FRETILIN
Barisan Revolusi Kemerdekaan Timor Leste Frente Revolucionária de Timor-Leste Independente | |
---|---|
Fail:Fretilin.logo.3.jpg | |
Singkatan | Fretilin, FRETILIN |
Presiden | Francisco "Lu Olo" Guterres |
Setiausaha agung | Mari Alkatiri |
Ditubuhkan | 20 Mei 1974ASDT) 11 September 1974 (Fretilin) | (
Ibu pejabat | Avenida Martires da Patria, Comoro, Dili, Timor Leste |
Sayap belia | Pertubuhan Pelajar dan Pemuda Timor Leste |
Paramilitary wing | FALINTIL (1975-2001) (2001-kini) as the armed forces of East Timor |
Ideologi | Sosialisme demokratik Demokrasi sosial Left-wing nationalism |
Kedudukan politik | Berhaluan kiri |
Penggabungan antarabangsa | Progressive Alliance Socialist International (Consultative) |
Warna | Merah, hitam, kuning |
Parliamen Nasional | 23 / 65 |
Bendera parti | |
Politik Timor Leste Parti politik Pilihan raya |
Frente Revolucionária de Timor-Leste Independente ("Barisan Revolusi Kemerdekaan Timor Leste" dalam bahasa Portugis, disingkatkan kepada FRETILIN) ialah sebuah parti politik berhaluan kiri di Timor Leste.
Parti ini bermula sebagai suatu pergerakan pemberontak yang memperjuangkan pembebasan kawasan timur Pulau Timor, mula-mulanya daripada Portugal dan kemudiannya daripada Indonesia, antara tahun 1974 dan 1998. Ia membentuk pemerintah Timor Leste sejak kemerdekaannya pada tahun 2000 sehingga tahun 2007. Parti ini kini memegang 23 daripada 65 kerusi dalam Parlimen Nasional sebagai pembangkang di sana.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembentukan
[sunting | sunting sumber]Parti ini ditubuhkan dahulunya sebagai Associação Social-Democrata Timorense (ASDT, "Persatuan Demokrat Sosial Timor") pada 20 Mei 1974[1] sebelum ia dinamakan semula sebagai FRETILIN pada 11 September tahun sama serta mendokong fahaman ryang lebih radikal dengan mengakui sebagai "satu-satunya wakil [orang Timor Timur] yang sah”.[2] Suatu sayap tentera bernama Falintil ditubukan pada Ogos tahun berikutnya sebagai tindak balas dalam suatu perang saudara terhadap União Democrática Timorense (UDT).[3]
FRETILIN mengisytiharkan kemerdekaan Timor Leste dari kuasa Portugis secara rasmi pada 28 November 1975.[4]
Ketika konflik dengan Indonesia
[sunting | sunting sumber]Pada 13 Disember 1978, Nicolau Lobato iaitu bakal pennganti do Amaral dibunuh Tentara Nasional Indonesia.[5] Mau Lear mengambil alih kekosongan jawatan tersebut sehingga beliau turut dijejaki serta dihukum bunuh pihak Indonesia pada 2 Februari 1979.[5]
Penghidupan semula
[sunting | sunting sumber]Parti ini dihidup semula di bawah pimpinan Xanana Gusmão yang lebih berfahaman moderat.[6]
Marxisme-Leninisme diisytiharkan sebagai pegangan rasmi parti ini dari Mac 1981 sehingga April 1984 di mana fahaman tersebut ditinggalkan bagi meraih sokongan UDT dan pihak Gereja Katolik.[7]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Peringkat parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun pilihan raya | Jumlah kerusi dimenangi | Jumlah undian | Peratusan undian | Keputusan | Pemenang |
---|---|---|---|---|---|
2001 | 55 / 88
|
208,531 | 57.37% | ▲ 55 kerusi; Parti memerintah | Mari Alkatiri |
2007 | 21 / 65
|
120,592 | 29.02% | ▼ 34 kerusi; Pembangkang | Mari Alkatiri |
2012 | 25 / 65
|
140,786 | 29.87% | ▲ 4 kerusi; Dalam gabungan (sejak 2015) | Mari Alkatiri |
2017 | 23 / 65
|
168,422 | 29.65% | ▼ 2 kerusi | Mari Alkatiri |
2018 | 23 / 65
|
34.29% | ▲ | Mari Alkatiri |
Pilihanraya presiden
[sunting | sunting sumber]Tahun pilihanraya | Calon | Pusingan pertama (Jumlah undian) |
Peratusan undian | Keputusan | Pusingan kedua (Jumlah undian) |
Peratusan undian | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | Francisco Guterres | 112,666 | 27.89% | Runoff | 127,342 | 30.82% | Kalah |
2012 | Francisco Guterres | 133,635 | 28.76% | Runoff | 174,408 | 38.77% | Kalah |
2017 | Francisco Guterres | 295,048 | 57.1% | Runoff | N/A | N/A | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ CAVR. "Chega! Final Report of the Commission for Reception, Truth and Reconciliation in East Timor – Part 3: The History of the Conflict" (PDF). para. 47. Dicapai pada 30 July 2017.
- ^ CAVR. "Chega! Final Report of the Commission for Reception, Truth and Reconciliation in East Timor – Part 3: The History of the Conflict" (PDF). para. 87. Dicapai pada 30 Julai 2017.
- ^ Bartrop, Paul R., penyunting (2014). Encountering Genocide: Personal Accounts from Victims, Perpetrators, and Witnesses. m/s. 169. ISBN 978-1-61069-330-1. Unknown parameter
|editorlink=
ignored (bantuan) - ^ Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 113, 115–116. ISBN 978-1-4128-0669-5.
- ^ a b Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 128. ISBN 978-1-4128-0669-5.
- ^ Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 120, 129. ISBN 978-1-4128-0669-5.
- ^ Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 167–168, 174. ISBN 978-1-4128-0669-5.