(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Modenas - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Modenas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Modenas (2024-kini)
Logo Modenas (1995-2024)

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya terletak di Gurun, Kedah, Malaysia.

Sejarah syarikat tersebut bermula pada tahun 1990-an. Selepas kejayaan syarikat automotif nasional PROTON, kerajaan telah merancang untuk melancarkan projek motosikal nasional. Modenas ditubuhkan pada 1995 dan majoriti sahamnya dipegang oleh Kawasaki, Nissho Iwai, Khazanah Holdings Berhad dan DRB-Hicom Berhad.

Secara umumnya, Modenas menghasilkan model motosikal bawah 250 cc. Kebanyakan modelnya terdiri daripada model skuter serta model motosikal moped (kapcai).

Kriss 110S

[sunting | sunting sumber]
Motosikal Modenas Kriss dengan enjin 4 lejang.
  • Kuasa kuda: 12.0 PS (6.6 kW) @ 12,500 rpm
  • Daya kilas: 9.3 N-m (0.95 kgf-m) @ 12,000 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara, kaburator aras tinggi, gransap jet 4M
  • Sesaran: 111 cc
  • Lubang x lejang: 59 x 64.6 mm
  • Nisbah mampatan: 9.0:1
  • Kapasiti tangki minyak: 5.3 L
  • Berat kering: Lebih kurang 100 kg
  • Transmisi: 4kelajuan dengan klac basah, auto mesin aras tinggi
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 160 km/j

Modenas Kriss adalah model pertama yang dilancarkan oleh Modenas pada tahun 1996. Ia mula dipaparkan kepada umum semasa perarakan Hari Kebangsaan pada tahun 1996 dan mula dikeluarkan pada akhir tahun tersebut. Model asal hanya menggunakan brek gelendong, tetapi pada tahun 1999 model brek cakera hadapan telah dilancarkan, dikenali sebagai Kriss 2 (atau Kriss 115 Sports di sesetengah negara). Digerakkan oleh enjin 111 cc yang dibangunkan oleh Kawasaki, Modenas Kriss menjadi model motosikal paling laris di Malaysia.

Satu lagi varian Kriss iaitu Kriss SG dilancarkan pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, tidak seperti varian Kriss yang lain, varian ini tidak begitu laris disebabkan oleh rekabentuknya yang agak ketinggalan zaman.

Semua varian Kriss menjalani perubahan kosmetik yang ketara pada tahun 2003 melibatkan lampu-lampu untuk memberi rekabentuk yang lebih baru dan lebih baik.

LEE MDF

Kriss 100

[sunting | sunting sumber]
  • Kuasa kuda: 5.0 kW (6.8 ps) at 7500rpm
  • Daya kilas: 6.7 Nm (0.69 kgf.m) at 5500rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 100 cc
  • Lubang x lejang: 55.0 x 49.5 mm
  • Nisbah mampatan: 9.0:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
  • Berat kering: 100 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 140 km/j

Kriss 120

[sunting | sunting sumber]
  • Kuasa kuda: 10.79 HP (7.3 kW) @ 8,500 rpm
  • Daya kilas: 17 N-m @ 12,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang dua silinder, sejukan udara, autojet mesin
  • Sesaran: 120 cc
  • Lubang x lejang: 57.0 x 50.6 mm
  • Nisbah mampatan: 9.8
  • Kapasiti tangki minyak: 4.37 L
  • Berat kering: 88 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 105 km/j

Kristar Krisstar

[sunting | sunting sumber]

Kristar adalah model terkini yang dilancarkan pada penghujung 1999. Modenas bercadang untuk menghasilkan model Kristar sebagai sebuah model serba baru setelah hampir sedekad pengeluaran model Kriss.

Walaupun Kristar menggunakan enjin yang sama seperti Kriss, Modenas mendakwa Kristar memiliki kadar penjimatan minyak yang lebih baik iaitu 53.95 km/L @ 110 km/j, berbanding Kriss dengan kadar penjimatan minya sebanyak 40 km/L @ 90 km/j. Peningkatan kadar penjimatan minyak adalah hasil daripada pemasangan tiub pernafasan tangki minyak yang disambung ke rongga masukan untuk pelepasan asap yang lebih bersih dan penjimatan minyak yang lebih baik.

