Fernando Llorente
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Fernando Javier Llorente Torres[1] | ||
Tarikh lahir | 26 Februari 1985 | ||
Tempat lahir | Pamplona, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.95 m (6 ka 5 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 9 | ||
Kerjaya remaja | |||
1994–1995 | Funes | ||
1995–1996 | River Ebro | ||
1996–2003 | Athletic Bilbao | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2004 | Basconia | 33 | (12) |
2004–2005 | Bilbao Athletic | 16 | (4) |
2005–2013 | Athletic Bilbao | 262 | (85) |
2013–2015 | Juventus | 66 | (23) |
2015–2016 | Sevilla | 23 | (4) |
2016–2017 | Swansea City | 33 | (15) |
2017–2019 | Tottenham Hotspur | 36 | (2) |
2019– | Napoli | 3 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2003 | Sepanyol B17 | 3 | (2) |
2005 | Sepanyol B20 | 4 | (5) |
2005–2006 | Sepanyol B21 | 9 | (5) |
2008– | Sepanyol | 24 | (7) |
2005–2007 | Negara Basque | 5 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 September 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2013 |
Fernando Javier Llorente Torres (Sebutan Sepanyol: [feɾˈnando ʎoˈɾente ˈtorːes]; lahir 26 Februari 1985), digelar El Rey León ("The Lion King" dalam bahasa Sepanyol)[3] merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi untuk kelab Serie A, Napoli dan pasukan kebangsaan Sepanyol.
Beliau memulakan kariernya bersama kelab Athletic Bilbao sejak dari akademi sebelum diberi peluang untuk melakukan penampilan sulung bersama skuad senior pada tahun 2005. Beliau seterusnya menjadi tonggak utama pasukannya selama beberapa musim. 29 jaringan golnya dalam semua kejohanan ketika musim 2011–12 telah meletakkan reputasinya sebagai seorang "legenda Bilbao".[4][5] Beliau berpindah ke Juventus pada tahun 2013 dan memenangi kejuaraan Serie A dua kali berturut-turut. Kemudian, beliau kembali ke Sepanyol untuk menyertai Sevilla sebelum berpindah ke Swansea City pada tahun 2016 dan diikuti Tottenham Hotspur pada tahun 2017.
Seorang pemain antarabangsa Sepanyol sejak tahun 2008, Llorente merupakan sebahagian daripada skuad juara Piala Dunia 2010 serta UEFA Euro 2012.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Llorente telah dilahirkan di Pamplona, Sepanyol. Beliau membesar di kawasan perbandaran Rincón de Soto yang terletak di La Rioja.[6][7] Beliau mula menyertai akademi belia Athletic Bilbao pada tahun 1996 semasa berusia 11 tahun kerana beliau berasal daripada keturunan Navarra.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Athletic Bilbao
[sunting | sunting sumber]Llorente melalui perjalanan kariernya dengan menyertai beberapa kelab remaja dan beliau beraksi bersama Fernando Amorebieta[8] sebelum berpindah ke pasukan amatur, Basconia yang beraksi di Tercera División pada tahun 2003.[9] Prestasinya terus meningkat sekali gus membawa kepada kemasukan Llorente ke Bilbao Athletic, pasukan simpanan Athletic yang beraksi di Segunda División B.[10]
Setelah menjaringkan empat gol dalan separuh pertama musim, Llorente ditawarkan kontrak baru sehingga Jun 2008.[11] Pada 16 Januari 2005, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan utama dalam saingan La Liga ketika menentang Espanyol.[12] Tiga hari seterusnya, dalam perlawanan Copa del Rey menentang Lanzarote, beliau menjaringkan hatrik bagi memastikan kemenangan 6–0 berpihak kepada Bilbao.[13] Beliau seterusnya telah beraksi dalam lima perlawanan liga dan menjaringkan tiga gol. Beliau turut telah tampil dalam aksi piala domestik serta pusingan kalah mati Piala UEFA ketika menentang Austria Wien.[14]
Sebelum musim 2005–06, Llorente telah menukar jersi skuadnya dari nombor 32 ke nombor 9.[15] Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan musim ketika aksi pertembungan Basque menentang Real Sociedad.[16] Akan tetapi, beliau menghadapi kesukaran dalam menemui sentuhan. Hal ini kerana kecederaan yang dialaminya termasuklah kecederaan lutut,[17] gastroenteritis[18] dan kecederaan otot.[19] Beliau mengakhiri musim tersebut dengan hanya merekodkan empat gol termasuklah dua jaringan di La Liga dan dua lagi dalam aksi piala domestik.[20]
