Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal zaman Paleolitik Awal. Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh Raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea melalui Dinasti Goryeo dan Dinasti Joseon sebagai satu negara sehingga berakhirnya Empayar Korea pada tahun 1910, apabila Korea diilhakkan oleh Jepun. Selepas dibebaskan lalu diduduki oleh tentera Soviet dan Amerika Syarikat. Pada akhir Perang Dunia Kedua, negara Korea terbahagi kepada Utara dan Selatan. Korea Selatan ditubuhkan sebagai negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun lagi hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.
Lukisan bertajuk "Gukjeong chumyo" (kucing musim luruh di taman dengan bunga kekwa) yang telah dilukis oleh Byeon Sang-byeok. (ukuran asli 654 × 846 piksel, 471 KB)