Selain rekabentuk serba baru serta penjimatan minyak yang lebih baik, Kristar juga mempunyai ciri-ciri seperti ruang letak barang di bawah tempat duduk yang boleh dibuka dari slot kunci penyalaan, lampu hadapan berkembar, peredam gaya superbike yang bergaya serta sistem pengesan kerosakan lampu belakang yang didakwa oleh Modenas sebagai satu-satunya model yang dilengkapi dengan sistem tersebut.

  • Kuasa kuda: 9.63 HP @ 7,500 rpm
  • Daya kilas: 10.7 N-m @ 6,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 130 cc
  • Lubang x lejang: 53.0 x 59.1 mm
  • Nisbah mampatan: 10.1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.3 L
  • Kadar pembakaran minyak: 64.4 km/l @ 80km/h
  • Berat kering: 102 kg
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 140 km/j

TRANSFORMASI GENERASI TERKINI MODENAS
Pada Mac 2009, Modenas telah melancarkan motosikal model terbaru MODENAS GT 128 yang menampilkan satu transformasi dari segi rekabentuk yang berbeza dari model-model yang telah diperkenalkan sebelum ini. Motosikal ini menggunakan enjin 130cc yang dilengkapi teknologi Kawasaki. Projek model ini dinamakan P507, telah mula dibangunkan seawal tahun 2006 dan telah melalui ujian-ujian yang getir oleh jurutera-jurutera tempatan Modenas untuk meyakinkan lagi tahap kualiti dan kualiti rekabentuk. Berdasarkan ciri-ciri enjin yang tahan lasak dan menjimatkan petrol, model ini juga dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang untuk kuasa membrek yang lebih sempurna dan selamat, rim sukan (sport rim) untuk pengendalian motosikal yang lebih cekap dan kelihatan bergaya, panel paparan meter elektronik dengan penunjuk aras untuk petrol, keupayaan bateri dan minyak enjin. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Meter RPM beranalog dan Pengesan Posisi Pendikit Minyak Throttle Positioning Sensor (TPS) yang berupaya mengoptimumkan penggunaan bahan api serta lampu yang lebih terang. Ianya juga menampilkan empat corak warna menarik iaitu oren uranium, hijau kriptonia, silver (perak) titanium dan putih millenia serta grafik yang mampu menepati citarasa golongan yang mahukan ketrampilan sporty, berani dan berevolusikan generasi terkini.

Dinamik MID120Z

[sunting | sunting sumber]
  • Kuasa kuda: 16.8 HP @ 12,000 rpm
  • Daya kilas: 24.1 N-m @ 10,000 Id : Airyll67
  • Jenis enjin: 2 lejang dua silinder, sejukan udara, jetspin manual, kuasa kuda terkini
  • Sesaran: 120 cc
  • Lubang x lejang: 60 x 51.8 mm
  • Nisbah mampatan: 7.3:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4.6 L
  • Berat kering: 98 kg
  • Transmisi: Manual 6 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 180 km/j

Setelah bertahun-tahun hanya menghasilkan hanya motosikal berenjin 4 lejang, Modenas melancarkan model 2 lejang sulungnya, Dinamik bersama-sama dengan skuter Elit dan Ceria. Modenas mendakwa model ini melepasi piawaian emisi Euro 2 tanpa penggunaan pengubah bermangkin.

Model ini dibina oleh Modenas sebagai persediaan untuk menyertai kejuaraan Malaysian Cub Prix yang selama ini didominasi oleh mesin Yamaha. Semasa kejuaraan tersebut, Modenas menaikkan sesaran Dinamik kepada 125 cc untuk memperoleh lebih kuasa dan daya kilas.

