(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Lari Mira - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Lari Mira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lari Mira
GenreDrama, misteri, konflik
Ditulis olehSofea J. Rhyland
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
Indonesia
BahasaMelayu
Indonesia
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifBasree Rakijan
Rizal Alafiz Sarugi
PenerbitMohd Feroz Abd Kader
Mohd Rafiq Abd Kader
Mohd Iskandar Abd Kader
Abdul Kalam Pakkir Mohamed
PenyuntingNoor Idayu Habib
SinematografiMohd Izham
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Frontrow Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal9 September 2015 – 22 Oktober 2015

Lari Mira ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Mohd Feroz Abd Kader, dengan skrip oleh Sofea J. Rhyland terbitan Frontrow Pictures.[1] Ia dibintangi oleh Nina Iskandar (Brunei), Nazrief Nazri (Malaysia) dan Erlandho Saputra (Indonesia). Siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 9 September 2015 hingga 22 Oktober 2015 menggantikan Mak Cun.[2]

Mira sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman tetapi ibunya, Indah mahukan konsep yang berbeza iaitu tradisional Acheh. Tanpa pengetahuan Mira, ibunya telah memulakan persiapan mereka sekeluarga ke Acheh. Mira marah dan merajuk dengan ibunya.

Pada masa yang sama, Mira bergaduh dengan tunangnya Yusof kerana mendapati Yusof masih berhubung dengan bekas kekasihnya. Mira bertolak ke Banda Acheh tanpa mendengar penjelasan daripada Yusof. Majlis perkahwinan di Acheh bertukar menjadi tragedi apabila dilanda Tsunami. Selepas sedar diri, Mira mendapati dirinya ditimbun dalam runtuhan bangunan. Mira bersendirian di lokasi yang dia tidak ketahui. Apa yang dilihat di sekelilingnya hanyalah mayat dan lumpur.

Dalam keadaan yang tidak tentu arah, Mira didatangi oleh Rio yang berpakaian baju seragam penyelamat. Mira dibawa ke sebuah pusat untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan ke suatu tempat yang terpencil, Mira berasa pelik kerana dibawa jauh dari Banda Acheh. Namun, disebabkan keletihan dan kecederaannya, dia tidak banyak bertanya. Mira berkenalan dengan Muthia yang juga berada di dalam van yang dinaikinya.

Sementara itu, Yusof tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Acheh mencari Mira walaupun dihalang oleh keluarganya. Setibanya dia di sana, dia bertemu dengan Dr Zuli dan menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara supaya lebih mudah mendapatkan maklumat tentang Mira. Pada suatu malam, Muthia terdengar perbualan Rio dengan seseorang bahawa ingin menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri bersama.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Airis Yasmin sebagai Dr. Zuli
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Cut Indah
  • Umbu Abdullah sebagai Rio
  • Maida Januar sebagai Cut Khamalia
  • Shinta Miranda Sultan sebagai Cut Mutia
  • Cut Okta sebagai Cut Shuhada
  • Djamal Sharif sebagai Anton
  • Muhammad Iehram sebagai Alex
  • Alwin sebagai Mujid
  • Tengku Yanuarsyah sebagai Jalaluddin
  • Manan Sulaiman sebagai Mukhriz
  • Julia Farhana Marin sebagai Ika
  • Ika Simon sebagai Jiji
  • Jasmine Ashraff sebagai Kak Kay
  • Riki sebagai Handrix
  • Erul Samah sebagai Ilham
  1. ^ Drama bersiri Lari Mira Sensasi Selebriti (4 September 2015). Dicapai pada 4 September 2015.
  2. ^ Lari Mira, Drama Seri Tsunami Aceh di TV3 Malaysia Aceh Kita (17 September 2015). Dicapai pada 1 Oktober 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]