(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Amerika Tengah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Amerika Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amerika Tengah

Peta Amerika Tengah

Kawasan 523,780 km²[1]
Populasi 40,545,745 (2007 est.)[1]
Ketumpatan 77 per km²
Negara 7
KDNK $107.7 billion (kadar pertukaran) (2006)
$ 226.3 bilion (pariti kuasa beli) (2006).
KDNK per kapita $2,541 (kadar pertukaran) (2006)
$5,339(pariti kuasa beli) (2006).
Bahasa Sepanyol, Inggeris, Garifuna, Kriol, bahasa-bahasa Maya, bahasa-bahasa Eropah, dan lain-lain
Zon waktu UTC - 6:00, UTC - 5:00
Bandar-bandar terbesar (2002) Tegucigalpa
Managua
Bandar Raya Guatemala
San Salvador
San Pedro Sula
Bandar Raya Panama
San José, Costa Rica
Santa Ana, El Salvador
León
San Miguel[2]

Amerika Tengah (bahasa Inggeris: Central America, Sepanyol: Centroamérica atau América Central) ialah sebuah rantau geografi di pertengahan benua Amerika, ditakrifan sama ada sebagai bahagian selatan Amerika Utara yang berhubung dengan Amerika Selatan di tenggara, ataupun sebagai satu rantau Amerika yang berasingan.[3][4] Kebanyakan Amerika Tengah dianggap sebagai sebahagian tompok panas biodiversiti Mesoamerika.[5]

Geografi fizikal

[sunting | sunting sumber]
Amerika Tengah dan Plat Caribbean.

Secara geografi fizikal, America Tengah merupakan segenting yang amat sempit di bahagian selatan Amerika Utara yang menghubungkan Segenting Tehuantepec di Mexico ke arah tenggara hingga Segenting Panama yang dihubungkan pada Tanah Pamah Pasifik Colombia di bahagian barat laut Amerika Selatan. Selain itu, Jaluran Gunung Berapi Rentas Mexico membatasi rantau di utara. Keluasan Amerika Tengah kira-kira 592,000 kilometer persegi. Lautan Pasifik terletak di barat, Laut Caribbean di timur laut, dan Teluk Mexico di utara.

Kebanyakan kawasan Amerika Tengah terletak di atas Plat Caribbean. Rantau ini aktif dari segi geologi, kerana letusan gunung berapi dan gempa bumi berlaku dari masa ke semasa. Managua, ibu negara Nicaragua, diranapkan oleh gempa bumi pada tahun 1931 dan 1972, manakala pada tahun 2001 dua kejadian gempa bumi melanda El Salvador. Tanah subur hasil lahar gunung berapi yang diluluhawa membolehkan rantau ini menampung ketumpatan penduduk tinggi di kawasan pergunungan yang produktif dalam bidang pertanian.

Geografi manusia

[sunting | sunting sumber]

Secara geopolitik, Amerika Tengah terdiri daripada negara-negara berikut:

Nama wilayah,
beserta bendera
Keluasan
(km²)[1]
Jumlah penduduk
(anggaran Julai 2007)[1]
Ketumpatan penduduk
(per km²)
Ibu negara
 Belize &&&&&&&&&&022966.&&&&&022,966 &&&&&&&&&0294385.&&&&&0294,385 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 Belmopan
 Costa Rica &&&&&&&&&&051100.&&&&&051,100 &&&&&&&&04133884.&&&&&04,133,884 &&&&&&&&&&&&&081.&&&&&081 San José
 El Salvador &&&&&&&&&&021040.&&&&&021,040 &&&&&&&&06948073.&&&&&06,948,073 &&&&&&&&&&&&0330.&&&&&0330 San Salvador
 Guatemala &&&&&&&&&0108890.&&&&&0108,890 &&&&&&&012728111.&&&&&012,728,111 &&&&&&&&&&&&0117.&&&&&0117 Bandar Raya Guatemala
 Honduras &&&&&&&&&0112090.&&&&&0112,090 &&&&&&&&07483763.&&&&&07,483,763 &&&&&&&&&&&&&067.&&&&&067 Tegucigalpa
 Nicaragua &&&&&&&&&0129494.&&&&&0129,494 &&&&&&&&05675356.&&&&&05,675,356 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 Managua
 Panama &&&&&&&&&&078200.&&&&&078,200 &&&&&&&&03242173.&&&&&03,242,173 &&&&&&&&&&&&&041.&&&&&041 Bandar Raya Panama
Total &&&&&&&&&0523780.&&&&&0523,780 &&&&&&&040545745.&&&&&040,545,745 &&&&&&&&&&&&&077.&&&&&077

Kebanyakan definisi moden mengenai Amerika Tengah termasuk Belize dan Panama, yang kedua-duanya belum wujud apabila terbentuknya Republik Persekutuan Amerika Tengah, sebuah kesatuan yang ditubuhkan selepas kebanyakan rantau ini meraih kemerdekaan daripada Sepanyol pada abad ke-19 tetapi tidak kekal lama. Wilayah yang kini diduduki Belize asalnya direbut United Kingdom dan Empayar Sepanyol dan, kemudiannya, Guatemala (yang menganggap Belize sebagai wilayahnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya); akhirnya Belize menjadi jajahan British (British Honduras) pada tahun 1871 sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1981.

Panama yang terletak di Segenting Panama, kadang-kala dianggap sebagai wilayah rentas benua. Kini, Panama selalu dianggap sebahagian Amerika Utara sahaja; namun, sepanjang sejarah pasca-Columbia, Panama dihubungkan dengan Amerika Selatan. Panama pernah menjadi naungan Wizurai Granada Baru, kemudian, selepas merdeka, menjadi sebahagian la Gran Colombia (Colombia Raya). Hanya selepas kemerdekaan dari Colombia pada tahun 1903 barulah ada yang mula menganggap Panama sebagai entiti Amerika Utara atau Tengah.