Kerisma 150RR

[sunting | sunting sumber]
  • Kuasa kuda: 17.8 kW @ 12,500 rpm
  • Daya kilas: 9.3 N-m (0.95 kgf-m) @ 14,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 6 lejang tiga silinder, sejukan udara paksi x
  • Sesaran: 149.9 cc
  • Lubang x lejang: 60.5 x 90 mm
  • Nisbah mampatan: 9.2:9
  • Kapasiti tangki minyak: 9.5 L & minyak 4t diperlukan
  • Berat kering: 105 kg
  • Transmisi: CRZ
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 195 km/j

Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak model skuter diperkenalkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, Kawasaki tidak menghasilkan skuter, oleh itu Modenas perlu merujuk kepada sebuah syarikat skuter Taiwan untuk pemindahan teknologi skuter. Sungguhpun demikian, Modenas perlu memperbaharui sendiri model skuternya kerana kualiti skuter buatan India yang begitu rendah.

Barisan pengeluaran terawalnya mengalami masalah pengendalian, namun setelah banyak pembaharuan yang dilakukan untuk membaii pengendaliannya skuter Modenas Karisma menjadi model skuter paling popular di Malaysia.

Elit & Elit Sport 150

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2003, Modenas melancarkan tiga model sekaligus untuk menghadapi persaingan sengit dalam pasaran skuter Malaysia dengan skuter-skuter dari Eropah dan Asia, di mana kebanyakan skuter bersaing untuk merebut hati peminat skuter dengan kuasa dan gaya yang berlainan.

Skuter Modenas Elit dilancarkan sebagai alternatif kepada Modenas Karisma, dan didatangkan dalam 2 pilihan sesaran - model 125 cc and model 150 cc yang lebih berkuasa.Kedatangan Elit Sport baru muncul pada tahun 2006.Ia didatangi dengan bentuk dan chasis yang lebih kukuh dan bergaya.Di negara eropah Elit Sport 150cc dikenali sebagai "Bob Cat" manakala di taiwan dan jepun "PGO Gmax".Walaupun skuter sering dipertikaikan kurang berkuasa atau laju, namun motosikal ini mampu mencecah kelajuan 130km/j dengan masa yang cepat tanpa sebarang masalah.Malah motosikal cup seperti Honda EX5 100cc,Kriss 110cc,120cc,128cc, Yamaha Lagenda 110cc,115cc dan Nouvo LC 135cc tidak mampu mengatasi kuasa sedia ada pada skuter ini.Dengan harga yang juga berpatutan ia membuatkan skuter ini mampu dimiliki oleh semua golongan di Malaysia.

  • Kuasa kuda: 5.5 kW @ 7,750 rpm
  • Kilasan: 7.38 N-m @ 6,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang satu silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 101 cc
  • Lubang x lejang: 51.5 x 48.5 mm
  • Nisbah mampatan: 10.5:1
  • Kapasiti tangki minyak: 6.7 L
  • Berat kering: 98 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 100 km/j

Skuter Modenas Ceria dilancarkan bersama-sama dengan model Elit. Skuter ini mengguinakan enjin 100 cc yang lebih kecil, menjadikan model Ceria sebagai model skuter dengan sesaran terendah pernah dibina oleh Modenas.

  • Kuasa kuda: 17 PS (9.56 kW) @ 14,000 rpm
  • Daya kilas: 11.7 N-m @ 6,000 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 4 injap 4 lejang satu silinder, sejukan air
  • Sesaran: 174.6 cc
  • Lubang x lejang: 67 x 67.6 mm
  • Nisbah mampatan: 11:1
  • Kapasiti tangki minyak: 9.5 L (± 0.3 L rizab)
  • Berat kering: 130 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 180 km/j

Pada penghujung Februari 2004, Modenas melancarkan skuter sejukan air pertama mereka, Modenas Elegan. Model inin disasarkan kepada golongan yang ingin melakukan perjalan jarak jauh. Sebagai tambahan kepada enjin sejukan air yang berkuasa, skuter Elegan mempunyai tangki minyak yang mudah dicapai di bawah hendal, ruang letak barang yang besar di bawah tempat duduk, dan meter digital untuk odometer meter suhu dan tolok minyak. Dinding silinder enjin disaluti seramik Ni-Si untuk ketahanan yan lebih baik semasa perjalanan jauh.