Pada 13 Julai 2006, Llorente telah menandantangani kontrak baru sehingga Jun 2011 termasuklah klausa pelepasannya yang bernilai antara €30 dan 50 juta.[21] Beliau memulakan musim baru dengan menjadi pilihan penyerang keempat di belakang Aritz Aduriz, Joseba Etxeberria dan veteran Ismael Urzaiz. Prestasi pasukan yang hambar memaksa pengurus Félix Sarriugarte memilih khidmat pemain lain sekali gus memberi laluan kepada Llorente untuk membuktikan kemamampuannya. Beliau telah mengakhiri kempen pada musim tersebut dengan hanya menjaringkan dua gol dalam 23 perlawanan dan antaranya ialah jaringan penting ketika pasukannya menyamakan kedudukan permainan dalam aksi menentang Valencia.[22]
Bagi menghadapi musim 2007–08, Llorente telah menjaringkan enam gol dalam perlawanan pra-musim. Prestasinya yang cemerlang pada ketika itu telah melonjakkannya untuk berada sebagai pilihan utama bagi mengisi posisi penyerang Athletic Bilbao. Namun, beliau memulakan kempen dengan prestasi yang hambar dan hasilnya beliau telah merekodkan 11 jaringan gol untuk menyaksikan pasukannya menghuni tangga pertengahan liga. Jaringan golnya di La Liga termasuklah menentang Valencia yang merekodkan kemenangan[23][24] serta menentang Barcelona,[25] Villarreal[26] dan Atlético Madrid.[27]
Sebelum musim 2008–09, Llorente meluahkan keyakinannya dalam menempuh musim yang baru. Walaupun pasukannya melakar keputusan yang sederhana,a beliau telah menjaringkan 14 gol liga. Rekod terbaik dan kemuncak pernah dialami oleh Llorente sepanjang kariernya. Beliau juga membantu menghasilkan empat gol dalam kempen Piala Raja Sepanyol dengan membantu pasukannya mara ke pusingan akhir sebelum kecundang kepada Barcelona 1–4.[28]
Pada musim 2009–10, Llorente sekali lagi menarik perhatian ramai. Beliau menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan Liga Europa dengan jumlah lapan jaringan. Sementara itu, beliau telah menjaringkan 14 gol dalam La Liga yang menyaksikan pasukannya menduduki tangga kelapan liga.[29][30]
Pada 28 Ogos 2010, Llorente menjaringkan gol sulungnya pada kempen 2010–11 ketika menentang Hércules.[31] Prestasinya terus meningkat dalam sepuluh perlawanan berikutnya apabila beliau menjaringkan tujuh gol sehinggalah pada penghujung musim ketika beliau berjaya merekodkan 18 gol sekali gus membantu Athletic menempah tiket ke Liga Europa untuk musim hadapan.[32]
Pada awal tahun 2012, Llorente telah menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan dalam jangka masa empat hari sahaja. Beliau mula dengan jaringan hatrik ketika menumbangkan Rayo Vallecano[33] dan diikuti dua gol ketika aksi separuh akhir Piala Raja Sepanyol menentang Mirandés.[34] Dalam dua perlawanan seterusnya, beliau telah menjaringkan tiga biji gol ketika menentang Espanyol dalam aksi liga[35] dan dua lagi ketika menentang Mirandés.[36]
Llorente telah menjaringkan gol dalam kedua-dua aksi pusingan 16 Liga Europa 2011–12 menentang Manchester United, yang menyaksikan Athletic memenangi kedua-dua perlawanan tersebut dengan skor 5–3 menerusi agregat.[37][38] Dalam pusingan seterusnya, beliau menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya mengatasi cabaran Schalke 04 dalam kemenangan 4–2.[39] Beliau seterusnya membantu Athletic untuk mara ke perlawanan akhir. Tujuh jaringan Llorente dalam kejohanan tersebut telah meletakkannya sebagai penjaring gol terbanyak Athletic Bilbao dalam kejohanan Eropah dengan memecah rekod jumlah 11 jaringan oleh Dani pada era 1980an[40] sebelum rekod itu dikejutkan oleh Aduriz pada tahun 2016.[41]
Pada Ogos 2012, Llorente enggan untuk melanjutkan kontraknya bersama Athletic Bilbao sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa pemain itu akan berhijrah. Berikutan kekalahan 0–2 kepada musuh tradisi Real Sociedad pada 29 September, beliau yang dirancang sebagai pemain gantian pada lewat permainan telah berselisih dengan pengurus Marcelo Bielsa. Dua hari kemudian, beliau telah meninggalkan sesi latihan dan dihantar menjalani latihan bersama pasukan belia.[42] Kesannya, hubungan Llorente bersama penyokong kelab dan presiden Josu Urrutia terus merosot.[43]
Pada 3 Januari 2013, Athletic mengesahkan bahawa Llorente akan mengadakan rundingan bersama Juventus.[44] Pengarah sukan Juventus, Giuseppe Marotta menyatakan bahawa beliau amat optimis akan Llorente yang akan menyertai Juve pada 1 Julai setelah keputusan presiden Urrutia yang tidak membenarkan pelepasan Llorente semasa jendela perpindahan bulan Januari.[45] Tiga hari kemudian, secara rasminya Llorente akan menandantangani kontrak selama empat tahun bersama Juventus pada 1 Julai selepas kontraknya bersama Bilbao luput.[46] Juventus juga telah membayar dengan kos €3.038 juta.
