Astro GO
Astro GO (dahulu dikenali sebagai Astro-On The GO) digayakan sebagai Astro GO merupakan satu platform OTT kali kedua di Malaysia selepas pelancaran RTM Klik yang dirasmikan oleh Radio Televisyen Malaysia pada 16 Jun 2012. Ia dibangunkan dan dikendalikan oleh Astro Malaysia pada 31 Ogos 2012. Apikasi ini digantikan dengan perkhidmatan Astro Mobile TV setelah 5 tahun beroperasi di telefon bimbit 2.5G dan 3G. Untuk pelanggan NJOI pun boleh mengakses aplikasi ini selepas NJOI Now telah dihentikan berikutan dengan kontroversi.
Astro GO | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | astrogo |
Jenis | Perisian Kandungan berlebihan (OTT) |
Tersedia dalam | |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings Berhad |
Kandungan dan sokongan | |
Perkhidmatan | Hanya di Malaysia (Untuk luar negara, disyorkan menggunakan alamat IP Malaysia dengan VPN) |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Percuma untuk semua: |
Dilancarkan pada | Penghujung 2008; (Sebagai Astro Mobile TV) 31 Ogos 2012 (Sebagai Astro On The GO) |
Status terkini | Aktif |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, |
sunting · sunting di Wikidata |
Astro GO turut mempunyai 2 jenis iaitu Plus dan percuma .Bagi percuma, pengguna dapat menyambung dua peranti dalam satu akuan beserta dengan masa Cloud Recording dalam 200 jam manakala untuk Plus atau Astro Cloud adalah berbayar.Ia membolehkan pengguna dapat strim di empat peranti dalam satu akaun Kad Pintar Astro (ACB ialah Kad SIM Astro) dan masa Cloud Recording dalam 1500 jam sahaja.
Astro GO ini hanya tersedia di platform mudah alih seperti Android, IOS, Komputer Dan TV pintar seperti Samsung Tizen OS, TV Sharp dan Sony Bravia dikuasai Android TV dan LG Think OS (Sebagai Astro). Untuk Apple TV masih tidak tersedia.
Bukan Astro GO sahaja, ada apikasi yang serupa dengannya seperti NJOI Now (2017-19) dan apikasi perstriman premium, sooka.
Astro GO ini juga menyiarkan video strim langsung dengan saluran tv (Live TV) dan Video On-Demand yang berdefinisi tinggi. Saluran bagi Berdefinisi Standard (SD) seperti saluran TV Media Prima seperti TV3, DidikTV KPM, 8TV dan TV9 serta saluran Berdefinisi Tinggi (HD) seperti Awesome TV (ditamatkan pada 1 Ogos 2024), NHK World Premium dan Astro Vellithirai tidak tersedia. Pada 1 April 2021, yang lalu saluran Radio Televisyen Malaysia seperti RTM TV1, RTM TV2 dan RTM TV Okey telah tersedia walaupun dulunya tidak ada di aplikasi ini selepas 9 tahun lepas kerana ketiga saluran itu sudah ke format HDTV (yang dahulunya SDTV). Astro GO adalah percuma kepada semua pelanggannya yang hanya mempunyai pakej-pakej yang dilanggan sedia ada serta tidak tertunggak mahupun tidak bermasalah sahaja dan ia menyokong peranti dalam resolusi 16:9 dan ke atas. Bagi siaran yang berformat 4K UHDTV tidak tersedia kerana kebanyakan telefon pintar, tablet, PC dan laptop adalah berlayar kecil dan tidak sama dengan televisyen.
Kandungan tersedia
suntingAstro GO juga mempunyai saluran eksklusifnya khas untuk pelanggan Astro bergantung pada pakej yang tersedia.Terdapat saluran ini juga adalah tiada dalam set kotak dekoder Astro (STB) seperti Astro Connected Box bagi Ultra Box dan Ulti Box, serta B.yond HD Box.
Saluran | Nama |
---|---|
521HD | DW English (HD) |
522HD | France 24 English (HD) |
Lihat lagi
sunting- Laman web PC Sahaja
- SYOK (Aplikasi perstriman radio, muzik dan podcast)
- Sooka (Aplikasi VIP pertama oleh Astro Malaysia)
- NJOI Now (Bekas aplikasi perstriman untuk pelanggan NJOI sahaja)
- MYTV Mana Mana (Aplikasi perstriman untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan MYTV sahaja)
- RTM Klik (Aplikasi perstriman percuma oleh RTM)