(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Noraini Jane - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Noraini Jane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noraini Jane
Yang Berbahagia Dato’ Seri
KeputeraanNoraini Jane binti Kamarul Ariffin
(1959-07-25) 25 Julai 1959 (umur 65)
PasanganRaja Ashman Shah (k. 1991; m. 2012)
AnakandaYM Raja Eminah Alliyah
YTM Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kecil Sulong Perak)
YM Raja Bainunisa Safia
Nama penuh
Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
AyahandaTan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin
PekerjaanPelakon

Yang Berbahagia Dato’ Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin (lahir 25 Julai 1959) adalah isteri kepada Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Ashman Shah yang juga merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Almarhum Raja Ashman Shah telah dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak pada 16 Mac 2010 sehingga kemangkatannya pada 30 Mac 2012.

Beliau adalah anak perempuan kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Beliau memiliki raut wajah pan-asian kerana ibunya merupakan warganegara Australia yang berketurunan Inggeris.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Noraini Jane telah melangsungkan perkahwinan dengan Raja Ashman Shah pada 26 September 1991. Suaminya mangkat pada 30 Mac 2012 di rumah mereka di Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.[1]

Dato’ Seri Noraini Jane pernah berlakon dalam filem Jasmin 1984 dan 1986 serta mendapat pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1986. Filem ini juga merupakan arahan bapanya Tan Sri Kamarul Arrifin selaku pengarah dan lakon layar.

Dato' Seri Noraini juga merupakan pemilik tadika Jasmin Kindergarten di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis buku "Corak : Patterns and Proverbs of Nature".

Beliau memiliki tiga orang anakanda bersama suami, Raja Ashman Shah:

  • Yang Teramat Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (kini bergelar Raja Kecil Sulong Perak)
  • Yang Mulia Raja Eminah Alliyah
  • Yang Mulia Raja Bainunisa Safia

Panggilan dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Dato' Seri Noraini Jane
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan Dato' Seri
  • 25 Julai 1959 - 1981: Cik Noraini Jane binti Kamarul Ariffin
  • 1981 - 26 September 1991: Cik Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
  • 26 September 1991 - 30 Mac 2012: Yang Amat Berbahagia Datin Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
  • 30 Mac 2012 - kini: Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin

Nama penuh berserta gelaran rasmi beliau ialah:

Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin, D.K.A. II, S.P.C.M.

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-23. Dicapai pada 2023-12-11.