(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Kokurikulum - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Kokurikulum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

  1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
  2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
  3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
  4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan