Operasi Tiderace
Operasi Tiderace | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia II | |||||||
General Itagaki Seishirō menandatangani syarat-syarat pendudukan semula Singapura di dalam kapal penjajap berat HMS Sussex. 4 September 1945 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
United Kingdom Raj British Australia Tentera Laut Perancis[1] | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Itagaki Seishiro # Fukudome Shigeru # |
Lord Mountbatten Robert Mansergh | ||||||
Kekuatan | |||||||
77,000 infantri[2] 2 heavy cruisers 1 pemusnah 2 kapal selam |
60,000 infantri 7 pembawa pesawat pengiring 2 kapal perangs 1 penjajap berat 2 penjajap ringan 15 pemusnah 3 Royal Fleet Auxiliary 3 kapal hospital 14 kapal pedagang 43 kapal pendarat infantri[3] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
300 bunuh diri 76,700 tawanan | 1 kapal perang rosak |
Templat:Campaignbox South-East Asia
Operasi Tiderace ialah nama kod buat rancangan British untuk merebut semula Singapura dalam tahun 1945.[4] Angkatan pembebasan dipimpin Lord Louis Mountbatten, Panglima Tertinggi Bersekutu Pemerintahan Asia Tenggara. Tiderace dimulakan berdampingan dengan Operasi Zipper, yang berkaitan dengan pembebasan Tanah Melayu.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dengan berlakunya pencerobohan Manchuria oleh pihak Soviet Union dan rancangan Amerika Syarikat untuk menyerang Jepun, Pemerintahan Asia Tenggara mula membuat rancangan, Operation Zipper, untuk menyerang Tanah Melayu. Dengan kekuatan melebihi 100,000 orang infantri Bersekutu,[5] Zipper merangkumi rancangan untuk menawan Port Swettenham dan Port Dickson, dan akan melibatkan serangan udara dengan lebih daripada 500 pesawat milik Tentera Udara Diraja British. Serangan dijadual untuk berlangsung pada 9 September 1945, akan tetapi dipinda berikutan Penyerahan kalah Jepun.[6]
Operasi Tiderace mula dirancang seketika selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dengan bom atom. Perancangan daruruat dilakukan buat pendudukan pantas Singapura pada tarikh awal sekiranya Jepun mempersetujui syarat-syarat Pengisytiharan Potsdam bertarikh 26 Julai.[7]
Sementara Operasi Zipper dilaksanakan awal dari tarikh yang dirancang, ia dilaksanakan pada skala yang lebih kecil selepas memindahkan sebahagian kekuatan angkatannya kepada Operasi Tiderace. Konvoi terdiri daripada lebih kurang 90 buah kapal,[3] termasuk dua buah kapal tempur (battleship), HMS Nelson dan Richelieu, kapal tempur milik Perancis.[8] Penjajap berat HMS Sussex bertindak sebagai kapal laksamana.[9] HMAS Hawkesbury merupakan kapal perang Australia tunggal semasa penyerahan kalah Jepun dan mengiringi pengangkut repatriasi Duntroon.[10]
Terdapat tuujuh buah pengangkut pesawat pengiring: HMS Ameer, HMS Attacker, HMS Emperor, HMS Empress, HMS Hunter, HMS Khedive dan HMS Stalker.[11]
Armada tentera laut Jepun di Singapura terdairi daripada kapal pembinasa Kamikaze[12] dan dua buah penjajap, Myōkō dan Takao, kedua-duanya rosak teruk sehinggakan kapal-kapal ini digunakan sebagai bateri antipesawat terapung. Dua buah U-boot bekas milikan Jerman, I-501 dan I-502 juga berada di Singapura.[13] Kedua-dua kapal selam ini tertambat di Pangkalan Laut Singapura.[14] Kekuatan udara di Malaya dan Sumatera dianggarkan tidak lebih daripada 170 buah pesawat.[15]
Pulang ke Singapura
[sunting | sunting sumber]Operasi Tiderace bermula apabila Mountbatten mengarahkan tentera bersekutu untuk belayar dari Trincomalee dan Rangoon menuju ke Singapura pada 31 Ogos. Armada tidak dilengkapkan dengan senjata berat kerana Mountbatten mempunyai alasan baik untuk mempercayai bahawa angkatan Jepun di Malaya dan Singapura tidak akan melawan dan akan menyerah diri: pada 20 Ogos Jeneral Itagaki Seishiro, pemerintah Jepun di Singapura, telah memberi isyarat kepada MKountbatten yang beliau akan mematuhi keputusan maharajanya dan bersedia untuk menerima arahan buat penyerahan kalah Jepun di Singapura.[16]
