star. 20 September 2014. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Raja Nazrin: Take heed of roles to garner support". Ivan Loh. The Star. 20 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2014. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "TYT wife heads honours list". Sandra Sokial. Borneo Post. 6 October 2012. Dicapai pada 6 September 2018.
- ^ "Masing and Uggah now Datuk Amar". The Star. 15 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2018. Dicapai pada 6 September 2018.
- ^ "Ali Hamsa heads list of 102 Selangor awards". Bernama. Malay Mail. 11 December 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "Terengganu Sultan urges people to drop subsidy mentality". Bernama. Borneo Post. 1 October 2012. Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ Rafidah Mat Ruzki. "Bekas KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2022.
- ^ MOHD. HUSNI MOHD. NOOR. "Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumikan". Kosmo. Dicapai pada 25 April 2022.