(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Batu Sumpah Keningau - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Batu Sumpah Keningau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu Sumpah Keningau
باتو سومڤه كنيڠاءو
Maklumat umum
Pereka bentuk
Garukon Gurun
JenisMegalitik
BahanBatu
Didedikasikan kepada
Perjanjian rakyat Sabah dan Kerajaan Malaysia
Maklumat lokasi
Map
Koordinat5°20′34.49″N 116°9′41.89″E / 5.3429139°N 116.1616361°E / 5.3429139; 116.1616361Koordinat: 5°20′34.49″N 116°9′41.89″E / 5.3429139°N 116.1616361°E / 5.3429139; 116.1616361
LokasiKeningau, Sabah
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Maklumat mengenai Batu Sumpah Keningau di Pejabat Daerah Keningau.

Batu Sumpah Keningau ialah monumen penting Malaysia yang terletak di Keningau, Sabah. Ia dibina bagi memperingati tempoh bilamana Jajahan Mahkota British di Borneo Utara bergabung bersama Sarawak dan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu lain bagi membentuk Malaysia.

Memerihalkan pembentukan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Cadangan bagi pembentukan Persekutuan Malaysia yang meliputi persekutuan bebas Persekutuan Tanah Melayu, tanah naungan British Brunei, Koloni Mahkota British Borneo Utara dan Sarawak dan Singapura telah mengalami beberapa siri bantahan daripada ketua-ketua komuniti dalam wilayah-wilayah tersebut.

Majlis Perundangan Borneo Utara akhirnya telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Malaysia pada 12 September 1962 setelah mempersembahkan Perjanjian 20 Perkara Sabah yang ditulis oleh Tun Fuad Stephens ketika perbincangan bagi pembentukan Malaysia yang merdeka.[1] Di sebalik kemajuan ini, terpalik kegusaran dan kebimbangan terhadap penggabungan ke dalam Persekutuan dalam kalangan ketua-ketua adat di Sabah yang dikenali sebagai Orang Kaya-Kaya berkaitan dengan hak-hak negeri di dalam persekutuan baru.[2]

Jaminan Kerajaan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Selepas melalui beberapa siri perbincangan dan perundingan, suatu cadangan telah dibuat Ketua Pembangkang Perundangan Negeri dan ketua adat, G. S. Sundang bersama saudaranya Datuk OKK Sedomon dari Parti Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (kemudian dikenali sebagai United Pasok Nunukragang National Organisation, bagi membina sebuah batu yang meringkaskan cadangan Perjanjian 20 Perkara Sabah, yang ditakrifkan sebagai "jaminan" oleh Kerajaan Malaysia kepada Sabah sebagai mengulangi taat setia rakyat Bahagian Pedalaman, Sabah kepada Malaysia.[3]

Pegawai daerah Keningau, Richard Lind (kemudian dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Negeri Sabah), diminta untuk melihat kerja-kerja pembinaan batu sumpah. Batuan sesuai telah diambil dari tebing Sungai Pegalan, berdekatan Kampung Dangulad, kampung kecil di Keningau. Batu itu diukir oleh Garukon Gurun, seorang bekas Sarjan Mejar Polis Konstabulari Borneo Utara. Plaknya pula dibuat oleh Thornycroft Shipyard di Singapura bagi menyudahkan kedudukan batu.[2]

Pemberitaan batu sumpah

[sunting | sunting sumber]

Batu Sumpah Keningau akhirnya diberitakan dan dirasmikan pada 31 Ogos 1964 di pekarangan Pejabat Daerah Lama Keningau. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pekerjaan Persekutuan Malaysia, Encik V. Manickavasagam dan disaksikan oleh para pegawai negeri Sabah dan ketua-ketua masyarakat Sabah, termasuklah Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens daripada Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu, G. S. Sundang, Ketua Polis Keningau Ajamain bin Duraman, dan ketua-ketua adat lain.[2]

Ritual Moningolig disusuli dengan korban haiwan oleh bobolian (pawang/pendeta tradisional) dibuat mengikut adat kepercayaan orang Dusun bagi mengikat janji.[3]

Petikan plak

[sunting | sunting sumber]

Petikan plak yang disemat di Batu Sumpah Keningau ditulis dalam bahasa Melayu, dengan gaya ejaan lama (sebelum ejaan baru 1972). Teksnya seperti berikut:[4]

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Parlambaga'an

  1. Ugama Bebas Dalam Sabah
  2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah
  3. Adat Istiadat Anak Rayat Sabah Di-hormatkan dan Di-pelihara Oleh Kerajaan

Sebalek Pula Rayat2 Sabah di Interior Bersumpah Ta'at Setia Kapada Kerajaan Malaysia

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ A J Stockwell, penyunting (2004), British Documents on the End of Empire, B, 8, Norwich, UK: TSO (The Stationery Office), m/s. 386 [141], ISBN 0-11-290581-1, dicapai pada 16 September 2010
  2. ^ a b c Madi, Emin (29 November 2010). "The story behind Keningau's Oath Stone". Bernama. BERNAMA. Dicapai pada 29 November 2010.
  3. ^ a b Jumat, Rozie (18 September 2010). "Batu Sumpah Atau Sumpah-Sumpah?". Sabahkini (dalam bahasa Malay). Sabahkini. Dicapai pada 29 November 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Haji Omar, Asmah (1989). "The Malay Spelling Reform". Journal of the Simplified Spelling Society. 1989–2: 9–13. Dicapai pada 29 November 2010.