(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Def-Gab-C - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Def-Gab-C

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Def Geb C)
Def-Gab-C
Berasal dariMalaysiaMalaysia
GenreHard rock, Rock punk[1], Emo[2]
PekerjaanVokal / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
MVM & Universal Music (M)
Pengkarya berkait
Zul Adnan Mohd Razali, M. Nasir, Abdul Zamin bin Abdul Kadir
Laman sesawang
Def Gab C
AhliAsheed (Vokal)
Jemboo (Gitar)
Eddie (Bass)
Atong (Drum)
Bekas ahliCha'a (Gitar)
Nizam (Bass)
Lee Space (Drum)
Ajak Melissa (Bass)


Kumpulan DeF-Gab-C merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang bernuansa hard rock dengan sentuhan punk, emo/gothic dan pop rock.

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

Permulaan kumpulan ini ditubuhkan oleh Oney dan Ajak Melissa. Ketika itu setelah Oney keluar dari Kumpulan Lipan Bara beliau berhasrat bersama Ajak Melissa untuk menubuhkan band. Permulaan awal ahli ketika sesi latihan mereka iaitu Oney, Ajak , Jemboo dan Lee Space. Setelah beberapa bulan sesi latihan bersama Oney mendapat pujukkan dari Kumpulan May untuk membantu mereka dalam satu Album dan beliau terpaksa berundur diri bagi membantu May dalam menjadi penyanyi untuk album Penaklukan dan tempat beliau digantikan Asheed. Dan ketika hampir ke sesi rakaman Ajak juga terpaksa mengundur diri atas sebab kekangan yg dialami beliau dan untuk rakaman album pertama Bass disession oleh Akin Jinbara (Tropika ketika itu)

Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an. JS Kevin bersama Joe Wings merupakan antara individu terawal membantu meluncurkan kumpulan ini ke persada arus perdana setelah sebahagian mereka pernah bersama beberapa kumpulan rock mediocre pada awal 1990an. Hanya pada 1997 kumpulan ini berjaya merakamkan album sulung mereka sendiri yang berjudul Citarasa. Album sulung Def-Gab-C ini menampilkan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan sebahagian lirik dalam bahasa Melayu ditulis oleh Bob Lokman. Single Ibukota Cinta meletakkan nama kumpulan ini sebaris dengan kumpulan hard rock sedia ada dalam waktu yang singkat.

Kemuncak Populariti

[sunting | sunting sumber]

Kelahiran album Skala pada lewat tahun 1999 seterusnya meletakkan nama Def-Gab-C ke tahap yang lebih baik lagi. Lagu Cinta Sakti yang dicipta oleh M. Nasir berjaya menawan hati pendengar sehingga pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Senario sebagai lagu Cinta Sate.

Kejayaan sebenar muncul menerusi album ketiga yang berjudul Remifasolatido yang menampilkan hits nombor 1 di majoriti carta muzik iaitu Marilah Maria ciptaan JS Kevin dan juga Aku dan Kamu ciptaan Andi Rahman. Lagu Marilah Maria membawa pulang trofi "Lagu Rock Terbaik" di Anugerah Era 2000 dan juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2001 untuk kategori Pop Rock. Album ini berjaya mengukuhkan nama kumpulan ini dalam waktu singkat hingga meraih trofi di Anugerah Industri Muzik ke-8 pada tahun 2002 untuk kategori Album Rock Terbaik. Tidak hanya berjaya di Malaysia, kumpulan ini juga menempa nama di rantau Nusantara, terutama Indonesia. Album ini disifatkan sebagai album paling sukses dalam kerjaya kumpulan rock ini.

Menyusul selepas itu ialah album Merah: Retrospektif Perspektif yang menyambung legasi hits terhebat kumpulan ini menerusi lagu Merah dan Arigato. Menerusi lagu Terbang, kumpulan ini berkolaborasi bersama kugiran terkenal Indonesia iaitu The Fly.

