Institut Negara-Negara Asia dan Afrika
Институт стран Азии и Африки МГУ | |
Jenis | Fakulti Universiti Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 24.4.1956 |
Lokasi | , |
Penggabungan | Universiti Negara Moscow bernama M.V. Lomonosov |
Laman sesawang | http://iaas.msu.ru/index.php/ru/ |
Institut Negara-Negara Asia dan Afrika (Rusia: Институт стран Азии и Африки при МГУ ) adalah sebuah fakulti Universiti Negara Moscow di Rusia yang didirikan pada 24 April tahun 1956 di Moscow. Ia mengambil alih kajian Timur dari Fakulti Sastera dan Fakulti Sejarah, dan sampai tahun 1972 ia dikenal dengan nama Institut Bahasa-Bahasa Timur. Institut ini pernah diketuai oleh pakar kaji Timur Rusia yang ternama, antara lain Smirnov N. A. (1956-1958), Kovalev A. A. (1958-1975), Akhramovich R. T. (1975-1989), Meliksetov A. V. (1989-1994), Meier M. S. (1994-2012).
Sekarang ini bahasa-bahasa Timur yang diajarkan di institut ini adalah bahasa Cina, Jepun, Indonesia, Korea, Vietnam, Mongolia, Thai, Burma, Filipino, Farsi, Pushtu, Arab, Turki, Ibrani, Hindi, Urdu, Dari, Khmer, Melayu) dan beberapa bahasa Afrika (Swahili, Hausa, Amkhar, Afrikaans).