(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Angkor Thom - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Angkor Thom (Bahasa Khmer: អង្គរធំ, AFA: /ʔɑːŋ.kɔː.tʰum/, terjamahan Melayu: bandar agung) terletak di Kemboja dan tempat ini ialah bandar utama terakhir dan yang bertahan paling lama semasa Empayar Khmer. Tempat ini ditubuhkan pada akhir kurun ke-12 oleh Raja Jayavarman VII.[1] Luas kawasan ini 9 km2 dan di sini, terdapat beberapa tugu dari era sebelumnya dan juga ada yang dibina pada pemerintahan Jayavarman dan selepasnya. Di tengah bandar, terdapat kuil negeri Jayavarman, iaitu Bayon, dan tapak besar lain terhimpun di sekitar Dataran Kemenangan yang berdekatan di utara. Tempat ini juga merupakan tarikan pelancong yang hebat, dan orang datang dari seluruh dunia untuk melihatnya.

Bayon di Angkor Thom

Rujukan

sunting
  1. ^ Higham, C., 2014, Early Mainland Southeast Asia, Bangkok: River Books Co., Ltd., ISBN 9786167339443