Akson
Akson (daripada istilah Yunani ἄ
Akson dibezakan daripada unjuran bersitoplasma lain dalam jasad sel neuron seperti dendrit melalui beberapa ciri yang tersendiri seperti bentuk (dendrit cenderung menirus manakala radius akson masih dikekalkan sepanjang strukturnya dari hujung ke hujung), panjang (akson lebih panjang daripada dendrit yang terhad kepada ruang sekeliling jasad sel neuron), dan fungsi (dendrit menerima isyarat badan manakala akson memancarkan isyarat tersebut). Ada jenis neuron tertentu yang tidak mempunyai akson memancarkan isyarat terus daripada dendrit masing-masing. Neuron langsung tidak mempunyai lebih daripada satu akson; namun akson yang ada dalam tubuh haiwan-haiwan invertebrat seperti serangga atau lintah kadangkalanya terdiri daripada beberapa kawasan yang berfungsi lebih kurang bebas antara satu sama lain.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "'dysfunction' – Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 27 Januari 2018.
- ^ Yau, KW (1976). "Receptive fields, geometry and conduction block of sensory neurons in the CNS of the leech". Journal of Physiology. Lond. 263 (3): 513–538. doi:10.1113/jphysiol.1976.sp011643. PMC 1307715. PMID 1018277.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Slide 3 Spinal cord" - University of Oklahoma Health Sciences Center