Llorente hanya menjaringkan lima gol dalam 36 perlawanan kompetitif tahun akhirnya bersama Athletic berikutan beliau dijadikan sebagai tulang belakang kepada Aduriz.[47][48]
Juventus
[sunting | sunting sumber]Llorente secara rasminya menjadi pemain Juventus pada 1 Julai 2013 selepas menjalani ujian kesihatan bersama kelab.[49][50] Beliau telah diberi jersi skuad bernombor 14.[51] Llorente menjaringkan gol sulungnya dalam saingan Serie A pada 22 September ketika beliau diletakkan sebagai kesebelasan utama semasa menentang Hellas Verona.[52]
Llorente menemui sentuhannya dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah ketika beliau menyumbat gol dalam pertembungan menentang Real Madrid dalam peringkat kumpulan kejohanan tersebut.[53][54] Pada 1 Disember, beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan permainan ketika menentang Udinese.[55]
Llorente menjaringkan dua gol pada 12 Januari 2014 ketika membantu Juventus menundukkan Cagliari bagi memastikan kemenangan liga buat kali ke-11 berturut-turut milik pasukannya.[56] Pada 7 April, beliau telah menjaringkan kedua-dua gol Juventus ketika menentang Livorno sekali gus kemenangan tersebut telah menjamin tempat Juventus ke Liga Juara-Juara musim hadapan.[57] Dalam hari terakhir musim ketika menentang Cagliari, beliau menjaringkan satu gol untuk Juve sebelum mereka merangkul kejuaraan Serie A setelah mengutip sebanyak 102 mata sepanjang kempen.[58]
Pada 6 Jun 2015, Llorente hadir sebagai pemain gantian dan beraksi selama lima minit dalam aksi final Liga Juara-Juara yang mana Juventus tewas kepada Barcelona 1–3.[59]
Sevilla
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Ogos 2015, Llorente yang merupakan seorang ejen bebas telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Sevilla dengan klausa pelepasan bernilai €20 juta.[60] Beliau melakukan penampilan sulungnya di La Liga tiga hari kemudian ketika pasukannya kecundang 0–3 kepada Atlético Madrid.[61] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Sevilla ketika pasukannya tewas 1–2 kepada Celta pada 20 September.[62]
Pada 8 November 2015, selepas menggantikan Ciro Immobile dalam baki 20 minit terakhir permainan ketika menentang Real Madrid di La Liga, Llorente menanduk masuk jaringan kemenangan Sevilla dalam tempoh hanya empat minit selepas kemasukannya sekali gus memastikan kemenangan pasukannya 3–2.[63] Sebulan kemudian, beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang pasukan lamanya, Juventus dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sekali gus ia bermakna Sevilla mengambil alih tempat Borussia Mönchengladbach untuk ke saingan peringkat kalah mati Liga Europa.[64] Sevilla akhirnya menuju ke final dan dinobatkan sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut dan Llorente hanya duduk di bangku simpanan ketika perlawanan akhir.[65] Beliau seterusnya menjadi pemain gantian ketika masa tambahan perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol empat hari kemudian, namun pasukannya tewas kepada pasukan lawan iaitu Barcelona.[66]
Swansea City
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Ogos 2016, Llorente diumumkan telah menandantangani kontrak selama dua tahun bersama Swansea City.[67][68] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada sembilan hari kemudian ketika pasukannya melakar kemenangan 1–0 ke atas Burnley.[69]
Pada 26 November 2016, Llorente menjaringkan dua gol pada masa kecederaan bagi membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Crystal Palace 5–4.[70] Beliau turut menjaringkan dua gol dalam aksi menentang Sunderland (3–0).[71] Beliau mengakhiri musim pertamanya di England dengan 15 jaringan gol sekali gus memastikan pasukannya berjaya mengelakkan penyingkiran ke divisyen dua.[72]
Lengan beliau telah patah ketika beliau sedang berbasikan pada cuti musim panas dan perkara ini telah memaksa beliau untuk terlepas daripada minggu pembukaan bagi kempen 2017–18.[73]
Tottenham Hotspur
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Ogos 2017, Llorente berpindah ke [Tottenham Hotspur F.C.|Tottenham Hotspur]] dengan menandantangani kontrak selama dua tahun bersama perpindahan yang bernilai £12.1 juta.[74][75] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Spurs pada 13 September dengan menggantikan Harry Kane ketika aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Spurs dengan skor 3-1.[76] Beliau mula diletakkan ke dalam kesebelasan utama pasukan ketika menghadapi perlawanan Piala EFL menentang Barnsley pada 20 September.[77] Seterusnya, beliau beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid yang berkesudahan perlawanan terikat seri 1–1.[78]
Llorente menjaringkan gol pertamanya untuk Spurs pada 6 Disember 2017 ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang APOEL setelah pasukannya telah menempah tiket ke pusingan kalah mati kejohanan sebagai juara kumpulan.[79] Beliau menjadi kesebelasan utama Spurs dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada bulan Januari seterusnya dan turut menjaringkan gol dalam perlawanan menentang kelab lamanya, Swansea.[80]
