Jokpyeon
Jokpyeon | |
---|---|
Hangul | 족편 |
Hanja | |
Perumian Semakan | jokpyeon |
McCune–Reischauer | chokp'yŏn |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Jokpyeon ialah masakan Korea tradisional berupa jeli dan dimakan semasa Seollal (Tahun Baru Korea) di seluruh Korea.[1] Ia dibuat dengan merebus organ atau daging yang liat dengan kolagen, seperti telapuk, tengkorak, dan kulit lembu, untuk masa yang lama.[2] Keting dan tendon boleh ditambah ke dalam makanan sebagai bahan tambahan untuk menyerlahkan rasa.[3] Semasa merebus, kolagen menjadi cairan gelatin seperti bubur. Selepas ditapis, ia dicurah ke dalam bekas petak dan dibiarkan mengeras di tempat yang sejuk.[2] Jokpyeon dipotong dan disaji dengan sos pencicah seperti choganjang (diperbuat daripada sos soya dan cuka) atau saujeotguk (ekstrak daripada saujeot, udang jeruk masin).[3]
Masakan hidangan ini banyak bergantung kepada telapuk lembu, yang namanya muncul daripadanya iaitu jok (족,
Kepelbagaian
[sunting | sunting sumber]- Jokjanggwa (족장과), diperbuat dengan kaedah sama seperti jokpyeon, tetapi dikeraskan degan penambahan sos soya dan telur rebus.
- Yongbong jokpyeon (용봉족편), diperbuat daripada telapuk lembuh dan kuang bayas dengan cara yang sama seperti jokpyeon[4][5]
- Jokchae (족채)[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Muk (makanan)
- Jokbal
- Jokchae, jokpyeon dan sayuran yang dicarik
- Pyeonyuk, daging lembu himpit
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pyeonyuk, jokpyeon (편육, 족편)" (dalam bahasa Korean). ytrt.cn. 2008-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2008-05-17.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Kinds of Korean Food". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2008-05-17.
- ^ a b 족편
足 ─ (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2008-05-17.CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ [1]
- ^ 용봉족편 (dalam bahasa Korean). RDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2013-04-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-10. Dicapai pada 2015-04-06.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Korea) Byeolmi jokpyeon (별미족편)[pautan mati kekal] at the Andong Cultural Resource Portal
- (Korea) 양각도호텔에서 만난 소발통묵(찜) at the Toilnews.com