D.Gray-man
D.Gray-man | |
Genre | Dark fantasy, aksi |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Katsura Hoshino |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | EX-am Tong Li Publishing Madman Entertainment Viz Media |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Weekly Shōnen Jump (31 Mei 2004-April 2009) Jump Square (4 November 2009 - masih berjalan) |
Tarikh Pengeluaran | May 31, 2004 – kini |
Jilid | 28 |
Novel ringan | |
D.Gray-man: Reverse | |
Pengarang | Kaya Kizaki |
Ilustrasi | Katsura Hoshino |
Penerbit | Shueisha |
Jilid | 3 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Osamu Nabeshima |
Studio | TMS Entertainment |
Dilesenkan oleh | Madman Entertainment Funimation Entertainment Manga Entertainment |
Penyiaran Asal | TV Tokyo, Animax |
Penyiaran bahasa Inggeris | FUNimation Channel |
Tarikh tayangan | 3 Oktober 2006 – 30 September 2008 |
Episod | 103 |
Permainan | |
D.Gray-man: Kami no Shitotachi | |
Pembangun | Konami |
Genre | Action-adventure |
Pelantar | Nintendo DS |
Tarikh dikeluarkan | 29 Mac 2007 |
Permainan | |
D.Gray-man: Sousha no Shikaku | |
Pembangun | Konami |
Genre | Action-adventure |
Pelantar | PlayStation 2 |
Tarikh dikeluarkan | September 11, 2008 |
D.Gray-man (ディーグレイマン , Dī Gureiman) mengisahkan tentang Allen Walker salah seorang daripada sekelompok manusia terpilih digelar "Exorcist" menentang Earl dengan Akuma ciptaannya dan konco-konco Earl yakni Keluarga Noah.
D.Gray-man ialah sebuah manga Jepun karya Hoshino Katsura yang mula disirikan dalam majalah Shōnen Jump Mingguan yang diterbitkan oleh Shueisha pada tahun 2004. Manga ini disirikan dalam majalah bulanan Jump Square sejak bulan November 2009. Kini, 19 buah buku dalam bentuk tankōbon telah diterbitkan di Jepun. Siri manga D.Gray-man telah diadaptasikan dalam bentuk anime terbitan TMS Entertainment dan dua buah novel yang ditulis oleh Kizaki Kaya, bertajuk D.Gray-man Reverse.
Plot
[sunting | sunting sumber]Latar masa kisah ini adalah pada akhir abad ke-19 rekaan. Vatican dalam cerita ini telah menubuhkan Black Order untuk menghalang kembalinya "Banjir Besar Noah" yang juga dikenali sebagai "Tiga Hari Kegelapan" dengan mengumpulkan bahan Innocence dan mencari Exorcist menentang Akuma, mesin yang dikawal oleh Millennium Earl. Antara Innocence itu, terdapat "Great Heart", iaitu Innocence yang dikatakan boleh menjamin kejayaan mereka atas Millennium Earl. Oleh itu, Order berlumba-lumba dengan Earl untuk mencari semua 109 kepingan Innocence yang bertaburan di seluruh pelosok dunia. [1]
D.Gray-man mengikuti kisah Allen Walker, seorang Exorcist berusia 15 tahun yang berasal dari Britain. Mengikut suruhan gurunya, Cross Marian, dia menyertai Black Order, sebuah organisasi yang berusaha menghalang Millennium Earl. [2] Dia menjadi suatu aset penting Black Order kerana berupaya membezakan Akuma daripada manusia biasa.
