Serangga
Serangga | |
---|---|
Ikut arah jam dari kiri atas: dancefly (Empis livida), long-nosed weevil (Rhinotia hemistictus), sesorok (Gryllotalpa brachyptera), penyengat Jerman (Vespula germanica), emperor gum moth (Opodiphthera eucalypti), kepinding pembunuh (Harpactorinae) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | Insecta |
Subkelas dan kelas | |
Serangga (Jawi: سرڠݢ ) ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropoda. Spesies-spesies serangga mempunyai ciri utama kulit rangka di luar tubuh yang keras dan berkitin, badan dibahagikan kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen, tiga pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks, biji-biji mata majmuk, dan sepasang sesungut. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.
Serangga ialah kelompok haiwan paling berbagai-bagai termasuk lebih sejuta spesies dicatatkan dan mewakili lebih separuh organisma yang diketahui.[3][4] Jumlah spesies yang masih wujud dianggarkan sebanyak antara enam dan sepuluh juta;[3][5][6] lebih 90% haiwan di Bumi berpotensi daripada jenis serangga.[6][7]
Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.
Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung, 2,000 spesies mentadak, 20,000 spesies belalang, 170,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 spesies lalat, 82,000 spesies pianggang, 350,000 spesies kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama kelas Insecta berasal daripada perkataan Latin: insectum , yang bermaksud "berbadan yang ditakukkan atau dibahagikan", atau "dipotong kepada" daripada partisipel pasif sempurna mufrad neuter insectare , "dipotong kepada, dipotong-potong", daripada in- "kepada" dan secare daripada seco "dipotong";[8][9] kerana badan serangga tampak "dipotong kepada" tiga bahagian.
Perkataan bahasa Latin tersebut diperkenalkan Plinius yang Tua yang menterjemahkan maksud perkataan ἔντομον éntomon "serangga" (dalam perkataan "entomologi") daripada ἔντομος éntomos "dibahagi-bahagikan" atau "dikerat-kerat";[10] éntomon merupakan istilah Aristoteles untuk kelas hidupan ini kerana badan serangga yang "bertakuk".[8]
Kaitan dengan arthropoda lain
[sunting | sunting sumber]Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam kelas serangga) dibezakan dengan semua artropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) bahagian badan abdomen). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, seperti lipan, gonggok, kalajengking dan labah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua artropoda) rangka luar yang bersambung-sambung.
Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrum, labium dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki organ dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.
Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Kesemua serangga adalah tergolong dalam phylum Arthropoda iaitu sama phylum dengan lipan, ulat gonggok, kala jengking, labah-labah dan sebagainya. Serangga dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Apterygota dan Pterygota. Apterygota ialah serangga yang tidak mempunyai sayap manakala Pterygota adalah serangga bersayap.
Antara class bagi serangga atau insecta ini termasuk:
- Subclass : Apterygota (serangga tidak bersayap)
- Order : Thysanura - Silverfish
- Order : Collembola - Springtail
- Subclass : Pterygota (serangga bersayap)
- Order : Odonata
- Pepatung / Sibur-sibur (Dragonfly) - Family : Anisoptera
- Pepatung jarum (Damselfly) - Family : Zygoptera
- Order : Orthoptera
- Belalang (Grasshopper) - Family : Acrididae
- Belalang pelesit (Katydid) - Family : Tettigoniidae
- Cengkerik (Criket) - Family : Gryllidae
- Sesorok (Mole cricket) - Family : Gryllotalpidae
- Order : Hemiptera
- Order : Homoptera
- Riang-riang (Cicada)
- Bena perang (Planthopper)
- Lelompat daun / Lelompat pokok (Leafhopper)
- Afid (Aphid)
- Order : Coleoptera
- Kelip-kelip (Firefly)
- Kumbang Kura-Kura (Ladybird)
- Kumbang rusa (Stag beetle))
- Kumbang tanduk (Atlas beetle)
- Kumbang badak (Rhinoceros beetle)
- Order : Lepidoptera
- Order : Diptera
- Nyamuk (Mosquito) - Family : Culicidae
- Lalat (Housefly)
- Lalat bunga (Hoverfly)
- Lalat buah
- Bari-bari
- Order : Isoptera
- Anai-anai (Termite)
- Order : Hymenoptera
- Lebah (Bee) - Family : Apidae
- Semut (Ant) - Family : Formicidae
- Tebuan (Hornet) - Family : Vespidae
- Tebuan kayu (Horntail) - Family : Siricidae
- Penyengat (Wasp) - Family : Chrysididae
- Angkut-angkut (Potter wasp) - Family : Eumenidae
- Order : Mantodea
- Mentadak (Praying mantis)
- Order Blattodea
- Lipas (Cockroach)
- Order : Phasmatodea
- Belalang ranting (Walking stick/moving leaf)
- Order : Dermaptera - Earwig
- Order : Ephemeroptera - Mayfly
- Order : Plecoptera - Stonefly
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Engel, Michael S.; Grimaldi, David A. (2004). "New light shed on the oldest insect". Nature. 427 (6975): 627–630. doi:10.1038/nature02291. PMID 14961119.
- ^ Rice, C. M., Ashcroft, W. A., Batten, D. J., Boyce, A. J., Caulfield, J. B. D., Fallick, A. E., Hole, M. J., Jones, E., Pearson, M. J., Rogers, G., Saxton, J. M., Stuart, F. M., Trewin, N. H. & Turner, G. (1995). "A Devonian auriferous hot spring system, Rhynie, Scotland". Journal of the Geological Society, London. 152: 229–250. doi:10.1144/gsjgs.152.2.0229.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Chapman, A. D. (2006). Numbers of living species in Australia and the World. Canberra: Australian Biological Resources Study. ISBN 978-0-642-56850-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2012.
- ^ Wilson, E. O. "Threats to Global Diversity". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2015. Dicapai pada 17 Mei 2009.
- ^ Novotny, Lukas; Basset; Miller, Scott E.; Weiblen, George D.; Bremer, Birgitta; Cizek; Drozd, Pavel (2002). "Low host specificity of herbivorous insects in a tropical forest". Nature. 416 (6883): 841–844. Bibcode:2002Natur.416..841N. doi:10.1038/416841a. PMID 11976681. S2CID 74583. More than one of
|first1=
dan|first=
specified (bantuan) - ^ a b Erwin, Terry L. (1997). Biodiversity at its utmost: Tropical Forest Beetles (PDF). m/s. 27–40. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 November 2018. Dicapai pada 1 November 2017. Dalam: Reaka-Kudla, M.L.; Wilson, D. E.; Wilson, E. O., penyunting (1997). Biodiversity II. Joseph Henry Press, Washington, D.C. ISBN 9780309052276.
- ^ Erwin, Terry L. (1982). "Tropical forests: their richness in Coleoptera and other arthropod species" (PDF). The Coleopterists Bulletin. 36: 74–75. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ a b Harper, Douglas; McCormack, Dan (November 2001). "Online Etymological Dictionary". LogoBee.com. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2012. Dicapai pada 1 November 2011.
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "insĕco". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ἔντομος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Melayu) Mengendali sengatan serangga pada kanak-kanak.
- (Melayu) Bahaya racun serangga.