Llorente telah menjaringkan hatrik untuk Spurs ketika pasukannya membelasah Rochdale 6–1 dalam pusingan kelima Piala FA Inggeris pada 28 Februari 2018.[81] Pada 4 Januari 2019 semasa pusingan ketiga Piala FA, beliau mengulangi sentuhan berbisanya iaitu merekodkan hatrik ketika pasukannya mengecewakan Tranmere Rovers 7–0[82] sekali gus membantu pasukannya merekodkan kejayaan terbesar di gelanggang lawan.[83] Penampilan pertamanya sebagai kesebelasan utama ketika musim 2018–19 hadir pada 16 hari kemudian ketika menentang Fulham. Dalam perlawanan itu, Llorente telah menjaringkan gol sendiri namun, mujurlah pasukannya merekodkan kemenangan 2–1.[84] Dalam perlawanan berikutnya menentang Watford, beliau menjaringkan gol kemenangan Spurs pada lewat permainan bagi memastikan tiga mata penuh milik Spurs.[85]
Pada 13 Februari 2019, Llorente telah menjaringkan gol terakhir pasukannya ketika merakamkan kejayaan menumbangkan Borussia Dortmund dalam aksi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas mula beraksi dari bangku simpanan.[86] Jaringan tersebut merupakan jaringan gol pertama Llorente dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.[87] Pada 17 April dalam saingan yang sama, beliau menjaringkan gol kemenangan Spurs ketika aksi suku akhir menentang Manchester City (keputusan terikat seri 4–4, namun Tottenham meneruskan kemaraan berdasarkan gol di tempat lawan).[88] Dalam perlawanan timbang balik peringkat separuh akhir menentang Ajax, beliau telah menggantikan Victor Wanyama pada separuh masa dan memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya bangkit dari ketinggalan untuk mengikat kedudukan 3–3 menerusi agregat sekali gus Spurs terus mara dalam fesyen yang sama.[89] Semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Madrid, beliau beraksi dalam baki lapan minit permainan ketika Tottenham masih ketinggalan dan akhirnya trofi kejohanan menjadi milik Liverpool dengan keputusan 2–0.[90]
Walaupun mempamerkan prestasi yang menonjol di Liga Juara-Juara, kontrak Llorente yang berakhir pada 30 Jun 2019 tidak mendapat respon oleh pihak kelab.[91] Llorente telah disenaraikan ke dalam pemain-pemain yang dilepaskan pada 7 Jun 2019[91][92] dan profilnya telah dipadam oleh senarai skuad pasukan utama menerusi laman sesawang rasmi kelab bagi menghadapi musim baru.[93]
Napoli
[sunting | sunting sumber]Pada 2 September 2019, Llorente menyertai Napoli menerusi perpindahan percuma. Beliau kembali semula ke Itali selepas empat tahun meninggalkan Juventus.[94][95] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A untuk Napoli ketika menentang Sampdoria pada 14 September. Beliau telah melakukan hantaran kepada Dries Mertens untuk menjaringkan gol setelah beraksi sebagai pemain gantian sekali gus memberikan kelebihan kepada Napoli untuk meraikan kemenangan 2–0.[96] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli tiga hari kemudian ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Liverpool dengan menghasilkan jaringan pada masa kecederaan untuk membantu Napoli meraih kemenangan 2–0.[97]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Llorente mewakili pasukan bawah-20 Sepanyol ke Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2005. Beliau telah menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan tersebut sekali gus membolehkan beliau meraih anugerah Kasut Perak sebagai penjaring gol kedua terbanyak kejohanan.[98] Beliau juga pernah beraksi untuk pasukan bawah-17 dan pasukan bawah-21 Sepanyol.[99]
Pada 14 November 2008, pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol iaitu Vicente del Bosque telah memanggil Llorente untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Chile.[100] Beliau telah dibawa masuk dalam perlawanan tersebut sebagai pemain gantian ketika minit ke-72 dan keputusan berakhir dengan kemenangan muktamad 3–0 milik Sepanyol.[101] Pada 11 Februari 2009, beliau telah menjaringkan gol pertamanya untuk Sepanyol ketika perlawanan persahabatan menentang England yang berkesudahan Sepanyol menang 2–0 selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian.[102] Selepas mencatatkan 14 jaringan untuk Athletic ketika musim 2008–09, Llorente telah disenaraikan oleh del Bosque ke dalam skuad Piala Konfederasi 2009. Beliau telah dijadikan pemain gantian ketika menentang tuan rumah, Afrika Selatan yang berkesudahan Sepanyol menang 2–0.[103]
Llorente tidak dipilih untuk ke pasukan kebangsaan bagi musim 2009–10 kerana pengurus del Bosque lebih memilih Álvaro Negredo. Walau bagaimanapun, beliau telah dipilih ke skuad Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan dengan menjadi penyerang ketiga pasukan. Beliau hanya beraksi dalam satu perlawanan iaitu ketika perlawanan pusingan 16 menentang Portugal dengan beraksi selama 30 minit terakhir permainan.[104] Sepanyol akhirnya muncul bergelar juara dunia setelah memenangi edisi tersebut.
