(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Jahanara Begum - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Jahanara Begum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jahanara Begum
Shahzadi dari Empayar Mughal
Padshah Begum
Keputeraan23 Mac 1614[1]
Ajmer, Rajasthan, India
Kemangkatan16 September 1681(1681-09-16) (umur 67)
Delhi, India
PemakamanNizamuddin Dargah, Delhi
KerabatTimurid
AyahandaShah Jahan
BondaMumtaz Mahal
AgamaIslam

Jahanara Begum (23 Mac 1614 – 16 September 1681) ialah seorang puteri Mughal dan Padshah Begum dari Empayar Mughal antara 1631 hingga 1681. Beliau merupakan puteri sulung kepada Maharaja Shah Jahan dan isterinya, Mumtaz Mahal.[2] Sering disebut sebagai Begum Sahib (Puteri dari para Puteri), beliau merupakan kakak Dara Shikoh dan Maharaja Aurangzeb.

Beliau merupakan anak kesayangan dari kesemua putera-puteri Maharaja Shah Jahan. Jahanara telah menerima pendidikan yang baik dan menjadi seorang puteri yang bijaksana, cerdas serta berketerampilan terutamanya dalam hal ehwal politik walaupun usianya masih belasan tahun. Selepas kemangkatan Mumtaz Mahal ketika melahirkan anak bongsunya pada tahun 1631, Jahanara telah diberi autoriti oleh sang ayahandanya Shah Jahan memegang cap mohor Diraja atau Farman serta memimpin Harem Diraja Mughal dengan diberikan gelaran tertinggi "Padshah Begum" dan menjadi puteri dan sekaligus permaisuri di empayar Mughal ketika usia baru 17 tahun walaupun ketika itu Shah Jahan mempunyai 3 isteri yang lain.

Jahanara telah mencapai kekuasaan dan pengaruh politik yang besar sepanjang pemerintahan ayahandanya dan dinukilkan sebagai wanita yang paling berpengaruh di empayar.



  • Eraly, Abraham (2004). The Mughal Throne (paperback) (ed. First). London: Phoenix. m/s. 555 pages. ISBN 978-0-7538-1758-2.
  • Preston, Diana & Michael (2007). A Teardrop on the Cheek of Time (Hardback) (ed. First). London: Doubleday. m/s. 354 pages. ISBN 978-0-385-60947-0.
  • Lasky, Kathryn (2002). The Royal Diaries: Jahanara, Princess Of Princesses (Hardback) (ed. First). New York: Scholastic Corporation. m/s. 186 pages. ISBN 978-0439223508.
  1. ^ Lal, K.S. (1988). The Mughal harem. New Delhi: Aditya Prakashan. m/s. 90. ISBN 9788185179032.
  2. ^ "Begum, Jahan Ara (1613-1683)". Web.archive.org. 2009-04-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2009. Dicapai pada 2016-01-11.