Kekalahan Jepun telah memeranjatkan Pemerintahan Jepun di Singapura. Ramai yang tidak mahu menyerah diri dan berazam untuk berjuang sehingga mati. Pada mulanya Itagaki berat untuk menyerah kalah dan sebalinya mengarahkan Tentera Darat ke-25 (bahagian Tentera Darat Wilayah ke-7 yang mempertahankan Singapura) untuk menentang apabila Tentera Bersekutu tiba.[16] Malah, terdapat rancangan rahsia untuk membunuh kesemua tawanan perang Bersekutu di Singapura.[16] Walau bagaimanapun, tiga hari selepas pengisytiharan Maharaja pada 15 Ogos, Itagaki terbang dari Singapura ke Saigon untuk bermesyuarat dengan ketuanya, Fil Marsyal Count Terauchi, Panglima Tentera Darat Selatan dan kesemua angkatan Jepun di Asia Tenggara. Terauchi meyakinkan Itagaki untuk menyerah kalah dan Itagaki kemudiannya menghantar isyarat kepada Mountbatten. Akhbar di Singapura kemudiannya dibenarkan untuk mencetak ucapan Maharaja Jepun, sekali gus mengesahkan apa yang diketahui umum selepas mendengar siaran All India Radio dari Delhi.[16]
Tentera Bersekutu tiba di Tanah Melayu pada 28 Ogos dengan sebahagian kecil armada dihantar ke Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Operasi Zipper. Apabila Pulau Pinang menyerah kalah tanpa tentangan, armada kemudian belayar jke Singapura pada 2 September, melintasi Rumah api Raffles di jalan masuk Selatan Selat Melaka.[17] Armada tiba di Singapura pada 4 September 1945, tanpa sebarang tentangan oleh pihak Jepun.[16] Namun demikian, kapal tempur Perancis, Richelieu, terlanggar periuk api magnet pada jam 0744, 9 September sewaktu belayar di Selat Melaka. Kapal itu akhirnya belayar masuk ke dalam pelabuhan Singapura pada jam 1200 pada 11 September.[18]
Jeneral Itagaki, diiringi Laksamana Madya Shigeru Fukudome dan pembantunya, dibawa ke kapal HMS Sussex di Pelabuhan Keppel untuk berbincang tentang upacara menyerah kalah. Mereka disambut oleh Leftenan Jeneral Sir Philip Christison dan Mejar Jeneral Robert Mansergh. Satu pertemuan tegang berlaku apabila seorang pegawai Jepun dilaporkan berkata, "Anda lewat dua jam"[Nota 1] hanya untuk dijawab dengan ungkapan, "Kami tidak menggunakan waktu Tokyo di sini" [Nota 2][17] Pada jam 1800, pihak Jepun telah menyerahkan angkatan mereka di pulau itu. Dianggarkan seramai 77,000 orang tentera Jepun dari Singapura ditawan, ditambahan dengan 26,000 dari Malaya.[16]
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sarnet & Le Vaillant, p. 330
- ^ H.M.S. Rotherham (H09)
- ^ a b H.M.S. Attacker, royalnavyresearcharchive.org.uk
- ^ Park, p. 2156, para 360.
- ^ Park, p. 2155, para 349.
- ^ Park, p. 2155, para 351.
- ^ Park, pp. 2155-2156, para 358.
- ^ H.M.S. Cleopatra
- ^ H.M.S. Sussex
- ^ HMAS Hawkesbury (I), Royal Australian Navy
- ^ H.M.S. Hunter, royalnavyresearcharchive.org.uk
- ^ IJN Kamikaze: Tabular Record of Movement, Long Lancers, dicapai pada 12 June 2011
- ^ HIJMS Submarine I-501: Tabular Record of Movement, Bob Hackett & Sander Kingsepp, dicapai pada 2009-12-09
- ^ HIJMS Submarine I-502: Tabular Record of Movement, Bob Hackett & Sander Kingsepp, dicapai pada 2009-12-09
- ^ Park, p. 2156, para 371.
- ^ a b c d e f "The real Japanese surrender" (PDF). The Sunday Times. 2005-09-04. Dicapai pada 2009-12-09.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaForgotten wars: Freedom and Revolution in Southeast Asia
- ^ Sarnet & Le Vaillant, pp. 331-334