(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Butterworth, Pulau Pinang - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Butterworth, Pulau Pinang

(Dilencongkan daripada Bagan)

Butterworth merupakan bandaraya yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari/ke Pulau Pinang.

Butterworth
بتتروورث
Bandaraya
Butterworth بتتروورث yang terletak di Pulau Pinang
Butterworth بتتروورث
Butterworth
بتتروورث
Koordinat: 5°23′38.4354″N 100°21′59.1372″E / 5.394009833°N 100.366427000°E / 5.394009833; 100.366427000Koordinat: 5°23′38.4354″N 100°21′59.1372″E / 5.394009833°N 100.366427000°E / 5.394009833; 100.366427000
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
DaerahSeberang Perai Utara
Pentadbiran
 • Kerajaan TempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
 • Yang di-PertuaRozali Mohamud
Aras
8 m (26 ft)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah71,643
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
120xx ke 134xx
Nombor telefon+604
Laman sesawangmbsp.gov.my
Butterworth

Nama Butterworth atau Bagan tersebut diambil sempena nama Kolonel William John Butterworth, Gabenor Negeri-Negeri Selat dari tahun 1843 hingga 1855 semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.

Demografik

sunting

Kaum majoriti di Butterworth ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi berbanding dengan kos hidup di Pulau Pinang. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampai sekarang dan kenderaan di bandar ini bertambah banyak.

Infrastruktur

sunting

Pengangkutan

sunting

Trafik di Butterworth setiap hari sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke George Town. Butterworth juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Sungai Dua ke Ipoh).

Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuh raya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (melalui jambatan). Segelintir penduduk di Kulim dan Bukit Mertajam datang bekerja di Butterworth pada setiap hari Majlis Perbandaran Butterworth Di Majlis Daerah Luar Bandar Seberang Perai.

Pelabuhan

sunting

Pelabuhan Butterworth pula merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti Hong Kong, China, Taiwan, dan sebagainya melalui kapal kontena.

Pendidikan

sunting

Sekolah terkenal di Butterworth ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth yang terletak di Jalan Ong Yi How. Penang Sentral di negeri Pulau Pinang ataupun wilayah koridor utara Malaysia adalah dipilih untuk bina di Butterworth sekalinya dengan stesen keretapi, terminal bas dan kontena.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Key Summary Statistics For Local Authority Areas, Malaysia 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2015. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

sunting