Pada zaman pra-Columbus, kebanyakan Amerika Tengah adalah teklukan tamadun Mesoamerika. Masyarakat pribumi Indian di Mesoamerica menduduki tanah yang terbentang dari Mexico tengah di utara ke Costa Rica di selatan. Antara yang paling terkenal di kalangan bangsa ini termasuk orang Maya yang membina berbilang kota di seluruh rantau, dan orang Aztek yang mendirikan empayar yang besar. Kebudayaan Panama pra-Columbus menjalin hubungan perdagangan dengan Mesoamerika dan Amerika Selatan, dan boleh dianggap peralihan antara kedua-dua kebudayaan ini.

Peta Republik Amerika Tengah

Berikutan penemuan benua Amerika oleh Christopher Columbus untuk Sepanyol, pihak Sepenyol banyak menurunkan ekspedisi ke rantau itu, dan memulakan penaklukan tanah-tanah Maya pada 1520-an. Pada tahun 1540, Sepanyol menubuhkan Jeneral Kapten Guatemala, yang terbentang dari selatan Mexico ke Costa Rica, maka melalui kebanyakan kawasan yang kini dikenali sebagai Amerika Tengah, kecuali British Honduras (kini Belize). Ini bertahan selama hampir tiga abad, sehingga bangkitnya pemberontakan (yang jelas menyusuli Perang Kemerdekaan Mexico) pada tahun 1821.

Setelah penguasaan Sepanyol dibubarkan, bekas Jeneral Kapten kekal tidak terjejas sebagai sebahagian Empayar Mexico Pertama yang tidak kekal lama, kemudiannya menjadi Republik Persekutuan Amerika Tengah, yang merupakan sebuah demokrasi perwakilan yang beribu negara di Bandar Raya Guatemala. Kesatuan ini terdiri daripada negara-negara sekarang Guatemala (termasuk bekas negeri Los Altos), Honduras, El Salvador, Nicaragua, Costa Rica (termasuk satu kawasan yang kini wilayah Panama, dan Wilayah Guanacaste yang pernah menjadi sebahagian Nicaragua), dan Soconusco, kini sebahagian negeri Chiapas di Mexico. Republik ini ditubuhkan pada tahun 1823 sehingga berpecah akibat perang saudara pada tahun 1838.

Integrasi Amerika Tengah

[sunting | sunting sumber]

Sistema de Integración Centroamericana
Sistem Integrasi Amerika Tengah

Cogan kata: Tuhan, Kesatuan dan Kebebasan
Lagu: La Granadera

Keluasan 560,988 km²
Jumlah penduduk 41,753,000 hab.
Negara  Belize
 Costa Rica
 Guatemala
 Honduras
 Nicaragua
 Panama
 El Salvador
 Republik Dominika
Countries part of the SICA

Amerika Tengah sedang melalui satu proses perubahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang bermula pada tahun 1907 apabila terbentuknya Mahkamah Keadilan Amerika Tengah. Pada tahun 1951, proses integrasi diteruskan dengan penandatanganan Perjanjian San Salvador yang membentuk ODECA (Pertubuhan Negeri-negeri Amerika Tengah). Malangnya, ODECA tidak berapa berjaya kerana timbulnya konflik dalaman antara beberapa buah negeri di rantau berkenaan.

Pada tahun 1991, agenda integrasi akhirnya selesai dengan pembentukan SICA, Sistema para la Integración Centroamericana atau Sistem Integrasi Amerika Tengah. SICA menyediakan asas perundangan yang jelas untuk mencegah percanggahan di kalangan negeri ahli. Keahlian SICA termasuk tujuh negara Amerika Tengah termasuk Republik Dominica yang merupakan sebahagian Caribbean.

Amerika Tengah sudah ada beberapa institusi supranasional seperti Parlimen Amerika Tengah, Bank Amerika Tengah untuk Integrasi Ekonomi dan Pasaran Sepunya Amerika Tengah.

Hubungan luar

[sunting | sunting sumber]

Sehingga baru-baru ini semua negara Amerika Tengah (tidak termasuk Costa Rica) mengamalkan hubungan diplomatik dengan Republik China (Taiwan ROC) dan bukan Republik Rakyat China (PRC).[6]. Bagaimanapun, Presiden Oscar Arias dari Costa Rica menjalin hubungan diplomatik dengan PRC pada tahun 2007, sekaligus memutuskan hubungan diplomatik rasmi dengan ROC. Dasar Satu China yang dipegang oleh PRC tidak membenarkan negara lain yang mengiktiraf musuh politiknya ROC menjalin hubungan dengan PRC selagi tidak mengiktiraf PRC sebagai satu-satunya kerajaan China yang sah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d Anggara keluasan dan bilangan penduduk yang dipetik dari CIA World Factbook 2008, mengikut sukatan Julai 2007.
  2. ^ Largest Cities in Central America, Rhett Butler. Dicapai pada 10 Januari 2008.
  3. ^ Central America Diarkibkan 2009-10-28 di Wayback Machine, MSN Encarta. Dicapai pada 10 Januari 2008.
  4. ^ "Central America", vol. 3, Micropædia, The New Encyclopædia Britannica, Chicago: Encyclopædia Britannica, Inc., 1990, 15th ed. ISBN 0-85229-511-1.
  5. ^ Mesoamerica, Biodiversity Hotspots, Conservation International. Dicapai pada 10 Januari 2008.
  6. ^ Ministry of Foreign Affairs, Republic of China