Pada 8 Oktober 2010, berikutan kecederaan yang dialami Fernando Torres, Llorente diletakkan ke dalam kesebelasan utama pasukan ketika perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Lithuania. Llorente turut menjaringkan gol menerusi tandukannya bagi memastikan tiga mata penuh milik Sepanyol dengan keputusan kemenangan 3–1.[105] Empat hari kemudian, beliau menjaringkan gol kemenangan Sepanyol ketika menumpaskan Scotland biarpun beliau dibawa masuk sebagai pemain gantian.[106] Beliau telah dipilih ke dalam skuad UEFA Euro 2012 dan tidak melakukan sebarang penampilan sehinggalah Sepanyol bergelar juara Eropah buat kali kedua berturut-turut.[107]
Llorente merupakan salah satu pemain yang digugurkan daripada skuad Sepanyol yang menghadapi kejohanan Piala Dunia 2014.[108] Selain itu, beliau juga pernah mewakili Negara Basque sebanyak lima perlawanan. Beliau melakukan penampilan sulung untuk pasukan itu pada tahun 2005 ketika menentang Cameroon. Di samping itu, beliau menjaringkan satu-satunya gol untuk Basque ketika menentang Catalunya pada tahun berikutnya. Kemunculan terakhirnya untuk pasukan itu pada Disember 2007.[109]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah[nb 1] | Lain[nb 2] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Basconia | 2003–04 | 33 | 12 | — | 33 | 12 | |||||
Bilbao Athletic | 2004–05 | 16 | 4 | — | 16 | 4 | |||||
Athletic Bilbao | 2004–05 | 15 | 3 | 4 | 3 | 1 | 0 | — | 20 | 6 | |
2005–06 | 22 | 2 | 3 | 2 | — | 25 | 4 | ||||
2006–07 | 23 | 2 | 1 | 0 | 24 | 2 | |||||
2007–08 | 35 | 11 | 5 | 1 | 40 | 12 | |||||
2008–09 | 34 | 14 | 9 | 4 | 43 | 18 | |||||
2009–10 | 37 | 14 | 2 | 1 | 11 | 8 | 1 | 0 | 51 | 23 | |
2010–11 | 38 | 18 | 3 | 1 | — | — | 41 | 19 | |||
2011–12 | 32 | 17 | 6 | 5 | 15 | 7 | 53 | 29 | |||
2012–13 | 26 | 4 | 2 | 0 | 8 | 1 | 36 | 5 | |||
Jumlah | 262 | 85 | 35 | 17 | 35 | 16 | 1 | 0 | 333 | 118 | |
Juventus | 2013–14 | 34 | 16 | 1 | 0 | 10 | 2 | — | 45 | 18 | |
2014–15 | 31 | 7 | 4 | 1 | 9 | 1 | 1 | 0 | 45 | 9 | |
2015–16 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | |
Jumlah | 66 | 23 | 5 | 1 | 19 | 3 | 2 | 0 | 92 | 27 | |
Sevilla | 2015–16 | 23 | 4 | 6 | 0 | 7 | 3 | — | 36 | 7 | |
Swansea City | 2016–17 | 33 | 15 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 35 | 15 |
Tottenham Hotspur | 2017–18 | 16 | 1 | 6 | 3 | 7 | 1 | 2 | 0 | 31 | 5 |
2018–19 | 20 | 1 | 2 | 3 | 9 | 2 | 4 | 2 | 35 | 8 | |
Jumlah | 36 | 2 | 8 | 6 | 16 | 3 | 6 | 2 | 66 | 13 | |
Napoli | 2019–20 | 2 | 2 | 0 | 0 | 1 | 1 | — | 3 | 3 | |
Jumlah kerjaya | 471 | 147 | 55 | 24 | 78 | 26 | 27 | 7 | 614 | 199 |
- ^ Termasuk kejohanan Piala UEFA, Liga Europa UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah
- ^ Termasuk kejohanan Supercopa de España, Supercoppa Italiana dan Piala EFL
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 19 November 2013[112]
Pasukan kebangsaan Sepanyol | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2008 | 1 | 0 |
2009 | 4 | 2 |
2010 | 8 | 5 |
2011 | 6 | 0 |
2012 | 2 | 0 |
2013 | 3 | 0 |
Jumlah | 24 | 7 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
11 Februari 2009 | Seville, Sepanyol | England | Persahabatan | |||
20 Jun 2009 | Bloemfontein, Afrika Selatan | Afrika Selatan | Piala Konfederasi 2009 | |||
28 Mei 2010 | Innsbruck, Austria | Arab Saudi | Persahabatan | |||
7 September 2010 | Buenos Aires, Argentina | Argentina | ||||
8 Oktober 2010 | Salamanca, Sepanyol | Lithuania | Kelayakan Euro 2012 | |||
12 Oktober 2010 | Glasgow, Scotland | Scotland |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sevilla
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Sepanyol
Individu
[sunting | sunting sumber]- Kasut Perak Piala Dunia B-20 FIFA: 2005
- Darjah Merit Sukan Diraja: 2011[115]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 29. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 13 September 2013.
- ^ "Fernando LLORENTE Torres". El Mundo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 20 April 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ San Martín, P. P. (26 May 2010). "Un 'rey león' en el área" [A 'lion king' in the box]. Diario AS (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 12 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Chelsea on high alert after striker Fernando Llorente rejects new deal with Athletic Bilbao". London Evening Standard. 9 August 2012. Dicapai pada 10 August 2012.
- ^ Ortiz de Lazcano, Javier (9 October 2015). "Los discípulos de Pichichi" [Pichichi's disciples]. El Correo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 11 February 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ García, Alberto (18 January 2005). "Fue todo tan rápido que ni me lo creía" [Everything was so fast i could not believe it]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 12 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Gómez Peña, J. (1 March 2012). "Amistoso entre Llorente y Amorebieta" [Friendly between Llorente and Amorebieta]. El Correo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 24 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Staff restructuring". Athletic Bilbao. 26 Jun 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Incorporations of Bilbao Athletic". Athletic Bilbao. 1 Jun 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Fernando Llorente's contract extension". Athletic Bilbao. 11 Disember 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Athletic Club 1-Espanyol 1: No luck". Athletic Bilbao. 16 Januari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Athletic Club 6-Lanzarote 0: It advanced". Athletic Bilbao. 20 Januari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ Rodrigálvarez, Eduardo (28 February 2005). "Pesadilla en San Mamés" [Nightmare in San Mamés]. El País (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 20 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Numbers for the 2005–2006 season". Athletic Bilbao. 29 July 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2012. Dicapai pada 14 December 2008.
