(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Muhammad Yunus - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Muhammad Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Yunus
মুহাম্মদ ইউনূস
Yunus di acara Universiti Salford (Mei 2013)
Ketua Pemerintah Sementara Bangladesh
Memegang jawatan
8 Ogos 2024
PresidenMohammed Shahabuddin
Didahului olehSheikh Hasina (sebagai Perdana Menteri Bangladesh)
Butiran peribadi
Lahir (1940-06-28) 28 Jun 1940 (umur 84)
Hathazari, Benggala, British India
KerakyatanBangladesh
PasanganVera Forostenko (k. 1970; c. 1979)
Afrozi Yunus (k. 1983)
Anak-anakMonica Yunus
Deena Afroz Yunus
Alma mater
Anugerah
  • Anugerah Ramon Magsaysay (1984)
  • Independence Day Award (1987) [1]
  • Anugerah Aga Khan bagi Seni Bina (1989)
  • Anugerah Makanan Dunia (1994)
  • Anugerah Keamanan Pfeffer (1994)
  • Anugerah Keamanan Gandhi (2000)
  • Anugerah Alam Sekitar Volvo (2003)
  • Hadiah Nobel bagi Keamanan (2006)
  • Pingat Kebebasan Presiden (2009)
  • Pingat Emas Kongres (2010)
Tandatangan
Laman web rasmimuhammadyunus.org
Muhammad Yunus
Latar belakang akademik
Sekolah tradisi
Karya akademik
DisiplinEkonomi
Institusi
Karya terkenal


Muhammad Yunus (Benggali: মুহাম্মদ ইউনূস, lahir 28 Jun 1940; umur 84 tahun) ialah seorang usahawan, pegawai bank,ahliekonomi dan pemimpin masyarakat Bangladesh. Beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 2006 di atas pengasasan Bank Grameen dan mempelopori konsep mikrokredit dan mikrokewangan.[2] Beliau menerima beberapa lagi penghargaan negara dan antarabangsa. Beliau menerima Biasiswa Fulbright daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),[3] kemudian menerima Pingat Kebebasan Presiden AS pada 2009, dan Pingat Emas Kongres AS pada 2010.[4] Pada 2020, beliau juga menerima penghargaan daripada daripada Pembiayaan Negara untuk Demokrasi (NED).[5]

Pada 2012, beliau menjadi Canselor Universiti Kaledonia Glasgow di Scotland. Beliau menjawat sehingga 2018.[6][7] Sebelum itu, beliau merupakan profesor ekonomi di Universiti Chittagong di Bangladesh.[8] Beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan kerja-kerja kewangannya. Beliau ialah anggota lembaga pengasas Grameen America dan Yayasan Grameen, yang menyokong mikrokredit.[9]

Muhammad Yunus juga berkhidmat di lembaga pengarah Yayasan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah badan kebajikan awam untuk menyokong perjuangan PBB, dari 1998 hingga 2021.[10]

Pada 2024, selepas peletakan jawatan Sheikh Hasina, beliau dinamakan untuk dilantik sebagai ketua Kerajaan Peralihan Bangladesh.[11][12]

  1. ^ "List of Independence Awardees". Cabinet Division, Government of People's Republic of Bangladesh (dalam bahasa Bengali). Dicapai pada 29 November 2012.
  2. ^ "The Nobel Peace Prize 2006". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 June 2020.
  3. ^ "Muhammad Yunus: Nobel Peace Prize Recipient". International Exchange Alumni (dalam bahasa Inggeris). 2012-11-15. Dicapai pada 2024-08-06.
  4. ^ "House and Senate Leaders Announce Gold Medal Ceremony for Professor Muhammad Yunus" Diarkibkan 29 Ogos 2018 di Wayback Machine, Press Release, US Congress
  5. ^ "Covid-19 crisis threatens democracy, leading world figures warn". NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-25. Dicapai pada 2024-08-06.
  6. ^ "Muhammad Yunus accepts Glasgow Caledonian University post". BBC News. 1 July 2012.
  7. ^ "Muhammad Yunus Chancellor of Glasgow Caledonian University". UK Parliament. 16 July 2012.
  8. ^ "Professor Muhammad Yunus". Keough School - University of Notre Dame (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 June 2020.
  9. ^ "Bangladesh dissolves Parliament; protesters call for Nobel laureate to lead". The Washington Post.
  10. ^ United Nations Foundation, additional text.
  11. ^ প্রতিবেদক, নিজস্ব (2024-08-06). "ড. মুহাম্মদ ইউনূসকে প্রধান উপদেষ্টা করে সরকার গঠনের সিদ্ধান্ত". dhakapost.com (dalam bahasa Bengali). Dicapai pada 2024-08-06.
  12. ^ "Nobel Laureate Muhammad Yunus Named Chief Adviser Of Bangladesh Interim Government: Updates". NDTV.com. Dicapai pada 2024-08-07.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]