Tujuan perjuangan Allen menentang Akuma agak berbeza dengan sebab orang lain yang berdendam selepas kehilangan orang tersayang kepada Akuma kerana dia memusnahkan Akuma untuk menyelamatkan roh Akuma tersebut. Perkara ini dan hubungannya dengan Noah ke-14 (The 14th (14
Watak dan perwatakan
[sunting | sunting sumber]Protagonis
[sunting | sunting sumber]- Allen Walker (アレン・ウォーカー , Aren Wōkā) merupakan watak utama dalam cerita ini. Dia merupakan Exorcist remaja yang mempunyai tangan kiri terbenam dengan Innocence dan mata kiri yang disumpah. Allen pernah mempunyai bapa angkat bernama Mana Walker, tetapi dia telah ditukar menjadi Akuma oleh Millennium Earl yang memperdaya Allen. Belum sempat Mana yang bertukar menjadi Akuma memakai Allen, tangan kiri Allen yang mempunyai Innocence telah menghapuskan Akuma tersebut. Sebelum itu, Mana sempat meyumpah Allen dan akibatnya, mata kiri Allen boleh melihat roh setiap Akuma. [3] Selepas kejadian ini, Allen dijumpai oleh Cross Marian dan menjadi anak muridnya selama 5 tahun sebelum menjadi Exorcist secara rasmi di Black Order. Allen dipaparkan sebagai seorang yang baik hati dan sentiasa bertutur secara berhormat seperti Mana. Tujuannya menjadi Exorcist adalah untuk menggunakan Innocencenya bagi menyelamatkan semua roh Akuma. Hal ini timbul dari perasaan serba salahnya kerana menyebabkan Mana dijadikan Akuma serta perasaan kasihan terhadap roh Akuma yang terseksa. Perasaan simpati Allen terhadap Akuma yang menjadi sebab pembunuhan beramai menimbulkan syak wasangka orang lain. Innocence Allen merupakan jenis parasit yang dipanggil Crowned Clown (クラウン・クラウン , Kuraun Kuraun), dan berbentuk jubah berbulu serta cakar besar pada tangan kirinya.
- Kanda Yu (
神田 ユウ , Kanda Yū) merupakan remaja Jepun yang mahir bermain pedang dan juga seorang Exorcist. Innocencenya sendiri adalah dalam bentuk pedang Jepun, iaitu senjata anti-Akuma jenis kelengkapan yang dipanggil Mugen (六 幻 , Six Illusions). Selain kemahirannya dalam seni pedang, Kanda sukar dibunuh walaupun tercedera parah akibat badannya yang cepat memulih kerana pernah digunakan dalam eksperimen untuk mencipta Exorcist baru. Akibat eksperimen tersebut, dia melihat bunga lotus di mana-mana sahaja. Kanda seorang yang pendiam dan agak kera sumbang. Dia dan Allen sering bergaduh kerana ketidaksefahaman mereka. Dia salah seorang anak murid Tiedoll bersama Noise Marie.
- Lenalee Lee (リナリー・リー , Rinarī Rī) adalah adik kepada Penyelia Komui yang juga merupakan Exorcist wanita. Lenalee mempunyai rupa yang comel dan digemari oleh kesemua ahli Ibu Pejabat Black Order. Lenalee telah menjadi Exorcist semenjak dari kecil lagi secara paksaan. Black Order memisahkannya daripada abangnya yang juga merupakan ahli keluarga tunggalnya selepas ibu bapa mereka dibunuh Akuma. Abangnya, Komui, telah melepaskan segala-galanya untuk menyertai Black Order agar dia dapat menemani Lenalee. Selepas bersatu semula dengan abangnya, Lenalee yang sebelum itu menjadi kurang waras akhirnya berhenti cuba melarikan diri dari Black Order dan mula menerima tempatnya di situ. Innocence Lenalee yang dipanggil Dark Boots (ダークブーツ ) adalah jenis kelengkapan dan berupa kasut berwarna hitam pada awal siri, namun bertukar menjadi gelang merah selepas Ibu Pejabat diserang Akuma Tahap 4. Dia ditampilkan sebagai seorang yang penyayang dan amat mementingkan kawannya sehingga menyatakan bahawa persepsi "dunia"nya adalah keluarga dan rakannya; sekiranya seorang kawannya meninggal dunia, dia terasa seperti sebahagian "dunia"nya dibinasakan.
- Bookman (ブックマン , Bukkuman), penyimpan rekod sejarah tersembunyi dan Lavi (ラビ , Rabi), anak muridnya dan bakal Bookman merupakan Exorcist yang banyak membantu Allen. Mereka sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana pihak, sama ada Black Order atau Noah, kerana hanya ingin merekodkan peperangan antara dua pihak ini malah cuma bersama Exorcist secara "kebetulan" sahaja. "Lavi" sebenarnya nama samaran ke-49 remaja berambut merah berumur 18 tahun ini manakala Bookman cuma dikenali dengan nama itu sahaja. Senjata anti-Akuma mereka adalah jenis kelengkapan. Senjata Bookman berupa jarum akupunktur yang dipanggil Heavenly Compass (
天 針 ) manakala Lavi memiliki Innocence berupa tukul yang dinamakan Tettsui (鉄槌 , Tukul Besi) tetapi sering dipanggilnya Ōzuchi Kozuchi (大槌 小槌 , Tukul Besar, Tukul Kecil) kerana boleh berubah saiz dan panjangnya.
