(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Ayn Rand - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Ayn Rand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayn Rand
Lahir2 Februari 1905
St. Petersburg, Rusia
Meninggal dunia6 Mac 1982
Bandaraya New York
PekerjaanAhli falsafah, penulis novel serta drama


Ayn Rand (2 Februari 19056 Mac 1982), dilahirkan di Rusia dengan nama Alisa Zinov'yevna Rosenbaum (Rusia: Алиса Зиновьевна Розенбаум), ialah seorang ahli falsafah wanita Amerika Syarikat [1] yang paling dikenali untuk pengembangan Objektivisme, serta novel-novelnya yang termasuk:

Seorang tokoh Amerika Syarikat yang agak berpengaruh selepas Perang Dunia II, karya-karya Rand telah menarik kedua-dua kekaguman yang ghairah serta pengutukan yang pedas. Karya-karyanya menekankan apa yang beliau menganggap sebagai konsep-konsep falsafah asas untuk kenyataan objektif, jalan fikiran, egoisme rasional, serta kapitalisme laissez-faire dan pada masa yang sama, membidas apa yang beliau memperlihatkan sebagai ketakrasionalan dan ketaksusilaan altruisme, kolektivisme, dan komunisme. Rand mempercayai bahawa:

  • orang-orang harus memilih nilai-nilai mereka melalui pemikiran;
  • setiap individu berhak untuk hidup semata-mata untuk diri sendiri, tanpa mengorbankan diri untuk orang lain, atau mengorbankan orang lain untuk diri sendiri;
  • tiada sesiapa pun yang berhak untuk mengambil harta orang lain, baik melalui pemaksaan mahupun melalui penipuan, atau untuk mengenakan tata kesusilaan terhadap orang-orang lain melalui kekuatan fizikal. Politiknya telah diperihalkan sebagai minarkisme dan libertarianisme, walaupun beliau tidak pernah menggunakan istilah pertama dan sangat benci akan istilah yang kedua. [2]

Matlamat khusus fiksyen Rand adalah untuk menonjolkan pahlawan Rand yang ideal, [3] seorang yang keupayaan dan kebebasannya mengakibatkan percanggahan dengan masyarakat tetapi yang walaupun demikian, masih tekun mencapai matlamat-matlamatnya.


  1. ^ Pendapat-pendapat berbeza tentang bolehkah Rand dianggap sebagai seorang "ahli falsafah". Salah satu sumber memperhatikan: "Mungkin kerana beliau menjauhkan diri daripada falsafah akademik, dan kerana karya-karya dianggap dengan betul sebagai karya kesusasteraan, falsafah objektisme selalunya tidak dimasukkan ke dalam falsafah akademik. Bagaimanapun, semua ahli akademik kesusasteraan menganggapnya sebagai seorang ahli falsafah. Karya-karyanya wajar dipertimbangkan sebagai karya falsafah pada dirinya." (Jenny Heyl, 1995, sebagaimana disebut dalam Mimi R Gladstein, Chris Matthew Sciabarra(eds), penyunting (1999). Feminist Interpretations of Ayn Rand. Percetakan Negeri Penn. ISBN 0-271-01831-3.CS1 maint: extra text: editors list (link), m.s. 17)
  2. ^ ""Soal Jawab Ayn Rand mengenai Penyokong-penyokong Libertarianisme."". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-07. Dicapai pada 2006-03-22. di Institut Ayn Rand. Rand menyatakan pada tahun 1980, "Aku tak pernah membaca sesuatu yang ditulis oleh sebarang penyokong Libertarianisme... itu bukannya idea-ideaku yang telah salah diperlakukan — iaitu gigi-giginya tercabut — tanpa sebarang penghargaan."
  3. ^ Lewis, John. ""Ayn Rand"". Dicapai pada 2006-03-29. The Literary Encyclopedia, 20 Oktober 2001.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Maklumat am

[sunting | sunting sumber]

Karya dan ucapan Rand

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan yang memajukan falsafah Ayn Rand

[sunting | sunting sumber]

Sekutu Rand

[sunting | sunting sumber]

Pandang kritis

[sunting | sunting sumber]