- ^ "Athletic Club 3 Real Sociedad 0: An excellent start to the season". Athletic Bilbao. 28 Ogos 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Urzaiz fit to play, Prieto, Guerrero and Llorente sidelined". Athletic Bilbao. 19 Oktober 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Several players injured as a result of the match". Athletic Bilbao. 8 Januari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Llorente and Lacruz: Muscle overload". Athletic Bilbao. 24 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "L'Hospitalet 1-Athletic Club 3: To the Round of 16". Athletic Bilbao. 9 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Llorente's renewal: press conference". Athletic Bilbao. 13 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Valencia 1–1 Athletic Bilbao". ESPN Soccernet. 11 November 2006. Dicapai pada 2 August 2012.[pautan mati kekal]
- ^ "Valencia 0 – Athletic Club 3: A perfect match". Athletic Bilbao. 2 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Athletic Club 5 Valencia 1: A perfect night". Athletic Bilbao. 20 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Athletic Club 1-FC Barcelona 1: A proud point". Athletic Bilbao. 27 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2012. Dicapai pada 14 December 2008.
- ^ "Athletic Club 1-Villarreal 2: From better to worse". Athletic Bilbao. 22 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2012. Dicapai pada 14 December 2008.
- ^ "Atlético de Madrid 1-Athletic Club 2: A step in the right direction". Athletic Bilbao. 17 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2012. Dicapai pada 14 December 2008.
- ^ Melero, Delfín (13 May 2009). "El Barça se corona por aplastamiento" [Barça crowned through crushing]. Marca (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 23 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Rodrigálvarez, Eduardo (8 February 2010). "Llorente, el goleador silencioso" [Llorente, the silent scorer]. El País (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 1 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Fernando Llorente: casi 20 goles de media por temporada" [Fernando Llorente: an average of nearly 20 goals per season]. ABC (dalam bahasa Spanish). 27 August 2015. Dicapai pada 1 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Llorente lifts Bilbao". ESPN Soccernet. 28 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 23 April 2011.
- ^ "Llorente, entre los 20 máximos goleadores de la historia del Athletic" [Llorente, 20th in Athletic's all-time scoring list]. Marca (dalam bahasa Spanish). 22 May 2011. Dicapai pada 18 April 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Llorente hits hat-trick in Athletic win". ESPN Soccernet. 28 January 2012. Dicapai pada 1 February 2012.[pautan mati kekal]
- ^ Acedo, Diego (1 February 2012). "El 'Rey León' saca las garras en Anduva" ['Lion King' shows claws in Anduva]. Marca (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 1 February 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Albin's late strike earns Espanyol a point". ESPN Soccernet. 4 February 2012. Dicapai pada 7 February 2012.
- ^ Melero, Delfín (6 February 2012). "Grandes y gigantes" [Great ones and giants]. Marca (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 7 February 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Enterprising Athletic stun United at Old Trafford". UEFA. 8 March 2012. Dicapai pada 27 March 2012.
- ^ "Athletic see off United with room to spare". UEFA. 15 March 2012. Dicapai pada 27 March 2012.
- ^ "Schalke stunned by late Athletic fightback". UEFA. 29 March 2012. Dicapai pada 21 August 2012.
- ^ Espinosa, Yolanda (16 March 2012). "Llorente supera a Dani como máximo goleador del Athletic en Europa" [Llorente overtakes Dani as Athletic's top scorer in Europe] (dalam bahasa Spanish). Vavel. Dicapai pada 18 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Aduriz, 'Pichichi' rojiblanco en Europa" [Aduriz, red-and-white 'Pichichi' in Europe] (dalam bahasa Spanish). UEFA. 3 November 2016. Dicapai pada 18 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Corrigan, Dermot (1 October 2012). "Llorente walks out of training". ESPN FC. Dicapai pada 2 October 2012.
- ^ Corrigan, Dermot (20 November 2012). "Llorente and Bilbao clash over no-show". ESPN FC. Dicapai pada 27 December 2013.
- ^ "Fernando Llorente to hold talks with Juventus, Athletic Bilbao confirm". The Guardian. 3 January 2013. Dicapai pada 21 January 2013.
- ^ "Juventus confident of signing Llorente". ESPN FC. 21 January 2013. Dicapai pada 21 January 2013.
- ^ "Llorente to join Juventus". Juventus F.C. 24 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2013. Dicapai pada 24 January 2013.
- ^ Briones, Macu (27 December 2012). "Aduriz eclipsa a Llorente" [Aduriz eclipses Llorente]. Marca (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 1 July 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Llorente unveiled as a Juve player". Football España. 2 July 2013. Dicapai pada 2 July 2013.
- ^ Gladwell, Ben (2 July 2013). "Llorente relishing Tevez link-up". ESPN FC. Dicapai pada 2 July 2013.
- ^ Agius, Adrian (26 January 2013). "Juventus sign Fernando Llorente on a free transfer". Bleacher Report. Dicapai pada 1 July 2013.
- ^ "Llorente picks No 14 shirt?". Football Italia. 1 July 2013. Dicapai pada 1 July 2013.
- ^ Carci, Francesco (22 September 2013). "Juventus-Verona 2–1: Tevez super, Llorente subito decisive" [Juventus-Verona 2–1: Tevez super, Llorente decisive at once]. La Repubblica (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 18 April 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Ronaldo double sinks ten-man Juventus". UEFA. 23 October 2013. Dicapai pada 6 November 2013.
