(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Glob - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Glob (Latin: globus "bola kecil; kepalan, gumpal[an]"[1]) ialah model kecil 3 matra sebuah Bumi atau jasad cakerawalan berbentuk sfera lain. Ia berbentuk sfera atau menyerupai bentuk bola yang bulat. Biasanya glob diletakkan pada sebuah paksi yang condong meniru keadaan bumi berpusing sendiri sambil beredar mengelilingi matahari.

Glob Baroque
Glob yang pernah digunakan oleh ahli pelayaran Perancis

Glob mula digambarkan Plinius yang Tua dalam Naturalis Historia:[2]

Orbem certe dicimus terrae globumque verticibus includi fatemur. Neque enim absoluti orbis est forma in tanta montium excelsitate, tanta camporum planitie, sed cuius amplexus, si cuncta liniarum comprehendantur ambitu, figuram absoluti orbis efficiat...mundus in centrum vergit, at terra exit a centro, inmensum eius globum in formam orbis adsidua circa eam mundi [coeli] volubilitate cogente.
("Kita jelas berkata raga bumi tergumpal berkutub di kededua hujungnya. Gunung-gunung tinggi dan lembah-lembah luasnya tidak membentuk keliling bulatan penuh, tetapi semua titik-titik yang dihubungkan akan membentuk lilitan membulat...seluruh langit bertemu di pusatnya dan bumi keluar dari pusatnya, pusingan tanpa henti langit-langit atasnya ini memaksa bentuk gumpalan ini di kepada sebuah raga yang luas terbentang.)

Secara perbandingan, keadaan glob dengan bumi sebenar tidaklah sama. Permukaan glob agak rata, tidak ada gunung-ganang dan lautan serta jurang. Permukaan glob dipenuhi maklumat bertulis sama ada dalam bentuk teks, simbol dan warna berbeza. Di atas glob juga dilukis garisan ilusi iaitu latitud dan longitud. Saiz glob juga berbeza-beza dan cantik untuk dijadikan hiasan dan cenderahati kepada peminat geografi.

Ada juga glob yang menunjukkan keadaan topografi, ketinggian sesuatu tempat tetapi masih dianggap rata, tidak herot-berot sebagaimana bumi sebenar.

Nisbah antara glob dengan bumi ialah 1:40 juta.

Sejarah

sunting

Glob mula dicipta oleh rakyat Turki purba bernama Crates yang tinggal di Mallus, Cilicia. Beliau menggunakan bahasa Yunani pada abad ke-2 SM. Beliau menjadi pemimpin sekolah kesusasteraan dan ketua perpustakaan Pergamum. Hasil kerja beliau telah dikritik oleh pengulas Homeros. Pada 168 SM, Crates telah melawat Rom sebagai Duta kepada Eumenes. Penyelidik Strabo ada memberi ulasan tentang glob yang direka oleh Crates. Glob purba yang dicipta pada 150 SM itu dipamerkan di Muzium Napoli, Napoli, Itali. Ia dikenali sebagai Atlas Farmese.

Glob yang lebih moden dibuat semasa kegemilangan Islam oleh ahli geografi Muslim dan seorang ahli astronomi di bawah pemerintahan Khalifah Abasiah, Al-Maamun pada abad ke-9.

Kemudian glob pernah dibuat oleh Martin Behaim yang tinggal di Nürnberg, Jerman pada 1474. Pada 1507 Martin Waldseemueller telah membuat glob yang menunjukkan benua Amerika buat pertama kalinya. Pada 1507 juga terdapatnya glob Hunt-Lenox. Pada 1570 pula Taqi al-Din telah membuat glob di Pusat penyelidik al-Din Istambul.

Glob terbesar

sunting
  • Glob terbesar terletak di Queens, New York dengan diameter 120 kaki. Glob ini dinamakan Unsphere.
  • Eartha ialah glob dengan diameter 41 kaki. Terletak di Delome, Yatrmouth, Maine, Amerika Syarikat.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "glŏbus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 368.
  2. ^ Naturalis Historia, buku II bab LXIV