(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Kabinet Indonesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Kabinet Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabinet Republik Indonesia
Penyandang: Kabinet Merah Putih

Kabinet Merah Putih (2024)
Intisari agensi
DibentukSeptember 2, 1945
(79 tahun yang lalu)
 (1945-09-02)
JenisKabinet
Ibu pejabatSekretariat Kabinet, Jakarta
Eksekutif kabinet
Dokumen penting
Laman sesawang
www.setkab.go.id

Kabinet Republik Indonesia ialah badan eksekutif pemerintah Indonesia. Kabinet terdiri daripada menteri dan penjawat lain yang dilantik atau diberhentikan oleh Presiden Indonesia. Anggota kabinet berfungsi sebagai penjawat yang membantu presiden dalam melaksanakan tugas.

Indonesia telah mempunyai puluhan kabinet sejak proklamasi kemerdekaan Indonesia tahun 1945. Ketika Soekarno menjadi presiden, tempoh jawatan kabinet tidak tetap dan banyak berlaku rombakan kabinet. Sejak era Orde Baru, hampir semua tempoh jawatan kabinet menjalankan tugas selama lima tahun, mengikut tempoh jawatan Presiden Indonesia. Kebiasaannya, kabinet diberikan nama tertentu semasa awal pembentukannya. Kabinet terkini dinamakan sebagai Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]

Kabinet Indonesia semasa ialah Kabinet Merah Putih yang diketuai oleh Presiden Prabowo Subianto, dibantu oleh Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka. Kabinet ini dibentuk sejak 21 Oktober 2024.[1] Untuk perincian pergantian penjawat yang pernah menyertai kabinet ini, lihat rencana utama.

Menteri Penyelaras

[sunting | sunting sumber]
Portfolio Penyandang Parti Mula menjawat
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Budi Gunawan Bebas 21 Oktober 2024
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Undang-undang, Hak Asasi Manusia, Imigresen dan Pengurusan Penjara Yusril Ihza Mahendra Bebas
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto Golkar
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah Agus Harimurti Yudhoyono Demokrat
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Pembangunan Insan dan Kebudayaan Pratikno Bebas
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Pemerkasaan Masyarakat Muhaimin Iskandar PKB
Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Pangan Zulkifli Hasan PAN
Portfolio Penyandang Parti Mula menjawat
Menteri Sekretariat Negara Prasetyo Hadi Gerindra 21 Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian Bebas
Menteri Luar Negeri Sugiono Gerindra
Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin Bebas
Menteri Undang-Undang Supratman Andi Agtas Gerindra
Menteri Hak Asasi Manusia Natalius Pigai Bebas
Menteri Imigresen dan Pengurusan Penjara Agus Andrianto Bebas
Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati Bebas
Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia Golkar
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita Golkar
Menteri Perdagangan Budi Santoso Bebas
Menteri Pertanian Amran Sulaiman Bebas
Menteri Alam Sekitar Hanif Faisol Nurofiq Bebas
Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni PSI
Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi Bebas
Menteri Hal Ehwal Laut dan Perikanan Sakti Wahyu Trenggono Bebas
Menteri Sumber Manusia Yassierli Bebas
Menteri Perlindungan Pekerja Migran Abdul Kadir Karding PKB
Menteri Penduduk dan Pembangunan Keluarga Wihaji Golkar
Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Kawasan Tercicir Yandri Susanto PAN
Menteri Transmigrasi Iftitah Sulaiman Suryanagara Demokrat
Menteri Kerja Raya Dody Hanggodo Demokrat
Menteri Perumahan dan Kawasan Kediaman Maruarar Sirait Gerindra
Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin Bebas
Menteri Pendidikan Rendah dan Menengah Abdul Mu'ti Bebas
Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Satryo Soemantri Brodjonegoro Bebas
Menteri Kebudayaan Fadli Zon Gerindra
Menteri Hal Ehwal Masyarakat Saifullah Yusuf PKB
Menteri Agama Nasaruddin Umar Bebas
Menteri Pelancongan Widiyanti Putri Bebas
Menteri Ekonomi Kreatif Teuku Riefky Harsya Demokrat
Menteri Komunikasi dan Digital Meutya Hafid Golkar
Menteri Koperasi Budi Arie Setiadi Bebas
Menteri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Maman Abdurrahman Golkar
Menteri Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Arifah Choiri Fauzi Bebas
Menteri Penggunaan Sumber Negara dan Reformasi Birokrasi Rini Widyantini Bebas
Menteri Perancangan Pembangunan Negara Rachmat Pambudy Gerindra
Menteri Agraria dan Pengurusan Ruang Nusron Wahid Golkar
Menteri Perusahaan Milik Negara Erick Thohir Bebas
Menteri Belia dan Sukan Dito Ariotedjo Golkar
Menteri Pelaburan dan Industri Hiliran Rosan Roeslani Bebas
Menteri Penduduk dan Pembangunan Keluarga Wihaji Golkar
  1. ^ Fikri Nurul Ulya; Dani Prabowo (2024-10-21). "Prabowo Lantik 48 Menteri dan 5 Kepala Lembaga Kabinet Merah Putih". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-10-21.