(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Jailani Johari - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Jailani Johari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Hormat Dato' Sri Haji
Jailani Johari
SSAP (Pahang); DSMZ (Terengganu), DIMP (Pahang)
Jailani Johari (2016)
Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia mewakili pihak swasta
Menyandang jawatan
2023
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik)
Dalam jawatan
2023–2026
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Ahmad Shabery Cheek (2013-2015)
Salleh Said Keruak (2015-2018)
Didahului oleh Joseph Salang Gandum
Maglin Dennis D'Cruz
Digantikan oleh Eddin Syazlee Shith
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Hulu Terengganu
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Mohd Nor Othman
Digantikan oleh Rosol Wahid
Majoriti8,213 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1965-08-02) 2 Ogos 1965 (umur 59)
Ajil, Terengganu
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
KediamanHulu Kelang, Ampang Jaya, Selangor
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanPeguam

Yang Hormat Dato' Sri Haji Jailani bin Johari (lahir 2 Ogos 1965) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu selama sepenggal (2013-2018). Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik).

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu
  • Universiti Malaya di dalam jurusan Undang – Undang. Memperolehi ijazah LLB (Hons) Universiti Malaya.[perlu rujukan]

Beliau berkahwin dengan Datin Sri Siti Nurbiha Mohd. Bisharuddin[1] dan telah di kurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Amir Haziq, Arif Danial, Adriana Batrisyia, Amira Sofea dan Adiba Marsya.[perlu rujukan]

Tugas di SKMM

[sunting | sunting sumber]

Ketua Pegawai Kawalselia Industri di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Jun 2010 – 2013

Peranan Utama Bertanggungjawab kepada halatuju pembangunan industri melalui kawalselia yang rapi selaras dengan objektif kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.


Tanggungjawab Utama

  • Perancangan & Pembangunan Strategi
  • Pengurusan Perhubungan industri
  • Pengurusan Operasi
  • Pengurusan & pembangunan anggota


Pencapaian

  • Mengetuai SKMM sebagai ketua delegasi di Kongres UPU di Doha bertemakan “New World, New Strategy” telah diadakan dari 24 September hingga 15 Oktober 2012. [perlu rujukan]
  • Melalui pengundian yang dijalankan, Malaysia telah berjaya terpilih menganggotai ahli Postal Operations Council (POC) untuk tempoh empat tahun (2013-2016) yang terdiri daripada 40 buah negara sahaja. Pada pengundian tersebut, Malaysia telah menerima 105 undi berbanding 76 undi yang di terima di Kongres Geneva pada tahun 2008 (peningkatan sebanyak 38%).[perlu rujukan]
  • Bagi rantau ASEAN, Thailand dan Indonesia turut terpilih bersama Malaysia manakala Singapura pula gagal terpilih di dalam penggundian tersebut. [perlu rujukan]
  • Peranan aktif Malaysia di dalam UPU telah membolehkan Malaysia menerajui beberapa Jawatankuasa dan Kumpulan Kerja POC. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Fizikal (surat dan bungkusan) dan Pengerusi Kumpulan Kerja Remunerasi Perkhidmatan Bungkusan Antarabangsa. Sebagai Timbalan Pengerusi di peringkat Jawatankuasa, Malaysia juga turut menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan POC.[perlu rujukan]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Hulu Terengganu Jailani Johari BN (UMNO) 31,940 Kamaruzaman Abdullah PAS 23,727 8,213

Dewan Undangan Negeri Terengganu

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Ajil Jailani Johari BN (UMO) 6,104 Maliaman Kassim PN (PAS) 12,362 6,258