(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Alberto Fujimori - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Alberto Fujimori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Excelentísimo Señor

Alberto Fujimori
Fujimori pada tahun 1991
Presiden Peru yang ke-54
Dalam jawatan
28 Julai 1990 – 22 November 2000
Perdana Menteri
Naib Presiden
Lihat senarai
Didahului olehAlan García
Digantikan olehValentín Paniagua
Presiden Kerajaan Darurat dan Pembinaan Semula Negara
Dalam jawatan
5 April 1992 – 9 Januari 1993
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
LahirAlberto Kenya Fujimori Inomoto
(1938-07-26)26 Julai 1938
Lima, Peru
Meninggal dunia11 September 2024(2024-09-11) (umur 86)
Lima, Peru
Parti politikPenukaran 90 (1990–1998)
Sí Cumple (1998–2010)
Parti Baru Rakyat (2007–2013)
Angkatan Popular (2024)
Sekutu gabungan
politik lain
Majoriti Baharu (1992–1998, ahli bukan gabungan)
Peru 2000 (1999–2001)
Perikatan untuk Masa Depan (2005–2010)
Penukaran 21 (2018–2019)
Pasangan
Anak-anak4, termasuk Keiko dan Kenji
SaudaraSantiago Fujimori (adik)
PendidikanUniversiti Agraria Nasional (BS)
Universiti Strasbourg
Universiti Wisconsin–Milwaukee (MS)
Tandatangan
Maklumat jenayah
Status jenayahDisabitkan kesalahan[1]
Pertuduhan jenayahPelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan, penculikan, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah
Penalti25 tahun penjara (tuduhan pencabulan hak asasi manusia, pembunuhan dan penculikan)
Enam tahun penjara (Penyalahgunaan caj kuasa)
Penjara tujuh setengah tahun (Pertuduhan penyelewengan)
Enam tahun penjara (Pertuduhan rasuah)

Alberto Ken'ya Fujimori (nama Jepun: Ken'ya Fujimori (藤森ふじもり 謙也けんや, Fujimori Ken'ya); 26 Julai 1938 – 11 September 2024) adalah seorang ahli politik Peru berketurunan Jepun. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Peru dari 28 Julai 1990 hingga 17 November 2000. Beliau menjadi tokoh kontroversi dan mengamalkan sistem autokratik. Fujimori telah menstabilan ekonomi makro dan menstabilkan keadaan politik Peru dari ancaman komunis dan pengganas. Beliau dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan hak-hak asasi manusia sepanjang menjadi presiden.[2]

Lewat 2000 beliau menghadapi tuduhan skandal rasuah lalu melarikan diri ke Jepun dan meletakkan jawatan sebagai presiden Peru. Perletakan jawatannya dari Jepun melalui faks ditolak oleh Kongres Republik Peru. Kemudian Fujimori ditahan semasa lawatan ke Chile pada November 2005. Dia akhirnya diekstradisi ke Peru untuk menghadapi pertuduhan jenayah pada September 2007.

Pada 11 Disember 2007 dalam perbicaraan yang lain dari tuduhan melanggar hak asasi manusia, Fujimori disabitkan dalam rampasan haram dokumen-dokumen dan pita-pita video dalam milik isteri ketua pengintipnya Vladimiro Montesinos. Dia telah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara. Rayuannya ditolak Mahkamah Agung.[3]

Pada April 2009 pula, dia disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia semasa menjadi presiden, dan dihukum 25 tahun penjara. Dia bagaimanapun dijangka akan merayu.[4][5]

Tempat lahir

[sunting | sunting sumber]

Menurut rekod kerajaan, Fujimori dilahirkan pada 28 Julai 1938 di Miraflores, sebuah daerah di Lima. Ibu bapanya, Naoichi Fujimori dan Mutsue Inomoto de Fujimori, adalah kaum asli Kumamoto, Jepun yang berimigrasi ke Peru pada 1934. Dia memegang dua kerakyatan iaitu kerakyatan Peru dan Jepun. Jepun memberi beliau kerakyatan Jepun kerana ibu bapanya rakyat Jepun.

Musuh politiknya menuduh beliau lahir di Jepun dan dengan itu tidak layak menjadi Presiden Peru. Pada Julai 1997, majalah politik Caretas melaporkan bahawa maklumat sijil kelahiran Fujimori telah diubah dan digantikan dengan "Miraflores, Lima" dalam tulisan tangan berbeza. Caretas juga mengatakan bahawa apabila Fujimori pindah ke Peru pada 1934, dia diisytiharkan mempunyai dua orang anak, Fujimori merupakan anak kedua dari empat adik-beradik.

Anak perempuannya Keiko Fujimori merupakan ahli Parlimen Peru. Kini beliau menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang kronik.

Melarikan diri

[sunting | sunting sumber]

Fujimori melarikan ke Jepun dan beberapa negara lain selama 7 tahun. Jepun enggan mengekstradisi Fujimori ke Peru kerana tidak ada peruntukan atau tidak ada perjanjian ekstradisi bersama antara kedua-dua negara.

Pada November 2005, Fujimori muncul di Santiago, Chile untuk kembali aktif sebagai ahli politik. Pihak keselamatan Chile memerintahkan beliau ditahan dalam rumah selama 22 bulan. Akhirnya beliau diektradisi dari negara Chile. Beliau disambut sebagai wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chavez oleh sebilangan rakyat Peru.

Kemudian beliau dibawa ke pusat tahanan sementara di Direktorat Operasi Polis Khas (DIREOS), Lima, Peru.

