(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Lin Gengxin - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Lin Gengxin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lin Gengxin
Nama Cinaはやし更新こうしん
PinyinLín Gēngxīn (Mandarin)
Lahir (1988-02-13) 13 Februari 1988 (umur 36)
Shenyang, China
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009 - kini

Lin Gengxin (Cina: はやし更新こうしん), yang dilahirkan pada 13 Februari 1988 di Shenyang, Liaoning, China, ialah seorang pelakon China. Lin dikenali dengan wataknya dalam Scarlet Heart.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Lin Gengxin belajar di Shanghai Theatre Academy pada 2007. Semasa berada di kolej, Lin muncul dalam filem bajet rendah, rancangan TV, filem pendek dan iklan. Dia bekerja bersama pelakon-pelakon berpengalaman seperti Betty Sun dan Alex Fong.

Watak dalam Scarlet Heart

[sunting | sunting sumber]

Scarlet Heart ialah sebuah program TV yang berasaskan novel Tong Hua berjudul yang sama (2006). Ia pertama kali disiarkan di "Hunan TV" pada 10 September 2011. Lin memegang watak Putera ke-14 Yinti, seorang yang segar, bebas tanpa kerunsingan dan lemah-lembut yang bersedia mengorbankan dirinya untuk melindungi dan menyokong abang kelapannya. Lin memenangi anugerah festival drama Sohu bagi "pendatang baru lelaki terbaik". Scarlet Heart bukanlah rancangan TV pertama Lin tetapi pastinya menyebabkannya dikenali ramai dan memperoleh banyak peminat.

Filmografi

[sunting | sunting sumber]
Filem
Tahun Judul Judul Cina Watak Catatan
2009 The Blue Cornflower 蓝色车菊 Pengurus jualan
The Immemorial Magic 玩命 Tong Xing
2011 Royal Tramp
2013 Young Detective Dee: Rise of the Sea Dragon 狄仁杰之神都しんと龙王 Shatuo
2014 Just Another Margin 天仙てんせん Watak jemputan
2014 My Old Classmate どう桌的你 Lin Yi
2014 Black & White: The Dawn of Justice 痞子英雄えいゆう2 Chen Zhen
2014 The Taking of Tiger Mountain さとしとらやま Captain 203
2015 Jian Bing Man せんじ饼侠
2015 I Am Somebody
2015 Sword Master さんしょうじいてきけん
2016 The Great Wall 長城ちょうじょう
TV
Tahun Judul Judul Cina Watak Catatan
2011 Scarlet Heart 步步ほほ惊心 Yinti
2012 Xuan-Yuan Sword: Scar Of Sky 轩辕剑:てんあと Zhang Lie
Drama Go! Go! Go! あねあねりつせいこうまえはし Tong Shaotian
2013 Dancing Legend まい乐传 Putera Burma Shu Nanda
2015 Wu Shen Zhao Zi Long 武神ぶしん赵子龙 Zhao Zi Long

[1] [2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]