Antagonis
[sunting | sunting sumber]- Millennium Earl (
千 年 伯爵 , Sennen Hakushaku) merupakan antagonis utama cerita ini. Dialah yang bertanggungjawab mencipta Akuma dan memimpin Keluarga Noah. Dia memperdaya orang yang baru kehilangan orang kesayangan menjadikan roh itu hidup semula sebagai Akuma yang dapat dikawal oleh Earl. Earl mempunyai muka yang sentiasa tersenyum walaupun ketika marah. Earl jarang menyerang Exorcist sendiri kerana lebih suka menggunakan Akumanya. Ketika dia bertarung dengan Exorcist, dia menggunakan Lero, golemnya yang berbentuk payung dan boleh menembak atau sebilah pedang besar.
- Keluarga Noah (ノアの
一族 , Noa no ichizoku) terdiri daripada 13 orang kesemuanya. Anak sulung keluarga Noah ialah Road Kamelot yang mempunyai memori "Mimpi" Noah. Ahli Keluarga Noah lain termasuk Tyki Mikk, Skin Boric, Jasdero dan David (Jasdevi), Lulu Bell, Sherrill Kamelot, serta Wisely. Mereka dikatakan pewaris Noah. Setiap ahli keluarga Noah memiliki kuasa tersendiri masing-masing yang berunsurkan Dark Matter (punca kuasa yang sama dengan Akuma) yang berlawanan dengan kuasa Innocence. Oleh itu, Innocence merupakan kelemahan mereka. Noah Ke-14, seorang Noah tambahan, telah dibunuh oleh Millennium Earl sebelum peristiwa dalam kisah ini kerana cuba membunuh Earl. Dia kini disyaki merasuki badan Allen Walker.
Exorcist
[sunting | sunting sumber]Exorcist dikatakan ialah manusia terpilih oleh Tuhan yang boleh bersatu dengan Innocence dan menggunakan Innocence tersebut untuk menghasilkan senjata anti-Akuma masing-masing. Setiap Exorcist mempunyai senjata anti-Akuma yang berbeza-beza mengikut kuasa Innocence yang mereka miliki. Senjata anti-Akuma boleh dipisahkan kepada dua jenis, iaitu jenis kelengkapan dan jenis parasit. Seorang Exorcist jenis kelengkapan mengawal Innocence yang "terikat" dalam bentuk senjata. Kebanyakan Exorcist menggunakan jenis Innocence ini. Innocence jenis parasit pula menjadi sebahagian daripada badan Exorcist dan dikatakan lebih berkuasa serta lebih mudah dikawal. Exorcist jenis ini mampu mengawal Innocencenya dengan emosi. [4] Selain dua jenis Innocence ini, terdapat juga Innocence jenis kristal. Setakat ini, hanya Lenalee Lee memiliki Innocence jenis ini. Innocence Lenalee dibentuk daripada bahan metallik dari darahnya tetapi tidak mengubah badannya seperti Innocence jenis parasit. Innocence jenis ini dikatakan berupaya mengeluarkan kuasa tahap Innocence jenis parasit dan lebih senang digunakan kerana terbentuk daripada sebahagian Exorcist yang mengawalnya. [5] Exorcist dalam Black Order yang berpengalaman serta mampu mencapai tahap "synchro" 100% dengan Innocence mereka dijadikan Jeneral dan diberi tugasan yang lebih sukar. Jeneral ditanggungjawabkan mencari Exorcist baru dan menjadi pembimbing kepada mereka. Antara Jeneral yang pernah diperkenalkan di dalam manga setakat ini termasuk Kevin Yeegar, Cloud Nyne, Froi Tiedoll, Winters Zokalo dan Cross Marian. Satu-satunya Exorcist yang tidak diberi tugasan luar ialah Hevlaska. Hevlaska dikatakan menjadi penjaga Innocence yang tiada pengguna sejak pembentukan Black Order. Hevlaska tidak menunjukkan kuasa untuk menentang Akuma tetapi dapat meramal masa depan.
