Stesen LRT Miharja
Lokasi | Stesen Miharja, Jalan 1/93, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°7′15″N 101°43′4″E / 3.12083°N 101.71778°EKoordinat: 3°7′15″N 101°43′4″E / 3.12083°N 101.71778°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Disediakan oleh DBKL | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | AG12 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Miharja ialah stesen LRT yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kompleks Flat Miharja. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 1/93, Taman Miharja, Kuala Lumpur. Di sebelah timur laut stesen adalah kompleks Flat Miharja dan di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Ikan Emas Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli belah Viva, Hotel Vivatel Kuala Lumpur dan SMK Miharja.
Pelan stesen
G | Bangunan stesen | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
G Platform | ||
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
AG Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Chan Sow Lin) | |
AG Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Maluri) | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri |
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat kemudahan parkir disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[4]
Rujukan
- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.