Ikatan kovalen
![](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/19/Covalent_bond_hydrogen.svg/400px-Covalent_bond_hydrogen.svg.png)
Ikatan kovalen ialah sejenis ikatan kimia yang melibatkan perkongsian elektron di antara atom-atom. Imbangan stabil daya tarikan dan tolakan antara atom apabila mereka berkongsi elektron dikenali sebagai pengikatan kovalen. Untuk pelbagai molekul, perkongsian elektron membolehkan setiap atom untuk memiliki petala elektron yang penuh, yang memberikan mereka konfigurasi elektron yang stabil.
Ikatan kovalen melibatkan pelbagai jenis interaksi lain, termasuklah ikatan
Di dalam molekul hidrogen, H2, kedua-dua atom hidrogen di dalam molekul ini berkongsi kedua-dua elektron mereka melalui ikatan kovalen. Ikatan kovalen paling kuat di antara atom-atom dengan keelektronegatifan yang setara. Oleh itu, ikatan kovalen tidak semestinya melibatkan dua atom daripada unsur yang sama, sekadar ia mempunyai keelektronegatifan yang setara sudah memadai. Walaupun ikatan kovalen membabitkan perkongsian elektron, tidak semestinya elektron-elektron itu dinyahsetempatkan.
Jenis
[sunting | sunting sumber]Kekutuban
[sunting | sunting sumber]Ikatan kovalen boleh dipengaruhi oleh keelektronegatifan atom-atom yang terlibat. Atom-atom dengan nilai keelektronegatifan akan membentuk molekul kovalen yang tidak berkutub seperti molekul H2. Dalam molekul dengan atom-atom dengan nilai keelektronegatifan yang agak berbeza, elektron akan lebih tertumpu dengan atom yang lebih elektronegatif. Hal ini menyebabkan atom yang lebih elektronegatif akan mengalami cas separa negatif,
Kecenderungan pembentukan ikatan kovalen adalah tertakluk dengan perbezaan nilai keelektronegatifan,
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Petrucci, R. H.; Harwood, W. S. General Chemistry: Principles & Modern Applications (dalam bahasa Inggeris) (ed. keenam). m/s. 360-361.
- ^ "4.4: Polar and Non-polar Covalent Bond". LibreTexts (dalam bahasa Inggeris). 6 Jun 2019. Dicapai pada 6 April 2020.