Huruf Semitik Pê (mulut), dan juga huruf Yunani Π atau π (Pai), serta huruf-huruf Etruskan dan Latin yang berkembang dari huruf Yunani tersebut, semuanya membawa bunyi /p/, iaitu plosif bilabial tak bersuara.
Penutur bahasa Arab tidak biasa menyebut bunyi /p/ kerana dalam bahasa mereka tiadanya bunyi konsonan ini; sebaliknya mereka cenderung menyebutnya seperti /b/ atau /v/.