(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Aliran Tōzai (Tokyo Metro) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Aliran Tōzai (Tokyo Metro)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliran Tōzai Tokyo Metro
اليرن توزاي توکيو ميترو
Logo bagi aliran Tōzai
Umum
Nama lainAliran 5 Aliran Tōzai
5号線ごうせん東西線とうざいせん
5-gōsen Tōzai-sen
Nama asal東京とうきょうメトロ東西線とうざいせん
Tōkyō Metoro Tōzai-sen
StatusBeroperasi
LokasiTokyo
Wilayah Chiba
TerminalNakano
Nishi-funabashi
Stesen23
Penumpang harian1,321,656 (TF2010)[1]
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/global/en/index.html
Operasi
Dibuka23 Disember 1964[2]
Pemilik Tokyo Metro
Pengendali Tokyo Metro
DepotFukagawa, Gyōtoku
Stok kereta apiSiri 05/05N, siri 07, siri 15000, siri 2000, siri E231-800
Teknikal
Panjang aliran30.8 km (19.1 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi100 km/j (62 mph)
Peta laluan

Aliran Tōzai Tokyo Metro (東京とうきょうメトロ東西線とうざいせん, Tōkyō Metoro Tōzai-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo dan wilayah Chiba, Jepun. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini beroperasi diantara stesen Nakano di Nakano, Tokyo sehingga Nishi-funabashi di Funabashi, Chiba. Aliran Tōzai juga dikenali sebagai Aliran 5 Aliran Tōzai (5号線ごうせん東西線とうざいせん5ごうせんとうざいせん, 5-gōsen Tōzai-sen).

Bahagian pertama aliran Tōzai dibuka pada 23 Disember 1964 diantara stesen Takadanobaba dan Kudanshita.[2] Ia kemudiannya dilanjutkan secara berperingkat-peringkat diantara tahun 1966 hingga 1969 sehingga mencecah ke stesen Nakano dan Nishi-funabashi, dimana kedua-dua stesen tersebut merupakan stesen terminal bagi aliran ini.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Kereta api ini beroperasi melalui Aliran Chūō–Sōbu milik Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR Timur) untuk Mitaka dan Aliran Kereta Api Laju Tōyō untuk Tōyō-katsutadai, menjadikan aliran ini satu laluan alternatif ke Chūō–Sōbu diantara stesen Nakano dan Nishi-funabashi.

Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, Aliran Tōzai merupakan aliran kereta api alihan laju tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 199% pada waktu puncak diantara stesen Kiba dan Monzen-nakachō. Gerabak kereta api untuk wanita sahaja juga diperkenalkan untuk aliran ini ketika waktu puncak pagi bermula 20 November 2006.[3]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Tōzai ditunjukkan dengan warna biru langit () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "T" ().

Secara keseluruhannya terdapat 23 buah stesen bagi aliran Tōzai dan stesen-stesen tersebut terletak di Bandaraya Tokyo dan wilayah Chiba. Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen. Kereta api laju berhenti di stesen yang bertanda "●" dan tidak berhenti di stesen yang bertanda "|". Sesetengah kereta api ke arah barat tidak berhenti di stesen yang bertanda "↑".

Nombor Stesen Jarak (km) Kereta api Pertukaran Jenis stesen Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Jepun Antara stesen Keseluruhan Komuter laju Laju
T-01 Nakano 中野なかの[* 1] - 0.0      Aliran Chūō–Sōbu (melalui perkhidmatan ke Mitaka), Aliran Chūō (Laju) Atas tanah Nakano Tokyo
T-02 Ochiai 落合おちあい 2.0 2.0   Bawah tanah Shinjuku
T-03 Takadanobaba 高田馬場たかだのばば 1.9 3.9
T-04 Waseda 早稲田わせだ 1.7 5.6 Aliran Toden Arakawa (Toei) (Waseda)[* 2]
T-05 Kagurazaka 神楽坂かぐらざか 1.2 6.8  
T-06 Iidabashi 飯田橋いいだばし 1.2 8.0
Chiyoda
T-07 Kudanshita 九段下くだんした 0.7 8.7
T-08 Takebashi 竹橋たけばし 1.0 9.7  
T-09 Ōtemachi 大手町おおてまち 1.0 10.7
T-10 Nihombashi 日本橋にほんばし 0.8 11.5 Chūō
T-11 Kayabachō 茅場かやばまち 0.5 12.0 Aliran Hibiya (H-12)
T-12 Monzen-nakachō 門前仲もんぜんなかまち 1.8 13.8 Aliran Ōedo (Toei) (E-15) Kōtō
T-13 Kiba 木場きば 1.1 14.9  
T-14 Tōyōchō 東陽とうようまち 0.9 15.8  
T-15 Minami-sunamachi 南砂みなみすなまち 1.2 17.0  
T-16 Nishi-kasai 西葛西にしかさい 2.7 19.7   Atas tanah Edogawa
T-17 Kasai 葛西かさい 1.2 20.9  
T-18 Urayasu 浦安うらやす 1.9 22.8   Urayasu Chiba
T-19 Minami-gyōtoku 南行徳みなみぎょうとく 1.2 24.0   Ichikawa
T-20 Gyōtoku 行徳ぎょうとく 1.5 25.5  
T-21 Myōden 妙典みょうでん 1.3 26.8  
T-22 Baraki-nakayama 原木はらき中山なかやま 2.1 28.9   Funabashi
T-23 Nishi-funabashi 西船橋にしふなばし[* 3] 1.9 30.8
  1. ^ Nakano berkongsi dengan Tokyo Metro dan JR Timur dimana; JR Timur menguruskan stesen ini.
  2. ^ Kedua-dua stesen Tokyo Metro dan Toei dipaparkan pada peta stesen sebagai berada jauh dari satu sama lain, dan ia tidak diumumkan sebagai titik pertukaran antara satu sama lain.
  3. ^ Nishi-funabashi berkongsi dengan Tokyo Metro, Kereta Api Laju Tōyō dan JR Timur dimana JR Timur menguruskan stesen ini.
  • Depot Fukagawa (深川ふかがわ検車けんしゃ)
  • Depot Gyōtoku (深川ふかがわ検車けんしゃ行徳ぎょうとく分室ぶんしつ)
  • Depot Fukagawa (深川ふかがわ工場こうじょう)
  1. ^ "Tokyo Metro station ridership in 2010" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Train Media. Dicapai pada 28 Mei 2012.
  2. ^ a b "Sejarah Tokyo Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2016. Dicapai pada 23 Januari 2016.
  3. ^ "Commute". Metropolis. 12 Jun 2009. m/s. 7. Muatan 100% bermaksud semua penumpang mempunyai tempat duduk, berupaya untuk memaut pada susur tangan atau pada pintu kereta api

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]