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Dianggotai oleh Asheed, Eddie dan pemain drum terbaru mereka iaitu Atong yang pernah menganggotai salah sebuah kumpulan underground di Malaysia dan Cha'a sebagai pemain guitar yang pernah menganggotai kumpulan Rampage dan Flop Poppy. Asheed merupakan vokalis yang popular di Malaysia dan hanya segelintir artis yang dikenali kerana "attitude" yang tersendiri di atas pentas. Persembahan Asheed dengan gaya rambut berwarna warni serta gerak tubuh yang agak pelik menjadi signature kumpulan ini. Asheed pernah menyertai pertandingan realiti Sehati Berdansa pada tahun 2008.

Anggota semasa :-

  • Asheed - Vocal (1997-present)
  • Jemboo - Guitar (1997-2006) (2018-present)
  • Apies - Guitar (1999-present)
  • Epyn - Bass (2018-present)
  • Ary - Keyboard (2019-present)
  • Atong - Drum (2004-present)
  • Nu'man "Mey" Budak Pandai - Backup Vocal (1999-present)

Bekas anggota :

  • Cha'a - Guitar (2011-2012)
  • Nizam - Bass (1997)
  • Eddie - Bass (1998-2012)
  • Lee Space - Drum (1997-1998, 1999 -2003)
  • Lan Mohican - Drum (1998) 'tiada album'

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]

Citarasa (1997)

[sunting | sunting sumber]

Skala (1999)

[sunting | sunting sumber]

Ranjau Kasturi (2000)

[sunting | sunting sumber]

Merah: Retrospektif Prospektif (2002)

[sunting | sunting sumber]

Raw (2004)

[sunting | sunting sumber]

RWD0106 (2006)

[sunting | sunting sumber]

Neolithic (2011)

[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  • The Best of Def-Gab-C (2006)
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1997 "Change Your Life" Citarasa
"Ibukota Cinta"
1998 "Tak Sanggup Lagi"
"Konsentrasi Yang Hilang"
"Maniq Kayangan"
1999 "Cinta Sakti" Skala
"Apakah Ilusi"
2000 "Ranjau Kasturi" Ranjau Kasturi
"Untung Sua Sue Ke Morning"
2001 "Marilah Maria" Remifasolatido
"Melayu Tak Hilang Hilang"
"Suara Nada Rindu"
"Aku dan Kamu"
2002 "Merah" Merah: Retrospektif Perspektif
"Arigato"
2003 "Terbang"
bersama kumpulan The Fly
2004 "Ampunkan Aku" Raw
"Hiasan Kiasan"
2005 "Janjiku Pada Bulan"
2006 "Perjalanan Misteri" The Best of Def-Gab-C
"Funky Disko" RWD0106
"Pelangi Petang"
2007 "Asyik"
"Risalah Hati"
2011 "Cinta Di Mana" Neolithic
"Rinai"
2012 "Walaupun"
"Suara Hati"

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]

Cita Rasa (1997)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : Joe Wings

  • Tak Sanggup Lagi
  • Ini Harapanku
  • Change Your Life
  • Cita Rasa
  • Huru Hara ( Api Dalam Sekam)
  • Kosentrasi Yang Hilang
  • Maniq Kayangan
  • Hasrat Dan Cita Cita
  • Di Umpan Mimpi
  • Ibu Kota Cinta
  • Story Of Wings

lineup:

   Asheed - vokal
   Jemboo - gitar
   Nizam - bass
   Lee Space - drum

Skala (1999)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : Joe Wings

  • Cinta Sakti
  • Ranjau Kasturi
  • Mengintai Langit
  • Aku Tidak Tahu
  • Apakah Ilusi
  • Bahan Bakar
  • Parasit
  • Sendiri Mau Ingat
  • Mulut Kita Masin
  • Angan Di Sebalik Renungan
  • Lagu Bonus (Ranjau Kasturi versi akustik)

lineup:

   Asheed - vokal
   Jemboo - gitar
   Eddie - bass
   Lee Space - drum

Penerbit: Joe Wings

  • Untung Sua Sue Ke Morning
  Asheed - vokal
  Jemboo - gitar
  Eddie - bass
  Lee Space - drum

Remifasolatido (2001)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : Joe Wings

  • Melayu Tak Hilang Hilang
  • Marilah Maria
  • Masih ada biru
  • Hide In Pain
  • Labu Labi
  • Ini Lagu Itu
  • Suara Nada Rindu
  • Aku Bukan Kamu
  • Aku dan Kamu
  • Siluman Keris
  • Remifasolatido
  Asheed - vokal
  Jemboo - gitar
  Eddie - bass
  Lee Space - drum

Merah (2002)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : DEF GAB C dan Edrie Hashim

  • Merah
  • Terbang
  • Arigato
  • Cinta Sakti
  • Ini Lagu Itu
  • Apakah Ilusi
  • Melayu Tak Hilang-Hilang
  • Marilah Maria Masterpiece
  • Konsentrasi Yang Hilang
  • Maniq Kayangan
  • Ibu Kota Cinta
  • Aku Dan Kamu
  • Tak Sanggup Lagi
  • Retrospektif (medley)
  Asheed - vokal
  Jemboo - gitar
  Eddie - bass
  Lee Space - drum

Raw (2004)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : DEF GAB C dan Edrie Hashim

  • Phd (perasaan hasad dengki)
  • Syukur segala
  • Ampunkan aku
  • Hero terlarang
  • Lara arjuna
  • Pling plang pleng
  • Hiasan kiasan
  • Panah asmara
  • Realiti dan hipokrasi
  • Janjiku pada bulan
  Asheed - vokal
  Jemboo - gitar
  Eddie - bass
  Atong - drum
  Lagu Lara arjuna di nyanyikan oleh Jemboo

RWD0106 (2006)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : DEF GAB C Album langsung (live) pertama.

  • Risalah Hati (New Song)
  • Pelangi Petang
  • Berjuta waktu
  • Asyik (New Song)
  • Kenangan Mengusik Jiwa
  • Lina
  • Funky Disco (New Song)
  • Akan Ku Kenang
  Asheed - vokal
  Jemboo - gitar
  Eddie - bass
  Atong - drum

The Best Of Def Gab C (2006)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : DEF GAB C

  • Ibukota Cinta
  • Merah
  • Cinta Sakti
  • Tak Sanggup Lagi
  • Arigato
  • Apakah Ilusi
  • Marilah Maria
  • Hiasan Kiasan
  • Suara Nada Rindu
  • Janjiku Pada Bulan
  • Aku Bukan Kamu
  • Melayu Tak Hilang Hilang
  • Ampunkan Aku
  • Terbang
  • Ini Lagu Itu
  • Perjalanan Misteri
  Asheed - vokal
  Jemboo - gitar
  Eddie - bass
  Lee Space - drum

NEOLITHIC (2011)

[sunting | sunting sumber]

Penerbit : DEF GAB C

  • Kurniaan
  • Cinta Di Mana
  • Walaupun
  • Rinai
  • Merah ( Re-Recorded )
  • Cinta Sakti ( Re-Recorded )
  • Suara Hati
  • Marilah Maria ( Re-Recorded )
  • Ibu Kota Cinta ( Re-Recorded )
  • Tunggu Aku

lineup:

   Asheed - vokal
   Cha'a - gitar
   Epyn - bass
   Atong - drum

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Anugerah Kumpulan rock terbaik dalam Anugerah Ceria Media Hiburan
  • Album Rock Terbaik AIM 2002.
  • Lagu Rock Pilihan - Anugerah Era 2000
  1. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (7 January 2020). "Def Gab C ingin kembali". Harian Metro.
  2. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (7 January 2020). "Def Gab C ingin kembali". Harian Metro.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]