(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Annegret Kramp-Karrenbauer - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Annegret Kramp-Karrenbauer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Annegret pada tahun 2016

Annegret Kramp-Karrenbauer (lahir 9 Ogos 1962) ialah seorang ahli politik dari Jerman yang mengetuai Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) setelah memenangi pilihan raya dalam parti tersebut pada Disember 2018 menggantikan Angela Merkel.[1] Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha agung parti tersebut serta juga sebagai Ketua Menteri Saarland dari 2011 hingga 2018. Kini, beliau merupakan Menteri Pertahanan Republik Persekutuan Jerman,(Bundesministerin der Verteidigung) dan memimpin Tentera Persekutuan Jerman,Bundeswehr menggantikan Ursula von der Leyen Albrecht (CDU) yang dinaikkan pangkat di Parlimen Eropah dan menjadi Ketua Pesuruhjaya Luar Kesatuan Eropah.[2]

  1. ^ Bennhold, Katrin; Eddy, Melissa (26 Februari 2018). "Angela Merkel Starts Grooming Successors, and One Stands Out". The New York Times.
  2. ^ Saarland. "Ministerpräsident – Saarland.de". www.saarland.de.