Presiden Mahkamah Agung Peru, Francisco Tavara menyatakan Fujimori menghadapi 5 tuduhan rasuah dan dua tuduhan mencabuli hal asasi manusia. Beliau dituduh membenarkan pasukan pembunuh melakukan pembunuhgan beramai-ramai pada 1991-1992 melibatkan sejumlah 25 mangsa. Hukuman penjara 30 tahun poejara boleh dikenakan terhadap beliau.

Beliau juga terlibat dalam pembunuhan 15 orang di kawasan kediaman Barrios Altos di Lima pada 1991 serta pembunuhan 9 orang pelajar dan seorang profesor di Universiti Cantuta pada 1992.Pembunuhan itu dilakukan oleh pasukan pembunuh terdiri daripada askar semasa kempen kerajaan Fujimori untuk menghapuskan pemberontak Shining Path. [6]

Penjara enam tahun

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Disember 2007, Hakim Mahkamah Agung Peru, Pedro Urbina mendapati Fujimori bersalah mengeluarkan arahan supaya menceroboh rumah Vladimiro Montesinos bagi merampas 40 kotak mengandungi pita rakaman tentang kegiatan rasuah dalam kerajaannya.

Fujimori turut dibicarakan kerana mengarahkan dua penculikan dan pembunuhan 25 orang suspek gerila berhaluan kiri sepanjang 10 tahun pemerintahan. Jika sabit kesalahan beliau akan dijatuhkan penjara 30 tahun serta denda AS$33 juta (RM122 juta).

Sakit dan kematian

[sunting | sunting sumber]

Untuk beberapa tahun sebelum kematiannya, Fujimori mengalami masalah gastrousus, masalah jantung dan kanser. Beliau membuat penampilan awam terakhirnya di hospital selepas menjalani imbasan CT pada 4 September 2024.[7] Beliau meninggal dunia di San Borja, Lima, pada 11 September, pada usia 86 tahun,[7][8] di rumah anak perempuannya Keiko.[9] Doktornya, José Carlos Gutiérrez, berkata beliau mengalami masalah bernafas pada 9 September, tidak sedarkan diri pada 10 September, dan meninggal dunia akibat komplikasi kanser lidah.[10] Kerajaan Peru mengisytiharkan tiga hari berkabung[10] dan memberikannya pengebumian negara.[11] Dari 12 hingga 14 September 2024, beliau berbaring di negeri di ibu pejabat Peru, Kementerian Kebudayaan.[12][13] Pengebumian negara Fujimori kemudiannya diadakan pada 14 September 2024 di Teater Kebangsaan Lima.[14][15] Pengebumian beliau telah dihadiri oleh penyandang presiden, Dina Boluarte, yang memberikan tabik hormat. Fujimori kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Campo Fe di Huachipa, Lima.[16][13]

  1. ^ Dikeluarkan pada 5 Disember 2023.
  2. ^ Jo-Marie Burt. 2006 "Quien habla es terrorista": the political use of fear in Fujimori's Peru. Latin American Research Review 41(3):32-61
  3. ^ Emery, Alex (15 April 2008). "Peru Supreme Court Upholds Former President's Prison Sentence". Bloomberg News. Dicapai pada 7 April 2009.
  4. ^ Emery, Alex. Peru’s Fujimori Found Guilty on Human Rights Charges, Bloomberg News, 7 April 2009. Dicapai 7 April 2009.
  5. ^ "Peru's Fujimori sentenced to 25 years prison". Reuters. 7 April 2009. Dicapai pada 7 April 2009.
  6. ^ Saya tidak bersalah – Fujimori -- * Nafi arah bunuh suspek gerila * Dakwa selamatkan Peru dari komunis Diarkibkan 2011-08-10 di Wayback Machine, Utusan Online. 11 Disember 2008.
  7. ^ a b "Alberto Fujimori, a former president of Peru who was convicted for human rights abuses, dies at 86" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 12 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2024. Dicapai pada 12 September 2024.
  8. ^ "Expresidente Alberto Fujimori murió a los 86 años". El Comercio. 11 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2024. Dicapai pada 11 September 2024.
  9. ^ "Murió Alberto Fujimori, expresidente de Perú, a los 86 años" (dalam bahasa Sepanyol). Infobae.com. 11 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2024. Dicapai pada 11 September 2024.
  10. ^ a b "Former Peruvian leader Alberto Fujimori dies at 86" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 12 September 2024. Dicapai pada 12 September 2024.
  11. ^ "Peru declares 3 days of national mourning for former President Alberto Fujimori" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 13 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2024. Dicapai pada 13 September 2024.
  12. ^ Moran, Mark (12 September 2024). "Thousands gather to honor Fujimori, Peru's late president, as he lies in state". UPI. Dicapai pada 14 September 2024.
  13. ^ a b "Gobierno de Perú coordina funerales de Fujimori". Deutsche Welle (dalam bahasa Sepanyol). 12 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2024. Dicapai pada 12 September 2024.
  14. ^ "Peru bids farewell to polarizing ex-president Fujimori". France 24. 14 September 2024. Dicapai pada 14 September 2024.
  15. ^ "Peru holds funeral for Fujimori, former president linked to rights abuses". Al Jazeera. 14 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2024. Dicapai pada 14 September 2024.
  16. ^ Briceno, Franklin (14 September 2024). "Alberto Fujimori, Peru's controversial former president, buried after 3 days of national mourning". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2024. Dicapai pada 14 September 2024.