  • Kuasa kuda: 7.1 kW @ 7,750 rpm
  • Daya kilas: 9.3 N·m @ 6,7850 rpm
  • Jenis enjin: SOHC 2 injap 4 lejang 1 silinder, sejukan udara
  • Sesaran: 124.9 cc
  • Lubang x lejang: 51.5 x 60 mm
  • Nisbah mampatan: 9.9:1
  • Kapasiti tangki minyak: 4 L
  • Berat kering: 97 kg
  • Transmisi: CVT
  • Kelajuan maksimum: Lebih kurang 120 km/j

Jaguh 175

[sunting | sunting sumber]
  • Kuasa kuda: 19 PS (11.8 kW) @ 10,000 rpm
  • Daya kilas: 13.7 N-m (1.9 kgf-m) @ 8,500 rpm
  • Jenis enjin: SOHC, 2 injap ,4 lejang ,silinder tunggal, sejukan udara, pembakaran petrol, tali sawat aloi
  • Sesaran: 174 cc
  • Lubang x lejang: 69 x 52.4 mm
  • Nisbah mampatan: 9.0:1
  • Kapasiti tangki minyak: 14 L
  • Berat kering: 132 kg
  • Transmisi: 5 kelajuan
  • Kelajuan maksimum: Sekitar 132 km/j

Pada tahun 1998, Modenas membina model cruiser kecil berasaskan model popular Kawasaki Vulcan. Model ini disasarkan kepada peminat motosikal yang ingin memiliki model motosikal cruiser Amerika tetapi tidak berkemampuan akibat cukai import motosikal yang sangat tinggi diletakkan oleh kerajaan serta disebabkan keengganan bank untuk membiayai pinjaman untuk membeli motosikal besar. Modenas Passion adalah model skuter terbaru yang dilancarkan oleh Modenas pada Januari 2006. Modenas Passion yang menggunakan sepasang roda besi tuangan 19 inci menghadapi persaingan sengit dengan Yamaha Ego 125z.

Modenas CT115S

[sunting | sunting sumber]

Modenas telah melancarkan motosikal keluaran terbaru mereka pada tahun 2015, iaitu CT115S. Motosikal ini dijanakan dengan enjin bersensaran 115cc. Motosikal ini mampu menarik perhatian orang ramai kerana reka bentuknya yang agak sporty serta dengan soket kuasa di bawah tempat duduk.

Penglibatan dalam perlumbaan motosikal

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2008, Modenas telah membentuk satu pasukan baru iaitu Modenas Yuzi Pachi Racing Team dalam siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS Sprinta. Modenas selaku pengeluar motosikal nasional telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Shahrul Yuzi Motosports Sdn Bhd, dan PACHI Motorsports. Penglibatan MODENAS dalam siri perlumbaan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan motosikal 4 lejang Modenas.Pasukan ini akan menggunakan motosikal KRISS 110, yang pernah digunakan dalam siri kejuaraan pada dua tahun lepas dan KRISS 120, motosikal berkuasa 120cc yang pertama di Malaysia yang telah dilancarkan oleh MODENAS pada bulan Ogos 2007.

Modenas juga telah membentuk pasukan kilang sendiri pada April 2005 serta menaja beberapa pasukan yang menggunakan mesinnya dalan kejuaraan Malaysian Cub Prix, sebuah kejuaraan perlumbaan motosikal kapcai untuk berentap dengan mesin-mesin Yamaha dan Suzuki. Kesemua pasukan menggunakan Modenas Kriss untuk kategori Wira dan Modenas Dinamik untuk kategori Expert.

Modenas juga pernah menyertai perlumbaan Grand Prix Motosikal melalui pasukan Modenas KR sebelum diambil alih oleh PROTON pada tahun 2001. Modenas membina motosikal 500 cc 3 silinder 2 lejang untuk pasukan tersebut.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]