(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Wikipedia:Meja rujukan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Wikipedia:Meja rujukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 528711 pada 16:10, 11 April 2008 oleh Didie (bincang | sumb.) (Hiburan)
Selamat datang di laman meja rujukan Wikipedia!
Meja rujukan Wikipedia berfungsi sebagai sebuah meja rujukan perpustakaan. Pengguna boleh mengajukan pertanyaan/soalan pada perbincangan meja rujukan dan sebilangan sukarelawan Wikipedia akan cuba membantu mencari maklumat yang dikehendaki oleh anda. Sebelum menanyakan soalan, tolong gunakan kotak gelintar untuk mencari dan menyelidiki jawapan yang anda mahukan terlebih dahulu. Anda juga harus cuba merujuk arkib meja rujukan. Tolong gunakan meja rujukan ini dengan berhemah, jangan menanyakan soalan yang bukan ilmiah dan jangan membuat laku musnah.
Untuk informasi sebarang topik, pilih kategori berikut mengikut soalan anda:
Ikon
Kategori
Informasi
Bahasa Ejaan, tatabahasa, etimologi kata, ilmu bahasa, penggunaan kata, dan permohonan terjemahan.
Hiburan Gaya hidup popular, filem, permainan video, dan rancangan TV.
Kemanusiaan Sejarah, politik, sastera, agama, falsafah, undang-undang, kewangan, ekonomi, lukisan, muzik, dan masyarakat.
Matematik Matematik, geometri, kebarangkalian, dan statistik.
Pengkomputeran Pengkomputeran, informasi teknologi, perisian, dan perkakasan.
Sains Biologi, kimia, fizik, perubatan, geologi, psikologi, dan teknologi.
Lain-lain Selain daripada kategori yang disenaraikan.
Arkib Soalan lama yang diarkibkan.

Nota: Buat masa ini, belum dicipta sub-halaman pertanyaan khusus untuk kategori-kategori soalan pada meja rujukan. Untuk sementara waktu, pertanyaan dikelaskan menggunakan sub-tajuk di bawah. Pengkelasan mengikut halaman akan dilakukan secara beransur-ansur. Harap maklum.

Bahasa

Hiburan

Akademi Fantasia

Jika diikutkan perkembangan terkini, Alif sedang mendahului carta kedudukan pelajar AF terkini. Akan tetapi, pelajar yang bakal tersingkir mengikut pilihan saya pada konsert ke-4(12 April 2008);

  1. Nubhan (tidak sesuai diangkat menjadi artis serbaboleh; lagipun pelajar lain lagi hebat daripada dia)
  2. Riz (suara yang menusuk kalbu; tetapi perbuatannya di Diari AF dijangka menggugat undiannya)
  3. Alif (sudah peluang ketiga diberikan namun tiada yang boleh dibanggakan; jika Alif menjadi juara carta kedudukan selepas konsert sekalipun hanya berbekalkan undi simpati saje)
  4. Saida (berbekalkan statusnya sebagai ibu, Saida menjaga imej dan tingkah lakunya; namun ia tidak cukup untuk menyaingi pelajar lain)
  5. Faisal (persembahan yang mempunyai peningkatan, masalah yang melandanya perlu segera diatasi)
  6. Stanly (suaranya unik dan menggunakan teknik "tenor" ketika menyanyi; pesaing utama Stacy)
  7. Toi (gayanya yang selamba dan menunjukkan persembahan yang baik, mampu menjadi pesaing utama pelajar AF)
  8. Nadia (suara yang serak basah; jika Nadia menjaga kesopanannya sebagai gadis Melayu, pasti undiannya melambung)
  9. Rina (persembahan yang memukau hati penonton; meskipun usianya agak berumur tetapi Mama Rina lebih bertenaga daripada pelajar lain; penyeri dan daya tarikan Diari AF)
  10. Stacy (berkeyakinan tinggi; konsisten; bakal juara AF6; dijamin tidak akan tersingkir)

Perhatian; susunan di atas bukanlah ramalan kedudukan undian selepas konsert secara keseluruhan tetapi hanyalah sebagai ramalan pelajar yang akan tersingkir mengikut pilihan. Anda diharap tidak terpengaruh dengan ramalan ini dan teruskan pilihan undian anda. Akan tetapi, sebaik-baiknya undilah pelajar yang mempunyai potensi dan mempersembahkan persembahan dan nyanyian yang terbaik saje. — Didie (bincang) 16:10, 11 April 2008 (UTC)[balas]

Kemanusiaan

Matematik

Pengkomputeran

  • Dalam membuat rencana ataupun menterjemah rencana berkenaan pengaturcaraan, diharap para penyumbang mengikut istilah-istilah di dalam rencana daftar penterjemahan istilah pengaturcaraan bagi mengelakkan kesukaran dan kekeliruan. Rencana daftar penterjemahan istilah pengaturcaraan adalah belum lengkap, diharap bagi sesiapa yang menyunti sesebuah rencana dan menggunakan istilah yang tiada di dalam rencana tersebut menambah menambahkan istilah berkenaan. Tetapi, sila pastikan yang istilah itu tepat. — Kurniasan 14:37, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sains

Lain-lain

Arkib Meja Rujukan