Teater rumah
Teater rumah (bahasa Inggeris: home theatre ) ialah teater hiburan rumah yang bertujuan melahirkan suasana video dan audio seperti di pawagam dalam rumah persendirian. Pada 1950-an, ramai penduduk Amerika Syarikat gemar memainkan filem di rumah setelah mampu membeli kelengkapan projektor filem 8 mm jenama Kodak. Perkembangan sistem audio berbilang saluran, diikuti cakera laser pada 1980-an membuka paradigma baru untuk teater rumah. Pada awal 1990-an, sebuah teater rumah di AS terdiri daripada pemain cakera laser atau VHS disuapkan kepada televisyen pancaran belakang. Pada akhir 1990-an, teknologi teater rumah semakin maju dengan perkembangan format DVD-Video, sistem pembesar suara audio 5.1 saluran Dolby Digital (bunyi keliling, surround sound) dan televisyen definisi tinggi.
Pada 2000-an, istilah "teater rumah" merangkumi pelbagai sistem yang bertujuan memainkan filem wayang di rumah. Sistem yang paling ringkas dan biasa ditemui terdiri daripada pemain DVD, televisyen berskrin besar, dan sistem pembesar suara bunyi keliling "home theater in a box" dengan subwufer. Teater rumah boleh dipercanggihkan lagi dengan pemain Blu-ray atau perkakas pusat media, projektor video dan laayr pancaran berlebar nisbah aspek 16:9, dan penerima teater rumah beribu-ribu watt dengan lima hingaa tujuh pembesar bunyi keliling dan subwufer yang mengagumkan.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Kini, teater rumah sewajarnya menjanjikan "pengalaman pawagam" sebenar, oleh itu perlunya komponen-komponen yang lebih bermutu tinggi berbanding televisyen biasa dengan pembesar suara terbina dalamnya. Sesebuah teater rumah merangkumi alat-alat berikut:
- Peranti input video dan audio: Satu atau lebih sumber video/audio. Format media bermutu tinggi seperti Blu-ray digemari, tetapi juga termasuk sekali pemain DVD, VHS atau konsol permainan video. Sebilangan kecil teater rumah dilengkapi HTPC (Home Theater PC) dengan aplikasi perisian pusat media yang berfungsi sebagai pustaka utama kandungan video dan muzik, menggunakan antara muka pengguna 10 kaki dan alat kawalan jauh.
- Peranti pemprosesan audio: Peranti input diproseskan sama ada oleh penerima AV kendiri, atau preamplifier dan pemproses bunyi untuk format bunyi keliling yang kompleks. Pengguna memilih input ketika ini sebelum menghantarkannya ke output.
- Output audio: Sistem terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pembesar suara, tetapi kini sistem bunyi keliling 5.1 atau 7.1 lebih kerap ditemui, namun kita boleh memasang sebanyak 10 pembesar suara dengan subwufer tambahan.
- Output video: Paparan HDTV berskrin besar, sama ada berbentuk paparan hablur cecair (LCD), plasma, pancaran belakang, tiub sinar katod (CRT) yang lama, atau projektor video bersama layar pancaran.
- Suasana: Tempat duduk dan susunan yang selesa untuk menyerlahkan suasana pawagam. Teater rumah yang lebih mewah juga dilengkapi penebat bunyi untuk mencegah kebisingan dari keluar dari rumah, serta rawatan dinding khusus untuk mengimbangi bunyi dalam bilik.
Gambar rajah aliran
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Teater rumah |
- AV Science Forum - independent discussion forum about home cinema set-ups and related topics
- AVforum - another independent discussion forum about home cinema set-ups
- VideoHelp.com - independent guides and discussion forum about video playback and media center set-ups
- Projector Central - discussion forum about front video projectors
- Projector Tips
- HD resolution for DLP Projector Diarkibkan 2009-04-22 di Wayback Machine - Brief article about High Definition Resolution
- Home Theater System Guidelines - short article about integrating various home theater components