- ^ "Juventus fight back to hold Madrid". UEFA. 5 November 2013. Dicapai pada 6 November 2013.
- ^ "Last-gasp Llorente winner". ESPN FC. 1 December 2013. Dicapai pada 2 December 2013.
- ^ "Cagliari 1–4 Juventus". BBC Sport. 12 January 2014. Dicapai pada 18 August 2014.
- ^ "Serie A: Juventus 2 Livorno 0". FourFourTwo. 7 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2014. Dicapai pada 18 August 2014.
- ^ "Juventus 3–0 Cagliari". BBC Sport. 18 May 2014. Dicapai pada 18 August 2014.
- ^ "Barcelona see off Juventus to claim fifth title". UEFA. 6 June 2015. Dicapai pada 7 June 2015.
- ^ "Official: Llorente to Sevilla for free". Football Italia. 27 August 2015. Dicapai pada 27 August 2015.
- ^ "Atlético Madrid enjoy easy win over Sevilla as Koke ends his goal drought". The Guardian. 30 August 2015. Dicapai pada 9 November 2015.
- ^ "Sevilla's early season struggles continue with home defeat to Celta Vigo". ESPN FC. 20 September 2015. Dicapai pada 9 November 2015.
- ^ Sharma, Rik (8 November 2015). "Sevilla 3–2 Real Madrid: Ciro Immobile, Ever Banega and Fernando Llorente goals as visitors lose for the first time under Rafa Benitez". Daily Mail. Dicapai pada 8 December 2015.
- ^ "Llorente deals Juve blow to earn Sevilla third place". UEFA. 8 December 2015. Dicapai pada 8 December 2015.
- ^ "Sevilla make it three in row at Liverpool's expense". UEFA. 18 May 2016. Dicapai pada 17 January 2018.
- ^ Lowe, Sid (22 May 2016). "Jordi Alba and Neymar secure Barcelona Copa del Rey victory". The Guardian. Dicapai pada 17 January 2018.
- ^ "Swansea agree terms to sign Fernando Llorente from Sevilla on two-year deal". The Guardian. 4 August 2016. Dicapai pada 4 August 2016.
- ^ "World Cup winner Llorente joins Swans". Swansea City A.F.C. 5 August 2016. Dicapai pada 5 August 2016.
- ^ Oscroft, Tim (13 August 2016). "Burnley 0–1 Swansea City". BBC Sport. Dicapai pada 13 August 2016.
- ^ James, Stuart (27 November 2016). "Swansea City stun Crystal Palace as Fernando Llorente settles 5–4 thriller". The Guardian. Dicapai pada 11 December 2016.
- ^ Clutton, Graham (10 December 2016). "Swansea vs Sunderland match report: Fernando Llorente brace puts Black Cats to the sword". The Independent. Dicapai pada 11 December 2016.
- ^ Wathan, Chris (25 May 2017). "Swansea City striker Fernando Llorente will 'wait and see' what happens in the summer amid expected transfer interest". Wales Online. Dicapai pada 6 June 2017.
- ^ "Fernando Llorente: Swansea City striker likely to miss season start with broken arm". BBC Sport. 31 July 2017. Dicapai pada 1 September 2017.
- ^ "'I can do more in my career, and my dream is to do that here' – Fernando Llorente". Tottenham Hotspur F.C. 31 August 2017. Dicapai pada 31 August 2017.
- ^ "Fernando Llorente joins Tottenham from Swansea". Sky Sports. 1 September 2017. Dicapai pada 2 January 2018.
- ^ Dorman, Matt (15 September 2017). "Tottenham striker Llorente reveals reason behind Chelsea snub". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-23. Dicapai pada 15 September 2017.
- ^ Lewis, Darren (20 September 2017). "Tottenham new boy Fernando Llorente begs fans for time after unimpressive first start against Championship Barnsley". Daily Mirror. Dicapai pada 27 October 2017.
- ^ Olley, James (17 October 2017). "Real Madrid 1 Tottenham 1: Cristiano Ronaldo penalty denies Spurs famous UEFA Champions League win". London Evening Standard. Dicapai pada 21 October 2017.
- ^ Hytner, David (6 December 2017). "Fernando Llorente off the mark for Tottenham in stroll against Apoel". The Guardian. Dicapai pada 6 December 2017.
- ^ Bywater, Alex (2 January 2018). "Swansea 0 Tottenham 2: Fernando Llorente scores on return to Wales as Spurs leapfrog Arsenal". The Daily Telegraph. Dicapai pada 2 January 2018.
- ^ Rosser, Jack (28 February 2018). "Tottenham 6 Rochdale 1: Fernando Llorente hat-trick seals FA Cup win amid VAR woe and Wembley snow". London Evening Standard. Dicapai pada 28 February 2018.
- ^ Wilson, Paul (4 January 2019). "Fernando Llorente hits hat-trick as Spurs steamroller Tranmere". The Guardian. Dicapai pada 4 January 2019.
- ^ Henry, Matthew (4 January 2019). "Tranmere Rovers 0–7 Tottenham: Fernando Llorente scores hat-trick in thrashing". BBC Sport. Dicapai pada 5 January 2019.
- ^ Mann, Mantej (20 January 2019). "Fulham 1–2 Tottenham Hotspur". BBC Sport. Dicapai pada 31 January 2019.