Akuma
[sunting | sunting sumber]Akuma merupakan senjata yang dicipta oleh Millennium Earl untuk membunuh manusia, menentang Exorcist dan mencari serta mendapatkan Innocence untuk Earl. Akuma tercipta apabila seseorang yang sedang dalam kesedihan atas kematian orang tersayang memanggil kembali roh mereka yang telah mati ke dunia dengan bantuan Earl beserta rangka Akumanya. Setelah dipanggil kembali ke dunia, roh tersebut akan terikat kepada rangka Akuma dan kemudian membunuh orang memanggilnya lantas 'memakai' orang tersebut. Hal ini menyebabkan Akuma kelihatan seperti manusia biasa sambil terus membunuh untuk mencapai tahap kekuatan yang lebih tinggi sebagai senjata utama Earl. Akuma memiliki darah yang boleh menjangkiti benda hidup dengan virus Akuma. Hidupan yang dijangkiti darah ini atau ditembak dengan peluru Akuma akan dijadikan debu dan mengeluarkan gas toksik. [6] Akuma Tahap 1 digambarkan sebagai senjata yang tiada kesedaran diri selain terus membunuh manusia. Akuma Tahap 2 dan ke atas pula memiliki kesedaran diri dan kelihatan lebih seperti manusia, manakala tahap 4 adalah tahap tertinggi kini. [7] Semakin tinggi tahap yang dicapai, semakin banyak kerosakan yang dialami oleh roh yang disekat pada Akuma tersebut. Jika Akuma dimusnahkan dengan apa-apa cara selain daripada Innocence, rohnya akan dimusnahkan oleh Dark Matter dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Manga
[sunting | sunting sumber]Siri ini ditulis dan dilukis oleh Hoshino Katsura dan pernah diterbitkan di dalam Weekly Shōnen Jump oleh Shueisha. Sejak premiere manga ini pada 31 Mei 2004, hampir 200 bab sudah dikeluarkan di Jepun. Manga ini diterbitkan dalam bentuk tankōbon oleh Shueisha. Jilid pertama dikeluarkan pada 9 Oktober 2004 dan setakat ini sembilan belas jilid sudah dikeluarkan. Manga ini dianugerahi Siri Manga Terbaik 2006 di "Anime and Manga 2007 French Grand Prix" yang dianjurkan oleh Animeland.
Anime
[sunting | sunting sumber]Episod anime D.Gray-man diarah oleh Nabeshima Osamu dan diterbit oleh Dentsu, TMS Entertainment, Aniplex dan TV Tokyo.
Music
[sunting | sunting sumber]Tema Pembuka
[sunting | sunting sumber]- "INNOCENT SORROW" oleh abingdon boys school
- "Brightdown" oleh Tamaki Nami
- "Doubt & Trust ~ダウト&トラスト~" oleh access
- "Gekidou (
激動 )" oleh UVERworld
Tema Penutup
[sunting | sunting sumber]- "SNOW KISS" oleh NIRGILIS
- "Pride of Tomorrow" oleh JUNE
- "Yume no Tsuzuki he (
夢 の続 きへ)" oleh surface - "Antoinette Blue" oleh Kitade Nana
- "Anata ga Koko ni Iru Riyuu (あなたがここにいる
理由 )" oleh Rie fu - "Wish" oleh Sowelu
- "regret" oleh Hoshimura Mai
- "Changin'" oleh Stephanie
Lagu "Insert"
[sunting | sunting sumber]Lagu "Tsunaida Te ni Kisu wo (つないだ
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hoshino Katsura (May, 2006). D.Gray-man, Volume 1.
- ^ Hoshino Katsura (May, 2006). D.Gray-man, Volume 1.
- ^ Hoshino Katsura (May, 2006). D.Gray-man, Volume 1.
- ^ Hoshino Katsura (May 2006), D.Gray-man. Volume 1.
- ^ Hoshino Katsura (Feb 2010). D.Gray-man Volume 16.
- ^ Hoshino Katsura (May 2006), D.Gray-man, Volume 1.
- ^ Hoshino Katsura (Feb 2010), D.Gray-man Volume 16.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak rasmi D.Gray-man (Jepun)
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: D.Gray-man |