(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Enver Hoxha - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Enver Hoxha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enver Hoxha
Setiausaha Agung Parti Buruh Albania
Dalam jawatan
8 November 1941 – 11 April 1985
Didahului olehJawatan diasaskan
Digantikan olehRamiz Alia
Perdana Menteri Albania ke-22
Dalam jawatan
22 Oktober 1944 – 19 Julai 1954
PresidenOmer Nishani
Haxhi Lleshi
TimbalanMyslim Peza
Koçi Xoxe
Mehmet Shehu
Didahului olehIbrahim Biçakçiu
Digantikan olehMehmet Shehu
Menteri Luar Negara Albania
Dalam jawatan
22 Mac 1946 – 23 Julai 1953
Perdana MenteriSendiri
Didahului olehOmer Nishani
Digantikan olehBehar Shtylla
Maklumat peribadi
Lahir
Enver Halil Hoxha

(1908-10-16)16 Oktober 1908
Ergiri (Gjirokastër), Vilayet Janina, Empayar Uthmaniyah
Mati11 April 1985(1985-04-11) (umur 76)
Tirana, Albania
Cause of deathFibrilasi ventrikulasi
Tempat semadiTanah Perkuburan Rakyat, Tirana, Albania
KewarganegaraanAlbanian
Parti politikParti Buruh Albania
PasanganNexhmije Xhuglini (k. 1945; his death 1985)
Anak
Tempat belajarUniversiti Montpellier
Free University of Brussels
TandatanganTandatangan

Enver Halil Hoxha (disebut [Mengenai audio iniɛnˈvɛɾ ˈhɔdʒa ], terdekat [én.vér ha.lil ho.ja]; 16 Oktober 1908—11 April 1985)[1] adalah seorang ahli politik Albania berfahaman komunis yang merupakan ketua negara tersebut dari tahun 1944 sehinggalah kematiannya pada tahun 1985, sebagai Setiausaha Agung Parti Buruh Albania. Beliau turut berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi serta Perdana Menteri (1944 hingga 1954) negara tersebut pada tempoh masa yang tertentu. Pemerintahan beliau banyak merubah aspek masyarakat Albania yang dianggap terkekang adat budaya tempatan yang patriarkal serta agama, malah dapat bangkit semula daripada kesengsaraan hasil Perang-Perang Dunia. Walau bagaimanapun, beliau juga berkuku besi dari percubaan membandung sebarang suara-suara yang membantah pemerintahannya dengan pelbagai hukuman yang dahsyat.

Dasar-dasar Hoxha banyak mengasingkan Albania daripada dunia luar. Meskipun ada juga kemajuan ekonomi yang terhasil daripada dasar-dasar ini,[2] ekonomi negara tersebut langsung tidak membangun sehingga ia sendirinya menjadi negara termiskin di benua Eropah sepanjang berlakunya Perang Dingin. Peninggalan Hoxha mengurang sehingga tidak banyak yang dikesan di Albania kini sejak awal abad ke-21.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Hoxha dilahirkan di Gjirokastër, sebuah kota di selatan Albania (dahulunya dalam Empayar Uthmaniyah) Halil Hoxha - seorang saudagar kain Muslim Tosk - dan Gjylihan (Gjylo) Çuçi.

Zaman kepimpinan awal

[sunting | sunting sumber]

Hoxha menganggap dirinya berfahaman Marxis–Leninis dan sangat menyanjungi Joseph Stalin. Dalam tempoh 1945-1950, pemerintah menggubal dasar-dasar yang bertujuan menuntut kuasa memerintah. Pemilikan tanah dari bey dirampas lalu dikembalikan kepada petani sebarang pampasan. Kebutahurufan dalam kalangan masyarakat luar bandar menurun mendadak dari 90-95% pada tahun 1939 ke 30% pada tahun 1950.[3]

Hubungan bersama China

[sunting | sunting sumber]

Zaman pemerintahan kemudian

[sunting | sunting sumber]

Penindasan politik

[sunting | sunting sumber]

Sesiapa sahaja yang disyaki bertindak mencabar atau mengkhianati kediktatoran akan disoal siasat polis rasmi Sigurimi mahupun ditahan dalam ribuan kem buruh paksa. Perjalanan ke luar negara dilarang selepas tahun 1968 untuk semua rakyat kecuali mereka yang berada dalam urusan rasmi.