- ^ Chowdhury, Saj (30 January 2019). "Tottenham Hotspur 2–1 Watford". BBC Sport. Dicapai pada 31 January 2019.
- ^ Burt, Jason (13 February 2019). "White-hot Tottenham as Son leads Dortmund destruction to put one foot in Champions League quarter-finals". The Daily Telegraph. Dicapai pada 14 February 2019.
- ^ Díaz, Luis Alberto (14 February 2019). "Fernando Llorente, el goleador fiel a la Champions" [Fernando Llorente, the scorer married to the Champions]. Marca (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 22 February 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Taylor, Daniel (17 April 2019). "Tottenham win Champions League epic as Llorente stuns Manchester City". The Guardian. Dicapai pada 18 April 2019.
- ^ Burt, Jason; Tyers, Alan (9 May 2019). "Tottenham into Champions League final after Lucas Moura seals another English miracle". The Daily Telegraph. Dicapai pada 24 May 2019.
- ^ McNulty, Phil (1 June 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 1 June 2019.
- ^ a b Gold, Alasdair (5 July 2019). "The curious case of Fernando Llorente and his Tottenham Hotspur contract explained". Football London. Dicapai pada 2 September 2019.
- ^ "2018/19 Premier League clubs publish released lists". Premier League. 10 June 2019. Dicapai pada 1 July 2019.
- ^ Callaghan, Shane (3 July 2019). "Tottenham drop clue about Fernando Llorente despite no announcement". HITC. Dicapai pada 9 July 2019.
- ^ "Napoli sign former Juventus and Tottenham striker Llorente". Yahoo Sports. 2 September 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
- ^ Mathews, Max (2 September 2019). "Fernando Llorente: Napoli sign former Tottenham striker". Sky Sports. Dicapai pada 2 September 2019.
- ^ "Napoli 2–0 Sampdoria". Football Italia. 14 September 2019. Dicapai pada 17 September 2019.
- ^ Bascombe, Chris (17 September 2019). "Liverpool have another off day at Napoli as Dries Mertens penalty and Fernando Llorente secure win for Italians". The Daily Telegraph. Dicapai pada 17 September 2019.
- ^ "Silver Boot". Athletic Bilbao. 2 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Llorente: "Te quedas con cara de tonto"" [Llorente: "You are left looking rather silly"]. El Mundo (dalam bahasa Spanish). 11 October 2005. Dicapai pada 12 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The Spanish national team: Call up". Athletic Bilbao. 14 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2009. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Spain beats Chile 3–0 to cap historic season". International Herald Tribune. 19 November 2008. Dicapai pada 14 December 2008.
- ^ Sanghera, Mandeep (11 February 2009). "Spain 2–0 England". BBC Sport. Dicapai pada 20 June 2009.
- ^ "Spain 2–0 South Africa". BBC Sport. 20 June 2009. Dicapai pada 5 January 2019.
- ^ Collins, Ben (30 June 2010). "Spain send Portugal packing". Sky Sports. Dicapai pada 23 January 2018.
- ^ "3–1. Dos goles de Llorente y uno de Silva dan el triunfo a España frente a Lituania" [3–1. Two goals from Llorente and one from Silva give Spain win against Lithuania]. Público (dalam bahasa Spanish). 9 October 2010. Dicapai pada 23 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Sámano, José (13 October 2010). "Llorente, el otro 'siete' de España" [Llorente, Spain's other 'seven']. El País (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 23 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Ganar la Eurocopa sin jugar ni un minuto" [Winning the Eurocup without playing one single minute] (dalam bahasa Spanish). Sphera Sports. 9 June 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-23. Dicapai pada 23 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "World Cup 2014: Spain drop Alvaro Negredo and Jesus Navas". BBC Sport. 31 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014.
- ^ a b Templat:Athletic Bilbao profile
- ^ Biodata Fernando Llorente di Soccerway. Capaian 2 January 2018.
- ^ "Fernando Llorente". Sofa Score. Dicapai pada 18 April 2019.
- ^ "Fernando Llorente". European Football. Dicapai pada 14 June 2016.
- ^ Wathan, Chris (10 September 2016). "Fernando Llorente on Swansea City, Antonio Conte's Chelsea and why his team must improve from Leicester City defeat". Wales Online. Dicapai pada 22 June 2017.
- ^ "Fernando Llorente". Eurosport. Dicapai pada 22 June 2017.
- ^ Bruña, Manel (5 January 2011). "Los campeones del mundo de fútbol ya tienen la Real Orden del Mérito Deportivo" [The football World Champions already have the Royal Order of Sporting Merit]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 5 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Fernando Llorente |
- Templat:Athletic Bilbao profile
- Profil Fernando Llorente di BDFutbol
- Templat:TuttoCalciatori
- Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Fernando Llorente
- (Inggeris) Profil Fernando Llorente di National-Football-Teams.com
- Fernando Llorente – Rekod persaingan FIFA
- Fernando Llorente – Rekod persaingan UEFA
- Tapak web rasmi
- Kelahiran 1985
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Sepanyol
- Pemain CD Basconia
- Pemain Bilbao Athletic
- Pemain Athletic Bilbao
- Pemain Sevilla FC
- Pemain Juventus F.C.
- Pemain S.S.C. Napoli
- Pemain Swansea City A.F.C.
- Pemain Tottenham Hotspur F.C.
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2009
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain UEFA Euro 2012