Kampung Raja
کامڤوڠ راج
Kampung Raja کاڤوڠ غاجو Kapong Ghajo | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1] | |
Lagu: Negaraku | |
Country | Malaysia |
Wilayah/Provinsi | Terengganu |
Daerah | Besut |
Mukim | Mukim Kampung Raja |
Kampung | Kampung Raja |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Lokasi Kampung Raja di Peta Google |
Kampung Raja (bahasa Melayu Besut: Kapong Ghajo) juga dikenali sebagai Kota Putera merupakan sebuah bandar yang terletak dalam Mukim Kampung Raja, Daerah Besut, negeri Terengganu. Bandar ini merupakan ibu kota Daerah Besut. Kampung Raja merupakan salah sebuah mukim di daerah Besut dan merupakan pusat pentadbiran di situ. Pada suatu masa dahulu, Kampung Raja merupakan perkampungan raja. Terdapat istana yang dibina di situ sebelum dipindahkan ke Muzium Kuala Terengganu. Pada masa kini, hanya istana lama yang tinggal di Kampung Raja yang dipanggil Istana Tengku Long manakala di tepi sungai Besut terdapat sebuah penempatan penduduk yang dikenali sebagai Kampung Lama terletak di dalam Bandar Kampung Raja.[perlu rujukan]
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]Di Bandar Kampung Raja teletaknya beberapa buah Pejabat Kerajaan iaitu Bangunan Persekutuan Daerah Besut, Pejabat Majlis Daerah Besut, Pejabat Agama Daerah Besut dan banyak lagi.
Di hari Isnin 10 Disember 1962, sebuah pejabat pos yang berharga RM 45,000 telah dirasmikan oleh Dato' Ibrahim Fikri selaku Menteri Besar Terengganu.[2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra[3]
- Maktab Rendah Sains MARA Besut
- IPGM Sultan Mizan
- Politeknik Besut
- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
- Institut Kemahiran MARA
- SM Imtiaz Besut
- SMA Maarif
- SMK Tengku Mahmud
Tempat beribadat
[sunting | sunting sumber]- Masjid Sultan Nasiruddin Syah merupakan masjid utama dan terbesar di mukim kampung raja.
Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di adalah 22200.
N 02 Kota Putera
[sunting | sunting sumber]Kota Putera ialah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu yang dalam Parlimen Besut,Terengganu,Malaysia,Adun Kota Putera sejak PRU 14 ialah YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dari PAS.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
- ^ "Pejabat pos baru". Berita Harian Singapura (diterbitkan 12 Disember 1962). 10 Disember 1962. Dicapai pada 13 November 2024 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-27. Dicapai pada 2018-05-26.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Lokasi Kampung Raja di Peta Google
- Besut dalam lipatan sejarah. Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine
- Sejarah Besut
- http://www.penerangan.gov.my/terengganu/index.php/galeri/foto-program-jabatan/151-info-k1m-kampung-raja Diarkibkan 2018-05-27 di Wayback Machine INFO K1M KAMPUNG RAJA.]