Sistem keadilan yang diadakan cenderung merosot menjadi pembicaraan tunjukan untuk menghukum pihak tertuduh. Saudara-mara dan keluarga pihak tertuduh turut ditangkap dan dipulau sebagai "musuh-musuh rakyat" bagi mengurangkan ancaman tentangan politik.[4] Hukuman mati bermotifkan politik turut menjadi kebiasaan; sekurang-kurangnya 5,000 orang—mungkin juga seberapa banyak 25,000—dihukum bunuh oleh rejim Hoxha.[5][6][7]

Penyingkiran agama

[sunting | sunting sumber]

Parti Buruh pimpinannya mula giat menghapuskan anutan agama dalam kalangan rakyat Albania. Hal ini kerana Hoxha percaya bahawa kewujudan agama-agama bisa memecahbelahkan rakyat melalui perkaitannya kepada bangsa-bangsa tertentu seperti sewaktu zaman Uthmaniyah - umat Islam dikaitkan dengan bangsa Turki manakala umat-umat Kristian mazhab Orotdoks dan Katolik masing-masing dikaitkan kepada bangsa-bangsa Yunani dan Latin; perkara tersebut dikhuatiri akan dipergunakan puak pemisah Yunani di selatan Albania. Para penganut Katolik merupakan sasaran terdahulu Hoxha kerana Takhta Suci yang merupakan kuasa utama dalam Gereja Katolik dianggapnya sebagai ejen fasisme dan anti-komunisme.[8]

Pendidikan ateisme diajar di sekolah-sekolah. Pengagihan makanan yang diharamkan juga digalakkan di sekolah dan kilang terutamanya pada "tempoh-tempoh suci" seperti Lent dan Ramadan, di mana mereka yang menolak pemberian sedemikian akan dimalukan atau dikecam.

Penolakan budaya Barat

[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Hoxha sangat memusuhi budaya popular Barat (yakni daripada Amerika Syarikat dan Britain) yang ditunjukkan di media massa kerana dianggap sebagai cerminan kepada nilai-nilai konsumerisme dan liberalisme sosial yang berkaitan dengan itu. Hoxha sendiri mendesak agar rakyat Albania dibendung daripada media sebegitu yang dianggap sebagai "keborjuisan" dan "mundur",[9] serta "bertentangan dengan etika sosialis dan tradisi positif tradisi rakyat".[9]

Senja hidup

[sunting | sunting sumber]

Hoxha menghidap suatu serangan jantung pada tahun 1973 di mana beliau tidak pulih sepenuhnya daripada kejadian tersebut. Keadaan kesihatannya yang semakin rapuh sejak lewat dekad ini memaksa beliau menyerahkan banyak tugasan memerintah beliau kepada Ramiz Alia. Beliau turut menghidap komplikasi diabetes sejak tahun 1940-an.

Pada 9 April 1985, beliau diserang penyakit fibrilasi ventrikular. Beliau minggal dunia akibat komplilasi penyakit jantung ini pada usia 76 tahun awal pagi 11 April 1985.[10]

  1. ^ There is uncertainty over Hoxha's true date of birth. Fevziu (2016), p. 10) notes: "No fewer than five different dates are to be found in the Central State Archives [of Albania] alone."
  2. ^ O'Donnell 1999, halaman 186: "On the positive side, an objective analysis must conclude that Enver Hoxha's plan to mobilise all of Albania's resources under the regimentation of a central plan was effective and quite successful ... Albania was a tribal society, not necessarily primitive but certainly less developed than most. It had no industrial or working class tradition and no experience using modern production techniques. Thus, the results achieved, especially during the phases of initial planning and construction of the economic base were both impressive and positive."
  3. ^ Library of Congress Country Studies
  4. ^ James S. O'Donnell, "Albania's Sigurimi: The ultimate agents of social control" Problems of Post-Communism #42 (Nov/Dec 1995): 5p.
  5. ^ 15 Feb 1994 Washington Times
  6. ^ "WHPSI": The World Handbook of Political and Social Indicators by Charles Lewis Taylor
  7. ^ 8 July 1997 NY Times
  8. ^ Logoreci 1978
  9. ^ a b Bönker 2016, halaman 238.
  10. ^ Jacques 1995, halaman 520 "... there was a detailed medical report by a distinguished medical team. Enver Hoxha had suffered since 1948 with diabetes which gradually caused widespread damage to the blood vessels, heart, kidneys and other organs. In 1973, as a consequence of this damage, a myocardial infarction occurred with rhythmic irregularity. During the following years a serious heart disorder developed. On the morning of 9 April 1985, an unexpected ventricular fibrillation occurred. Despite intensive medication, repeated fibrillation and its irreversible consequences in the brain and kidneys caused death at 2:15 am on 11 April 1985."
Sumber utama
  • Bönker, Kirsten (2016). Television Beyond and Across the Iron Curtain. Cambridge Scholars Publishing. ISBN 978-1443816434.
  • Logoreci, Anton (1978). The Albanians: Europe's forgotten survivors. Boulder, CO: Westview Press. ISBN 978-0891588276.
  • O'Donnell, James S. (1999). A Coming of Age: Albania under Enver Hoxha. East European Monographs. New York: Columbia University Press. ISBN 978-0-88033-415-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]