(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Portal:Islam - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Portal Islam
Sebuah portal untuk bahan-bahan berkaitan Islam di Wikipedia.
159 rencana dalam Bahasa Melayu.
Portal Apa itu Islam? WikiProjek Kategori

Portal Wikipedia

Pendahuluan

Al-Quran - kitab suci umat Islam
Al-Quran - kitab suci umat Islam

Mengenai audio iniIslam  (bahasa Arab: الإسلام al- islām) ialah agama yang kedua terbesar di dunia. Perkataan 'Islam' berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud "tunduk, dan patuh", serta "selamat, sejahtera, dan damai". Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Pengikut-pengikut Islam, dikenali sebagai orang Muslim (daripada perkataan Arab, muslimeen, yang bermaksud "seseorang yang telah berserah kepada Allah") mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. (570 - 632 M) diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu, dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk umat baginda. Orang Muslim mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Ajarannya kepada manusia akan berlanjutan sehingga Hari Kiamat.

Dalam Islam terdapat dua kumpulan fahaman utama, iaitu Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah, dan dalam Islam ada Rukun Iman dan Rukun Islam yang menjadi teras amalan Mukmin.

Rencana pilihan

Sebuah masjid di Afghanistan
Sebuah masjid di Afghanistan

Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.

Gambar pilihan

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Bulan sabit dihias dengan berwarna dan indah diterangi pada bulan Ramadan.

Lokasi pilihan

Latar langit Makkah
Latar langit Makkah

Makkah al-Mukarramah (ataupun dipanggil Mekah atau Makkah sahaja; Arab: مكة المكرمة) ialah kota paling suci bagi umat Islam. Bandar ini terletak lebih kurang 73 km di timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi.

Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang di dalamnya terdapt Kaabah. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kaabah untuk bersolat. Manakala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, seseorang Muslim akan mengunjungi Makkah untuk mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah.

Ayat/hadis pilihan

انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Surah Al-Hijr, ayat 9.

WikiProjek

Projek payung

WikiProjek Agama

WikiProjek
Projek utama

WikiProjek Islam

Pasukan petugas

SunniSyiahHadisNabi dan RasulSalafUlama IslamIslam dan KontroversiSejarah IslamMasjidPembersihan pautan

Pasukan petugas berkaitan

Pasukan petugas sejarah awal ketenteraan Islam

Apa itu WikiProjek?

Tokoh pilihan

Muhammad s.a.w
Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu alaihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Tahukah anda...

  • ... bahawa al-Quran dipercayai oleh orang-orang Muslim dan cendekiawan-cendekiawan Islam sebagai tidak berubah sejak wahyunya?
  • ... bahawa Nigeria mempunyai lebih banyak orang Muslim (50% daripada jumlah penduduk) berbanding dengan Arab Saudi (95% daripada jumlah penduduk)?

Berita semasa mengenai Islam

Tiada berita terbaru

Kategori

Mahu membantu?

  • Menyertai mana-mana satu WikiProjek Perseikatan Islam dan menyumbang.
  • Mencadangkan rencana dan gambar pilihan.
  • Membantu menyelenggarakan portal Islam.

Topik dalam Islam

Projek Wikimedia berkait

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Purge server cache