Oh Dewi!
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Oh Dewi! (ああっ
Kisah
Manga ini menceritakan kisah pelajar baru Institut Teknologi Nekomi Keiichi Morisato, yang, disebabkan ketulusan hatinya, dipilih oleh Yggdrasil, sistem komputer Syurga, untuk menerima satu permintaan. Dewi yang ibarat bidadari Belldandy dihantar turun ke bumi untuk bertanyakan apakah permintaannya, dan memberitahunya bahawa dia boleh meminta apa-apa sahaja, daripada menjadi jutawan hingga memusnahkan dunia dalam sekelip mata. Keiichi memikirkan pada mulanya yang ini ialah satu helah senior-seniornya, tetapi dia kemudian menyedari Belldandy satu-satunya yang memahami dan menghargainya. Terpukau dengan Belldandy, Keiichi meminta agar seseorang sepertinya tinggal bersama dengannya buat selama-lamanya. Tetapi, dia tidak mengagak apa yang akan terjadi selepas itu dan terkaku apabila menyedari bahawa Belldandy akan tinggal dengannya kini. Manga dan anime mengikuti perhubungan mereka yang semakin mesra.
Siri anime yang pelbagai memerihalkan watak utama dan berasaskan jalan cerita asal komik, tetapi setiap satunya mempunyai penyampaian yang tersendiri. Pengecualian bagi siri yang kebelakangan ini iaitu mengikut jalan cerita komik hampir sebulat-bulatnya.
Menjadi orang yang gilakan mesin dan enjin[1], Fujishima sering menjadikan keseluruhan bab, ataupun cerita sampingan, berkisarkan mesin terutama motorsikal. Paling ketara, pembaca akan mendapati bahawa Keiichi Morisato merupakan ahli kelab motor di kolejnya. Terdapat juga cerita tentang ancaman daripada musuh kelab motor dan perlumbaan. Kedua-dua Keiichi dan Belldandy amat berbakat dalam perlumbaan (bakat semula jadi Keiichi dan keupayaan Belldandy untuk "bercakap" dengan mesin). Kebanyakan watak utama lain ditunjukkan mempunyai kebolehan dalam perlumbaan dan/atau mekanik, membuatkan idea mekanik dan mesin merupakan perkakas bagi perkembangan watak.
Rujukan
- ^ "Profail Fujishima Kousuke". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-23. Dicapai pada 2007-08-26.