(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Wikipedia:Meja rujukan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Wikipedia:Meja rujukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Meja rujukan Wikipedia memiliki fungsi sama dengan Meja rujukan perpustakaan. Adakah anda memiliki pertanyaan yang ingin dijawab oleh para sukarelawan di Wikipedia? Tanyakan di bawah! Anda juga boleh bertanya di kedai kopi.

Bagaimana membuat pertanyaan

  • Jelaskan pertanyaan anda, dan juga gambarkan jawapan yang anda inginkan, supaya anda mendapat jawapan yang lebih tepat.
  • Tolong tandatangani pertanyaan, jika anda memiliki akaun di Wikipedia, taipkan --~~~~ di akhir pertanyaan. Atau tulis terus nama anda.
  • Tolong jangan tulis alamat e-mel anda, kerana jawapan tidak akan dijawab melalui e-mel. Selain itu, isi Wikipedia disalin luas ke laman web lain, dan dengan mengumumkan alamat e-mel anda di sini akan memjadikannya umum di seluruh internet.
  • Tolong periksa kembali untuk pembaharuan sekali-sekala. Jawapan lengkap mungkin hanya dapat dijumpai setelah beberapa hari.
  • Untuk pertanyaan lanjut, sunting bahagian pertanyaan anda (dengan memilih pautan [sunting] di sebelah kanan garis tajuk). Tolong jangan memulakan banyak bahagian dengan topik yang sama.
  • Tolong diingat bahawa laman ini dikunjungi pembaca pelbagai umur.
  • Tolong hindari menggunakan huruf besar sepenuhnya; ia bukan saja membuatkan pertanyaan anda lebih sulit dibaca, tetapi juga akan dianggap sebagai tidak sopan atau menjerit.
  • Jawapan akan dijawab oleh manusia, bukan komputer. Halaman ini bukan mesin pencari.
  • Kesemua pertanyaan akan dipadam selepas 3 bulan jika tiada gerak balas atau jawapan.


Bagaimana menjawab pertanyaan

  • Tolong jawab secara menyeluruh, berikan jawapan sebanyak mana yang anda boleh.
  • Tepat. Tolong tulis yang jelas dan mudah difahami. Berikan jawapan dalam ruang lingkup pertanyaan.
  • Beri pautan ke halaman Wikipedia yang mungkin memiliki informasi lebih lanjut yang berkaitan dengan pertanyaan tersebut.
  • Meja rujukan bukan pentas pidato. Jika anda ingin berdebat tentang sudut pandang tertentu, tolong lakukan hal tersebut di laman perbualan rencana berkenaan

Lihat juga