Newton
Newton | |
---|---|
Sistem unit | unit terbitan SI |
Unit bagi | Daya |
Simbol | N |
Dinamakan sempena | Sir Isaac Newton |
Penukaran unit | |
1 N dalam ... | ... adalah sama dengan ... |
Unit asas SI | 1 kg⋅m⋅s−2 |
Sistem Graviti British | 0.2248089 lbf |
Newton, singkatan N, adalah unit SI bagi daya. Ia dinamakan sempena nama Sir Isaac Newton sebagai pengiktirafan kepada hasil kerjanya dalam mekanik klasik, terutamanya Hukum Gerakan Newton Kedua.
Definisi
[sunting | sunting sumber]Satu daya newton adalah daya yang diperlukan untuk menghalajukan 1 kilogram jisim pada kadar 1 meter per saat kuasa dua di arah yang sama dengan daya yang dikenakan.
Pada tahun 1946, resolusi kedua Persidangan Am Timbang dan Ukur (Jawi: ڤرسيدڠن عام تيمبڠ دان اوکور; Perancis: Conférence Générale des Poids et Mesures, CGPM) telah menyelaraskan unit daya dalam sistem unit meter-kilogram-saat ("sistem unit-unit MKS") menjadi jumlah daya yang diperlukan untuk menghalajukan 1 kilogram jisim pada kadar 1 meter per saat kuasa dua. Pada tahun 1948, resolusi ketujuh persidangan CGPM kesembilan menggunakan nama "newton" bagi daya ini.[1] Sistem MKS ini kemudiannya menjadi asas kepada sistem unit Système International atau Sistem Unit Antarabangsa pada hari ini. Unit newton juga menjadi unit standard bagi daya dalam sistem tersebut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ International Bureau of Weights and Measures (1977), The international system of units (ed. ketiga), U.S. Dept. of Commerce, National Bureau of Standards, m/s. 17, ISBN 0745649742 Cite has empty unknown parameter:
|postscripts=
(bantuan)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.