(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Angin - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5102931 pada 11:47, 22 Mei 2021 oleh Anumengelamun (bincang | sumb.)
Gerakan angin dilihat dari foto satelit pesisiran California, Amerika Syarikat
Pieter Kluyver (1816–1900)

Angin (Jawi: اڠين) merupakan pergerakan udara dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, ia boleh diakibatkan oleh perbezaan tekanan udara di persekitaran didorong putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga perbezaan suhu hasil pemanasan tidak sekata serata permukaan bumi[1] lalu zarah-zarah gas dalam udara bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah sejajar hukum fizik.[2]

Angin wujud dalam pelbagai bentuk dan peringkat dengan kelajuan dan tenaga yang ditampung sehinggakan mampu membentuk muka bumi dalam keadaan yang mengizinkan. Kuasa yang dibawa oleh angin ini banyak dimanfaatkan sepanjang zaman tamadun manusia sebagai suatu bekalan untuk menjana kerja baik dari segi mekanikal atau pelayaran sehinggalah kepada teknologi hijau.

Faktor terjadinya angin

Kecerunan barometrik

Bilangan yang menunjukkan perbezaan tekanan udara daripada 2 isobar yang jaraknya 111 km. Semakin besar kecerunan barometrisnya angin semakin cepat.

Kedudukan

Jika kedudukan sesuatu tempat itu berhampiran dengan garisan Khatulistiwa, maka kelajuan angin di kawasan itu lebih tinggi berbanding di kawasan lain.

Ketinggian

Jika ketinggian sesuatu tempat bertambah, maka angin di kawasan itu akan bertiup dalam kelajuan yang lebih tinggi berbanding di kawasan yang rendah.

Waktu

Angin akan bertiup dengan lebih laju pada waktu siang berbanding pada waktu malam.

Penyukatan

Angin yang dirasai di permukaan diukur dengan menggunakan anemometer yang mengukur kelajuan dalam unit meter per saat atau knot serta mengenalpasti arah angin.[3]

Arah mata angin dinyatakan menggunakan darjat: angin dari arah utara dicatatkan dari arah 360 darjah, arah timur dari 90 darjah dan begitulah seterusnya; angin yang sangat lemah dan tidak dapat dipastikan arahnya ditandakan "0".[4]:43 Kelajuan angin dirumuskan berdasarkan skala Beaufort yang juga mampu memperolehi maklumat mengenai tenaga yang dihasilkan.[4]:44

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Grebner, Donald L.; Bettinger, Pete; Siry, Jacek P., penyunting (2013). Introduction to Forestry and Natural Resources (dalam bahasa Inggeris). San Diego: Academic Press. m/s. 323–358. doi:10.1016/b978-0-12-386901-2.00014-2. ISBN 978-0-12-386901-2.
  2. ^ Arsyad, Sofyan (1983). Ilmu Iklim dan Pengairan. Jakarta: CV. Yasaguna.
  3. ^ S. D. Sucahyono; K. Ribudiyanto (2013). Cuaca dan Iklim Ekstrim di Indonesia (PDF). Jakarta: Pusat Penelitian dan Pengembangan, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika. m/s. 15. ISBN 978-602-1282-00-7.
  4. ^ a b S. Wirjohamidjojo; Y. S. Swarinoto (2007). Praktek Meteorologi Pertanian (PDF). Jakarta: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika. ISBN 978-979-1241-05-2.