Pemex
Nama asli | Petróleos Mexicanos |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Hakmilik Kerajaan |
Industri | Penapisan Petroleum dan Gas |
Ditubuhkan | 1938 |
Pengasas | Lázaro Cárdenas |
Ibu pejabat | Bandar Raya Mexico, Mexico |
Tokoh penting | Jesús Reyes Heroles (CEO) Georgina Kessel (Chairwoman) |
Keluaran | Petrokimia |
Hasil | $98 bilion ASD (2006) |
Pemilik | Federal government of Mexico |
Bilangan kakitangan | 138,215 |
Syarikat induk | Secretariat of Energy |
Tapak web | http://www.pemex.com.mx |
sunting · sunting di Wikidata |
Petróleos Mexicanos (PEMEX) ialah syarikat petroleum kebangsaan milik kerajaan Mexico.
Galian aspal telah digunakan sejak kerajaan purba Aztek lagi. Minyak pernah diproses menjadi minyak tanah ( kerosene) sekitar 1876 di Tampico. Sejak 1917 minyak telah ditapis oleh syarikat British Pearson dan syarikat Amerika Syarikat, Doheny . Setelah harga petroleum meningkat secara mendadak , kerajaan Mexico telah memiliknegara pengeluaran petroleum melalui perubahan perlembagaan.[1][2]
Carigali Petroleum
[sunting | sunting sumber]Pada 1938, Presiden Mexico, Lázaro Cárdenas telah menyebelahi pekerja pengeluaran petroleum supaya syarikat asing membayar gaji lebih dan memperbaiki kebajikan sosial mereka. Pada 18 Mac , sebanyak 27 artikel dalam Perlembagaan 1917, semua syarikat pengeluar dari Amerika Syarikat dan Anglo-Dutch dimiliknegarakan dan membentuk PEMEX. Akibatnya banyak kerajaan asing telah menutup pasaran mereka kepada petroleum Mexico. Selepas boikot dibatalkan, Pemex menjadi syarikat yang membantu membangunkan Mexico dan menjadi pengeksport ke-5 terbesar di dunia.
Produk
[sunting | sunting sumber]Pemex mengadakan ribuan stesen minyak menjual petrol dan diesel di seluruh Mexico. Pemex menawarkan minyak Magna, Premium 92, Nova dan lain-lain tetapi diragui kualitinya. Pemex menggunakan mata wang Pesos dan dolar US dalam setiap pembelian dan jualan antarabangsa.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pengguna merungut kerana stesen minyak menjual minyak kurang dari 900 ml.Selain itu dikatakan petrol dicampur dengan 1/4 air hingga menyebabkan beberapa kereta dan SUV gagal berfungsi.
- Pada 3 Jun 1979 carigali minyak Pemex di Teluk Mexico telah bocor dan menyebabkan pencemaran sepanjang 600 batu di selatan Texas.
- Pada 19 November 1984 seramai 500 terbunuh di San Juan kerana gudang petroleum Pemex telah meletup.
- Pada 22 April 1992, letupan berlaku di Guadalajara dan Jalisco dan membunuh 200 orang.
- Pada 10 Julai 2007, pemberontak Tentera Revolusi Popular telah meletupkan paip gas Pemex.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Fortune Global 500 2010: 64. Pemex". Fortune Magazine. Dicapai pada July 26, 2010.
- ^ "Eig_Article". energyintel.com. Dicapai pada April 20, 2015.