(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Lencana Juruterbang Pemerhati - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Lencana Juruterbang Pemerhati

Lencana Juruterbang Peninjau (Bahasa Jerman: Flugzeugführer- und Beobachterabzeichen atau Pilot and Observer Badge) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman yang dizahirkan pada 19 Januari 1935 oleh Marsyal Empayar Hermann Goering bagi anggota perkhidmatan yang telahpun dikurniakan Lencana Juruterbang atau Lencana Peninjau. Ia mesti dipakai dibawah poket dada sebelah kiri uniform tentera, betul-betul dibawah Iron Cross Kelas 1 jika ada.

Lencana Juruterbang Peninjau

Lencana tersebut pada mulanya dibuat dengan tembaga dan kemudian dengan zink. Lencana ini boleh dibezakan dengan Lencana Juruterbang menerusi kalungan daun emas manakala Lencana Juruterbang mempunyai kalungan daun perak.

Lencana Emas Juruterbang Peninjau bertakhta Berlian

sunting

Varian eksklusif Lencana Emas Juruterbang Peninjau bertakhta Berlian (Bahasa Jerman: Flugzeugführer- und Beobachterabzeichen in Gold mit Brillanten atau Pilot and Observer Badge in Gold with Diamonds) ini telah dizahirkan pada 16 Mac 1935 oleh Goring yang juga penerima pertama. Ia dikurniakan bagi menghormati kejayaan luar biasa dan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini mula-mula dikurniakan kepada Ketua Staf Am Luftwaffe, Jeneral Walther Wever dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerbangan Reich, Erhard Milch pada 11 November 1935.

Penerima Lencana Emas Juruterbang Peninjau bertakhta Berlian

sunting

Luftwaffe

sunting

Penerima Kehormat

sunting

Penerima asing

sunting

Lihat juga

sunting